Showing posts with label Skinhead. Show all posts
Showing posts with label Skinhead. Show all posts

Tuesday, 31 October 2017

BIOGRAFI : The Official






Dulu aku ada buat entry mengenai band lagenda dalam industri muzik underground iaitu ACAB. Hari ni aku nak cerita mengenai band yang sezaman dengan diorang iaitu The Official. Mungkin korang tak pernah menengar nama band-band ni, tapi bagi budak2 underground, nama diorang memang tak asing lagi.

Pada tahun 1997, Hasnol (gitar) dan Congo (Bass) memutuskan untuk membentuk sebuah band. Hasnol menjemput Bum untuk mengisi posisi drum dan tidak lama selepas itu Hasnol mengajak Magoo untuk menjadi vokalis band. Pada masa itu, kedua-duanya iaitu Magoo dan Bum mempunyai komitmen yang lain. Magoo masih dengan band Invidious manakala Bum bermain dengan Lollypop. Kedua-dua Indivious dan Lollypop jatuh dan  menyebabkan Magoo dan Bum memberikan semua komitmen kepada The Official. Empat daripada mereka mula bekerja keras selama sebulan sehingga mereka membuat keputusan bahawa mereka bersedia untuk pergi ke  studio rakaman. The Official mencatat 5 lagu-lagu untuk Strange Culture Record (kini dikenali sebagai Clockwork Record ). JB Riot Skins EP pertama mereka pun dilahirkan. EP ini  mendapat sambutan  dari seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.Ini adalah satu pencapaian yang besar. Tetapi ini hanya permulaan bagi mereka. Kira-kira satu tahun kemudian, bersenjatakan dengan muzik yang lebih baru dan lebih baik, The Official menghasilkan album pertama mereka iaitu Remember Yesterday. Muzik mereka kali ini jauh berbeza daripada  EP pertama mereka. Kesemua mereka telah berlatih bersungguh-sungguh dan bekerja keras lalu membuahkan hasil apabila album mereka muncul dengan bunyi gitar yang ketat, garis bass yang tidak dapat dilupakan dan lirik lagu yang menarik. Lagu-lagu seperti MyLand, Proud To Be Malaysian dan Remember Our Roots menjadi kegemaran  orang ramai di gig-gig.


Pada akhir 1999, Hasnol meninggalkan band ini dan Sarah melangkah menggantikannya sebagai gitaris. Mereka masih mampu untuk bermain di beberapa gig walaupun mempunyai komitmen mereka sendiri. Mereka mencatatkan album "Live n Loud" dan  "This is Oi!"  di KL pada 11 Nov 2000. Tetapi masalah dengan rakaman menyebabkan rancangan untuk menerbitkan album Loud n Live gagal. The Official mula berdiam diri pada awal tahun 2001 atas alasan peribadi dan komitmen. Walau bagaimanapun, selepas sentiasa mendapat dorongan kawan-kawan, Magoo dan Sarah memutuskan untuk membuat kemunculan semula  akhir tahun 2001. Mereka merekrut Amir sebagai gitaris, Rizal pada drum dan Azim pada Bass. Selepas itu, mereka merakamkan EP kedua yang bertajuk "A Tribute To Jb Riot". Selepas mengeluarkan  EP kedua mereka, masalah yang tidak diduga memaksa Rizal dan Azim untuk meninggalkan band ini.The Official mencatat album ke 2 "You'll Never See The Last Of Us" dengan bantuan rakan rapat untuk bermain  pada drum manakala Amir meliputi dua tugas iaitu bermain bass dan gitar. The Official kini band yang bergantung kepada rakan-rakan rapat untuk sumbangan mereka pada drum dan bass. Yang terbaru pada tahun 2006, mereka mengeluarkan satu lagi album yang dinanti2kan oleh peminat yang bertajuk "Reality Rock N Roll". Album ini memberikan satu kelainan daripada album-album mereka sebelum ini. Muzik yang lebih matang dan sempoi telah mereka ketengahkan.  Selepas dari itu, sehingga ke hari ini mereka masih mendiamkan diri . Lagu yang bertajuk " Terima Kasih Semua" dalam album terbaru itu seolah-olah menyampaikan mesej bahawa mereka ingin berundur dan sebagai tanda penghargaan kepada peminat-peminat mereka. Walaubagaimanapun, masih ramai peminat di luar sana yang mengharapkan The Official mempersembahkan lagi karya mereka.




