Saturday, 22 April 2017

Death Metal



"Death Metal Rules!!".. Ungkapan yang sangat popular suatu ketika dulu dikalangan pemuzik -pemuzik Death Metal, ianya menggambarkan bahawa Death Metal akan terus bertahta selama-lamanya di dalam muzik metal. Death Metal merupakan cabang awal muzik "Ekstrem Metal"yang dipecahkan dari titik permulaannya iaitu Heavy Metal. Tidak ada seorang pun yang dapat memberikan takrifan yang tepat bilakah sebenarnya Death Metal wujud. Ada sesetengah pendapat muzik Death Metal berakar umbi dari kumpulan-kumpulan lagenda seperti Venom, Motorhead, Black Sabbath dan Slayer. Ada pendapat lain pula yang mengatakan Kumpulan Thrash seperti Slayer, Sepultura, Kreator dan Bathory adalah generasi pertama Death Metal.

Pendapat lain pula mengatakan Death Metal adalah lanjutan atau jelmaan muzik Thrash Metal yang diekstremkan lagi. Menurut Satu lagi teori Death Metal tercetus serentak bersama sama muzik Thrash Metal, kalau kita gabungkan kesemua pendapat tersebut sememangnya menampakkan satu kebenaran tentang genre "Death Metal!", secara rasminya Death Metal lahir pada tahun 1983 tetapi kategori ini masih berkait rapat dengan muzik Thrash metal!.

Tetapi apakah sebenarnya Death Metal dari percatuan irama Thrash Metal?? Bagaimana pula Death Metal boleh dikatakan sealiran dengan Thrash Metal tetapi terpisah dua? Apakah bezanya Death Metal dengankesimabungan Thrash Metal? wujudnya Death Metal adalah dari salah satu kategori ekstrim Metal dipertengahan '80an dan diera Thrash/ekstrim Metal sedang memuncak, lahirlah bermacam-macam jenis kumpulan Metal yang mencari kelainan diantara satu sama lain. Tidak dapat dinafikan irama Detah Metal adalah lanjutan daripada muzik irama Thrash Metal yang telah diganaskan struktur muziknya.



Diagresifkan dari segi riff gitar, sound, penyusunan, vokal dan imej. Pendek kata Death Metal adalah muzik yang paling ekstrim dalam dunia hiburan Metal dan Death Metal adalah muzik yang sehabis ekstrim dari segala aspek. Selepas album pertama Possessed 'Seven Chruches'(1985), muzik Death Metal dapat mencari arahnya sendiri. Pada mulanya apa yang dikatakan Death Metal ialah agresif dan ekstrim, agresif untuk muzik dan ekstrim untuk imej dan lirik mereka. Irama Death Metal ialah penyusunan muzik yang agresif dari segala segi, pukulan drum yang kencang lagi laju (yang diadaptasikan daripada Thrash Metal), tone suara garau (kadang kala ada yang normal), riffing gitar yang laju dan distortion, sound yang bising serta berat dan muzik yang dimainkan seagresif yang boleh. Lirik Death Metal adalah bertemakan 'kematian, pemujaan, mitos, alam ghaib, gore, tahyul dan penekanan utamanya ialah tentang kematian bersesuaian dengan tema Death Metal itu sendiri.

Inilah apa yang dikatakan Death Metal pada tahun '80an, setiap kumpulan Death Metal dimestikan 'brutal', agresif, ekstrim dan liriknya perlulah berkaitan tentang topik Death Metal seperti yang diterangkan diatas. Jika tidak ianya bukan Death Metal! inilah ciri-ciri dan faktor yang sangat diambil berat oleh kumpulan perintis serta apa yang dikatakan dan digelar pada hari ini sebagai 'Old School Death Metal'. Selepas pertengahan '80an boleh dikatakan 'genre' Death Metal terbentuk yang dibawa dan dieksperimentalkan oleh kumpulan-kumpulan lagenda seperti Celtic Frost, Possessed, Morbid Angel dan Repulsion.

Pada masa itu Death Metal hanya untuk pengikut underground sahaja kerana Death Metal dilahirkan oleh pemuzik underground, maka populariti dan kelompoknya secara majoriti datang daripada 'perkampungan' muzik underground itu sendiri. Kumpulan Death Metal dunia bergerak dengan cara underground sahaja, aktiviti mereka disebarkan dengan cara underground iaitu 'tape-trading' dan tersiar dalam media-media (zine) underground. Berkaedahkan cara ini hanya peminat Death Metal yang sebenar sahaja yang mengetahui tentang muzik Death Metal dan dilingkungan pergerakan underground sahaja, satu-satunya lapangan untuk mereka mengibarkan dan mencurahkan bakat.

Suatu masa dahulu Death Metal dikenalpasti sebagai bentuk muzik yang terlalu ekstrim dan ianya tidak memenangi hati peminat Metal, tidak seperti penerimaan yang dilihat pada hari ini. Itu lah keunikan Death Metal disuatu masa dahulu, tidak ada istilah dark, melodic,teknikal atau progressif Death Metal. Death Metal adalah agresif, enegetik dan heavy! muzik tradisioanal Death Metal bukanlah suatu bentuk muzik depresif atau progresif yang bersifat eksperimentasi, ianya cuma satu perkataan sahaja yang layak untuk merumuskan Death Metal iaitu agresif!. Formula yang digunakan untuk merumuskan Death Metal adalah sama seperti kebanyakkan muzik Metal yang lain.

Death Metal 'digulung' dari elemen Speed Metal dan merupakan transpirasi dari irama Thrash Metal, ini adalah berikutan olahan muzik yang dilakukan sebelumya seperti Heavy Metal yang dikeraskan dari muzk 'Rock 'N' Roll' maupun Thrash Metal yang dipersembahkan dari pengaruh Heavy Metal dan Punk/Hardcore dalam bentuk kekerasan dan keunikan yang tidak ternilai. Di awal pengkategorian muzik ekstrim Metal, irama Speed, Power, Black, Doom, Death atau Thrash Metal dikelaskan mengikut kelainan yang ada pada setiap muzik itu dan pengkelasan muzik itu sendiri tidak dapat dinafikan ianya datang dari nama-nama muzik tersebut.

Di awal kebangkitan irama ekstrim Metal khususnya Thrash Metal, setiap setiap kumpulan cuba menampilkan corak permainan yang berbeza dan agresif, hampir setiap kumpulan dikala itu tampil dengan keagresifan yang tiada batasnya. Dari sudut inilah Death Metal cuba dibentuk dengan tahap keagresifan yang maksimum, itulah salah satu pecahan yang diadaptasikan daripada muzik Thrash Metal. Tujuannya adalah serupa seperti pecahan yang asalnya dari Speed Metal iaitu agresif! pada peringkat permulaan tahun 1983, pengkelasan irama Death Metal tidak digunakan secara meluas kerana Thrash Metal mula memonopoli angkatan muzik Metal pada masa itu. Dalam erti kata lain, Death, Black dan Speed Metal kadangkala semuanya dikategorikan sebagai Thrash Metal!

0 comments :

Post a Comment