Thursday, 7 September 2017

Sejarah JB Riot





JB riot... terciptanya ia adalah kerana suatu peristiwa yang berlaku pada tahun 1993/1994..peristiwa yang kecil tapi besar impactnya hingga sekarang.Kisahnya bermula apabila AZMI a.k.a LAUT dan ROSMAN aka MAYAT yang kedua duanya SKINHEAD telah terbabit dengan satu pergaduhan diantara mereka dengan seorang pekerja yang bekerja ditempat hiburan keluarga berdekatan foodcourt dalam plaza pelangi.Pergaduhan itu berlaku disebabkan pekerja itu telah memarahi dan memaki Laut hanya kerana bersandar disalah satu mesin slot permainan token.Disebabkan tidak puas hati kerana dimaki,Laut dan Mayat telah memukul pekerja itu dengan sebatang kayu sehingga bocor kepala pekerja itu dan disebabkan itu juga Laut dan Mayat telah ditahan pihak keselamatan Plaza Pelangi.Maka...dengan penahanan tersebut...berlakulah rusuhan yang dimulakan oleh Jepun Jeff El-Fasrah dan Fattah yang kedua duanya PUNK ROCKER diikuti beberapa kawan yang lain(SKINHEAD dan PUNK) .Rusuhan yang berlaku tidaklah sehingga terbakar Plaza Pelangi tetapi hanya seluruh tong sampah dtendang dicampak kebawah....segala apa yang menghalang habis kami langgar..kami merusuh sehingga sampai kepejabat pihak keselamatan . Kami datang berjumpa dengan ketua keselamatan kerana ingin mempertahankan kawan kami.
Sedang kami bertekak,pihak polis akhirnya sampai.Pihak polis menyatakan ini hanya kes terpencil dan boleh diselesaikan tanpa sebarang dakwaan dengan syarat Laut dan Mayat harus meminta maaf terhadap pekerja itu.Disebabkan Laut berasa puncanya bukan dimulakan olehnya, Laut berkeras tidak mahu meminta maaf dan disebabkan itu Laut dan Mayat ditahan polis kerana mereka semakin agresif..mereka dibawa kebalai polis Central..kami kecewa dan kami terus mengikuti mereka ke balai polis demi untuk membela mereka..tetapi pihak polis tidak membenarkan kami mencampuri urusan pihak berkuasa kerana pihak polis ingin melakukan siasatan ..dipendekkan cerita Laut dan Mayat didakwa dan dipenjara selama sebulan .
Demi mengenang kawan kami dan peristiwa yang berlaku...maka..dengan itu wujudlah sebuah legasi yang besar diberi nama J.B. RIOT SQUAD..IANYA LAHIR KERANA DISEBABKAN SEMANGAT SETIAKAWAN YANG MELANGKAUI SEGALANYA.
JB RIOT ..... apa yang aku ingin nyatakan ialah ianya adalah satu semangat setiakawan,..spirit.....aura ....roh dan jatidiri yang bukan dipatches tetapi dihati.

C/P:Ini adalah kisah benar dari salah seorang yang kami hormati..dia antara org² terawal dlm JB RIOT...
Massive Respect to my dear brother Fatah...THE LEGEND...THE FIGHTER....THE BROTHERHOOD....

Thursday, 4 May 2017

Apa Itu Rudeboy?

Rudy, Rudeboy & Rudegirl



Rudy secara sinonimnya adalah merujuk kepada Rudeboy dan Rudegirl. Rudeboy berwatak "Cool Super - hooligans".Rude membawa maksud liar, ganas ataupun kurang ajar.Istilah ini ada kaitan dengan Shanty Town.

Perkara ini diterangakan dengan lebih mendalam oleh Desmond Dekker di dalam bukunya iaitu 'Shanty Town"(1967) dan Rudeboy Train"(1968).Shanty Town adalah merujuk kepada rumah Dekker di sebuah kawasan perumahan padat di Westkingston di Jamaica.Kehidupan di situ sentiasa dalam keadaan tertekan dan kerapkali berlakunya jenayah.

Rudeboy mempunyai heronya yang tersendiri iaitu JASSE JAMES dan BILLY the KID.

Kebanjiran pendatang Jamaica di U.K turut sama membawa Rudeboy seiring dengan perkembangan inilah muzik Rudeboy iaitu Ska mula mempengaruhi Skinheads.

Rudeboy mempunyai gayanya yang tersendiri seperti memakai suit(kot) berwarna gelap,tie kurus,hat(Topi Popeye). Manakala Rudegirl pula memakai Fred Perry,skirt pendek,kasut rendah,stokin paras buku lali dan jaket tiga lubang.

Wednesday, 3 May 2017

Knowledge Tentang Skinhead



Skinheads berasal dari England. Seluar jeans Levis merupakan seluar jeans pertama di England waktu ketika dahulu. Sebab itulah ramai Skinheads memakai seluar jeans Levis ataupun barangan Levis.

Fred Perry merupakan pasukan tenis pertama di England yg telah merangkul kejuaraan 3 kali berturut-turut dan seterusnya menaikkan dan mengharumkan nama England dipersada sukan tenis.

Adidas merupakan barangan sukan yg terkenal di zaman kegemilangan Skinheads di England. Antaranya barangan bola sepak.

Lonsdale merupakan sebuah kelab tinju di England dan juga menaikkan nama England.

Pada kesimpulannya, semua Skinheads menyokong barangan buatan England kerana kebanyakannya jenama barangan bagi seorang Skinheads merupakan jenama dari England.

The Last Resort adalah tempat jemming bagi Skinheads pada ketika dahulu di England. Hanya disana sahaja tempat bagi Skinheads. Budak² Skinheads tidak boleh masuk jemming lain kecuali The Last Resort. Bagi mengenang jasa mereka, Skinheads telah menamakan band mereka sebagai The Last Resort.

L-London
E-England
V-Violence
I-Is
S-Skinhead


Cara-cara berpakaian :

Di sini merupakan pakaian yg dipakai oleh SKINHEAD

Baju
- Ben Sherman
- T-shirt Lonsdale
- T-shirt Freed Perry
- Jersey Bola [Shoot]
- Donkey Jacket
- [Black Coats]

Tali pinggang atau braces
- Bomber Jacket
- Arnold Palmer

Seluar
Jeans
- Levis
- Lee
- Wrangler
Slack
- Sta-Pres
- Diekies

Kasut
 Boot
- Dr. Marten
- Monkey Boot
- Underground
- Steel-Toe
Snikers
- Adidas

Jaket
- Levis
- Wrangler
- Harrington

2- Skinheads ada dua cabang iatu New Traditional dan Traditional.

3- Traditional Skinheads punya peringkat Football Hardworking Sex & Violence Drunk Together Riot & Chaos

4- Skinheads menggemari Hang Out atau melepak di Snooker dan juga Pub.

5- Boot juga dianggap sebagai senjata utama bagi Skinheads.

6- Skinheads ditubuhkan pada tahun 60an dan mula berkembang pada tahun 1964 iatu di bandar Chelsea, England.

7- Sham 69 ialah band pertama yang memainkan muzik Punk Oi! yang diketuai oleh Earry Bushers.

8- Fighting 84 ialah pergaduhan terbesar antara Punk dan Skinheads di England pada tahun 1984 yang melibatkan 5000 orang Punk dan Skinheads.

9- Pada tahun 1971 Skinheads telah dilihat oleh khalayak ramai iatu seramai 300 orang di bandar Chelsea.

10- Pada tiap-tiap, Sabtu Skinheads berkumpul di padang bola sepak untuk menyokong pasukan bola tempatan.

11- S.H.A.R.P ialah perkataan yang telah diberi oleh Jimpesy iatu orang kuat Punk Oi!

12- Pada tahun 1971, Jimpesy telah menubuhkan Football Team.

13- Jimpesy telah meminta kebenaran dari Queen Chelsea untuk menubuhkan Football Team untuk Skinheads.

14- Skinheads hendaklah menghentakkan kaki mereka sebelum masuk ke padang sebagai memperingati jasa yang dicurahkan oleh Jimpesy untuk Skinheads Football.

15- Football Hooligans = Penonton Skinheads yang suka membuat huru-hara di stadium bola sepak. 

16- Hooligans = Kuasa besar.

17- Hooo! Budak Skinheads yang pergi menonton perlawanan bola sepak pada tahun 1968.

18- T-shirt Freed Perry yang bewarna hitam adalah yang pertama dikeluarkan dibahagian utara.

19- Warna hitam, kuning dan putih adalah warna bagi baju Freed Perry pada tahun 1971.

20- Pengasas Oi! ialah wartawan dari akhbar The Sun yang bernama Garry Bushell.

21- Riot membawa maksud rusuhan dan sewaktu rusuhan ini berlaku, Skinheads yang memakai braces hendaklah melepaskan braces mereka sewaktu merusuh.

22- Fesyen rambut botak telah dimajukan oleh Skinheads pada tahun 1964 .

23- Skinheads telah menamakan fesyen rambut Suede Head.

24- Suede Head sesuai dengan Skinheads yang working class.

25- Hippy ialah potongan rambut yang sederhana.

26- Skinheads tidak menyukai rambut Hippy dan menukar pada rambut botak pada tahun 1964.

27- Fresh Cut = Potongan ini sesuai untuk ahli Skinheads yang baru ataupun New Comers dalam scane Skinheads.

28- Sham 69 tidak menyukai Skinheads, kerana Skinheads membuat huru-hara di gig Punk di London.
29- Salah seorang Skinheads hendaklah menyebut Vehaviour sebelum memulakan Riot.

30- Skin dan Tren :
Gemar mengubah tekanan.
Gemar mengkaji.
Gemar menyembahkan sytle mereka 

31- American Hell Angel = Apabila seorang Skinheads menunggang vespa, mereka ini dekenali sebagai American Hell Angel.

32- Skinheads juga bergabung dengan berbagai jenis pakaian termasuklah di barat India.

33- Uniform juga boleh dikenali sebagai Edwardian.

34- New Look seluar ketat yang dipakai oleh Skinheads di bandar New Look.

35- Braces dibahagikan kepada banyak warna dan berbagai maksud :
Kuning = Bunuh Polis
Merah = Kejam / Nazi
Putih = Nazi
Hitam = Traditional
36- Tali kasut juga diabahagikan kepada banyak warna dan berbagai maksud :
Hitam = Traditional, SHARP
Merah = Nazi, National Front, Kumunis
Putih = White Power
Pink = Gayskin
Biru = Penyokong Chelsea, Fuck Polis

37- Hammerskin merupakan Skinheads di England yang menamakan diri mereka sebagai menonton Up Againt The Wall.

38- Nutty Skinheads dikenali sebagai Skinheads yang berfikir gila-gila.

39- Rudeboy adalah gelaran bagi budak nakal, budak jalanan, dan kurang ajar yang berkulit hitam.

40- Skinheads telah meniru pakaian Rudeboy seperti Longcoat yang dilihat di bandar Brixton.

41- Miewa Break seorang jurulatih pasukan bola Skinheads.

42- Nick Knigt seorang photographer dan suka mengkaji alam sekeliling.

43- Harry mempunyai nama samaran iatu Duck.

44- Pada sebelah tengah hari One Hot, Nick Knigt telah berjumpa dengan Harry The Duck untuk membincangkan masalah Skinheads pada tahun 1981.

45- Harps = Hawahansian Againts Racial Prejudice.

46- SCAR = Skinheads Culture Anti Racist.

47- A.P.I = Skinheads Jamaica telah menubuhkan satu parti iatu Anti Paki League.

48- B.N.P = British Nazi Parti

49- Swastika = Nazi

50- Niggies = Kerajaan

51- Old Biddies = Polis

S-Skin
H-Head
A-Against
R-Racial
P-Prejudice


Sebelum Indie, Inilah Band-Band Underground Yang Memberi Impak Pada Industri Muzik Kita


Sebelum lahirnya band ‘indie’ macam Meet Uncle Hussain, Hujan dan Bunkface, korang ingat tak dulu kita selalu sebut pasal band ‘underground’? Sewaktu industri muzik kita hanya penuh dengan lagu pop, balada, dan rock kapak, band underground ni lah yang cuba memberi pilihan alternatif.
Dorang tak femes kat TV mahupun radio tapi konfem hampir semua golongan muda pernah dengar lagu dorang. Zaman tu mana ada Facebook atau Twitter, so pergi la fotostat fliers dan sebarkan secara buruh kasar. Kalau kaki gig dulu pula, ada beberapa tempat wajib yang korang pernah pergi macam MCPA kat KL depan Stadium Merdeka tu atau pun Paul’s Place kat Jalan Klang Lama.
Baru-baru ni juga, kebanyakan band lama ni mula buat comeback, contohnya band Shizuka Ben Aman yang femes dengan lagu Redline dan jadi ringtone wajib sesapa yang pakai handset Nokia.

1. ACAB dan muzik skinhead, ska, dan oi (skinhead bukan pasal bergaduh je ye)

Kat Malaysia, kalau kita sebut pasal skinhead mesti semua terngiang-ngiang dengan lagu dari band ACAB. Band yang ditubuhkan pada tahun 1994 ni merupakan antara band yang ternama dalam dunia muzik underground lokal.
Kat luar negara, skinhead dipandang negatif kerana selalu dikaitkan dengan golongan ‘white supremacist’ yang rasis dan selalu menganggu ketenteraman awam. Malah Vice ada menulis pasal budak skinhead Malaysia yang cuba menyebarkan mesej ketuanan Melayu mereka sendiri (tapi yang peliknya pakai swastika dan bagi tabik Nazi).
Namun golongan rasis atau ‘boneheads’ bukan satu-satunya puak skinhead kat sini. Ada juga yang mengikuti prinsip yang menentang racism iaitu Skinheads Against Racial Prejudice (Sharp), yang mulanya diketuai oleh ACAB sendiri.
skinhead malaysia
Skinhead SHARP Malaysia. Gambar dari penangmonthly.com
Menurut seorang otai skinhead kat KL, waktu budaya skinhead mula masuk kat Malaysia, ramai yang copy bulat-bulat tanpa mempersoalkan apa benda yang dorang buat:
“Ia bukannya pasal racism, kami tengok Sid Vicious pakai baju swastika, dan kami ingat itu adalah simbol punk.” – Rozaimin Elias, dipetik daripada Penang Monthly.
Tambah Rozaimin lagi, time tu nak carik mana-mana buku atau recording skinhead pun sikit punya payah, jadi kena la pesan kat member yang pergi oversea.
Ada yang join skinhead ni sebab ideologi tapi ada juga yang join sebab style, termasuklah baju Fred Perry, kasut Doc Martens, dan kepala botak.
Korang pernah perasan tak, kat mana ada Skinhead kat situ mesti ada budak ska. Ini sebab kedua-dua subculture sebenarnya ada asal-usul yang sama iaitu dari Jamaica. Dalam band Gerhana Ska Cinta sendiri, vokalis dorang adalah guitarist daripada band ACAB.
Walaupun cerita pasal keganasan skinhead ni tak boleh dipisahkan, budak-budak Skinhead SHARP Malaysia ni masih berpegang teguh kepada agama. Salah sorang otai skinhead Malaysia, GG, berkata yang dorang kat sini masih memandang tinggi terhadap agama cuma cara pemakaian dan fahaman budaya je lain sikit.

2. Poetic Ammo dan Too Phat yang mempopularkan scene hip hop di Malaysia

Hip hop yang berasal dari USA ni merupakan satu subculture yang sering dikaitkan dengan African-American, tapi kini dah tersebar ke seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Apa yang unik pasal hip-hop ni adalah dia boleh adapt ke semua jenis budaya, dan tiap-tiap negara pun ada cara rap yang tersendiri. Contohnya kat Amerika Selatan dorang ada Daddy Yankee, Tego Calderon,dan Marcelo D2 di mana cara dia rap lain dari segi melodi dan juga bahasa. Sama juga macam kat Malaysia, Too Phat telah mengenalkan lenggok Melayu kat dalam lagu dorang.
Ada sorang lecturer dari University of Calgary, dia kata gaya rap ni ibarat baca puisi tapi ada gayanya sendiri dan tajuk rap ni boleh jadi apa-apa je, dari benda serious macam masalah hidup sampailah benda simple macam jenama bag. Senang cerita, apa-apa pun boleh di-rap kan. Hip hop juga merangkumi budaya lain seperti break dancing, lukisan grafiti, deejay (main turntable), dan juga fashion.
Kat sini hip hop masuk lambat sikit, kira kira pada pertengahan 90-an. Time tu ada satu syarikat rakaman independent bernama Positive Tone yang berani untuk sign kontrak dengan hip hop band iaitu Poetic Ammo. Usaha dorang tak disia-siakan bila band tu meletup dan terkenal dengan lagu Monay Monay dan Who be the player. Lepas tu Positive Tone telah sign kontrak dengan lagi satu band legend iaitu Too Phat dan telah menghasilkan lagu-lagu famous macam Anak Ayam dan juga Ala Canggung.
Disebabkan dorang jugalah budaya hip hop Malaysia telah bertapak. Kini kita ada hip hop artis yang power macam Teh Tarik Krew, Ahli Fiqir, Sonaone, Karmal, Aman-Ra, Kayda, NtahSape2Ntah, dan ramai lagi. Tak cukup dengan artis, kita ada hip hop dance crew kita sendiri macam Wakaka Crew, Bounce Stepperz, EleColdXHot, dan juga rancangan menari hip hop Showdown kat channel 8TV.
bounce stepperz image
Bounce Stepperz perform guna batik. Gambar dari batikpelikat67.blogspot.my
Berdasarkan pengalaman Jason Schadt (emcee dari Canada yang telah menetap lebih dari 10 tahun kat Malaysia) dia kata hip hop berjaya menyatukan artis-artis rapper kita. Orang India, Cina, dan Melayu berjaya buat event sama-sama walaupun tiap-tiap rapper rap dalam bahasa masing-masing dan siap ada yang tak faham bahasa masing-masing.
Menurut beliau lagi, walaupun Malaysia ni tak terkenal dengan budaya hip hop dan tak sebesar negara jiran, tapi negara kita merupakan salah satu tempat yang mempunyai pelbagai pilihan bahasa untuk layan rap Asia.

3. Butterfingers dan permulaan band underground yang melanggar norma industri muzik tempatan

Kalau bersembang pasal grunge, mesti orang sebut band Nirvana, Pearl Jam, dan ramai lagi. Kat Malaysia pulak kita ada Butterfingers. Band legend ni ditubuhkan pada tahun 1991 dan telah merevolusikan bukan saje industri muzik tanah air malah telah memberi satu nafas baru kepada pemuda time tu.
“When you’re not familiar with it, it mean it is rare, the first time you listen to it, it is original sangat tau” – Abang Rom, ROTTW Magazine 
Butterfingers zaman tu dianggap melanggar ‘peraturan’ muzik mainstream tanah air dengan buat lagu dalam bahasa Inggeris dan bukan genre Ballad/Pop/Rock Kapak. Pada tahun 1996, dorang telah keluarkan album sulung dan setahun kemudian telah menang AIM.
Memandangkan dorang berjaya tanpa menjadi ‘sell out’ atau pun mengubah genre muzik dorang, ini telah memberi inspirasi kepada peminat dan pendengar untuk stay true kepada diri sendiri dan tidak berubah untuk orang lain.
Noh dari band Hujan pernah berkata yang salah satu sebab band Hujan tu wujud adalah Butterfingers. Bukan ahli muzik je, pengasas TapauTv pun kata dia buka company dia disebabkan Butterfingers. Muzik dan fahaman Butterfingers secara tak sengaja telah mengajak anak muda kat Malaysia ni untuk berjaya dengan apa yang dorang minat.
“With Butterfingers, they actually taught you to take pride as a Malaysian, doesnt matter kau ni Melayu, Cina, India. Kasi kau rasa bangga dengan roots kau, masa aku buat TapauTv tu lah aku rasa yang penting” – Ahmad Faris, Tapau Tv
Lead singer untuk Butterfingers, Emmet sekarang ni tengah sibuk buat show di serantau Malaysia dan mungkin akan keluarkan album dia sendiri pastu guitarist Butterfingers pula, Loque sekarang tengah sibuk dengan band dia sendiri iaitu MonoloQue dimana dia mengetengahkan elemen-elemen tradisional Melayu kat dalam lagu-lagu dia.

4. Implikasi KAMI terhadap muzik dan budaya

Tahun 2007-2008 merupakan tahun keramat untuk band-band indie. Time tu, muzik scene untuk anak muda yang memberontak ni tengah takde idola dan artis-artis underground sebelum ni pula dah mula masuk dalam status hiatus atau pun tengah berehat. Tapi time tu jugalah band-band indie ni mula buat nama dan disedari oleh orang ramai.
Tahun 2007 ada satu rancangan bernama KAMI The Series dimana cerita tu mengisahkan pasal 4 sekawan yang masih bersekolah sambil menghadapi masalah hidup. Series tu guna tema surrounding yang tak asing dengan remaja time tu. Sekitar 2000-an band pop rock mula mengenalkan diri dorang kepada orang Malaysia.
SOSCILI setakat ni tak jumpa bukti yang kukuh untuk mengaitkan kejayaan band indie ni dengan cerita KAMI tapi band-band ni start jadi famous lepas cerita KAMI tu guna lagu dorang dalam series dan juga movie. Cerita tu telah menggunakan lagu dari band Meet Uncle Hussain untuk dijadikan sebagai lagu intro. Selain daripada Meet Uncle Hussain band lain pun ada buat penampilan istimewa dalam setiap episode macam Bittersweet, One Buck Short, The Times, Laila’s Lounge, They Will Kill Us All, dan juga Couple.
Disebabkan band-band ni buat nama, band lain yang bunyi macam dorang pun dapat perhatian pada masa yang sama. Band macam Pesawat, Komplot, Oh Chentaku, dan ramai lagi berjaya jadikan muzik sebagai kerjaya sebab kehangatan cerita KAMI tu, port gig macam MCPA dan Jalan Klang Lama kat KL telah menjadi tempat berkumpul dan have fun untuk anak-anak muda.

Tak menang banyak anugerah tapi peninggalan dorang kekal selamanya

Dalam sejarah muzik Malaysia, kita ada nama-nama besar seperti Sudirman, M Nasir dan Sheila Majid, tak lupa jugak band rock lejen seperti Wings dan Search yang sampai sekarang pun masih berkumandang kat mana-mana termasuklah bas Metro, karaoke, mahupun kenduri kahwin.
Namun jangan dilupa band underground yang keluar sekitar tahun 90-an ni semua yang berusaha untuk membuat perubahan kepada industri muzik kita. ACAB dengan muzik skinhead, Too Phat dengan muzik hip hop, dan Butterfingers yang menjadi inspirasi kepada puluhan bang lain untuk datang dan memberi satu kelainan. Walaupun ada di antara band yang disebutkan ni semua kini sedang berehat dan tidak kedengaran lagi, tapi impak yang mereka tinggalkan kekal selamanya. Bak kata lagenda nombor satu kita:
“Aku nak hidup lagi 1000 tahun lagi” – Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Alang-alang sebut pasal P Ramlee, jom layan OAG sebijik:

Sumber : soscili.my

Asal Usul Budaya Skinhead




Berkepala botak, memakai but pelbagai warna, jaket serta lencana dan pernah dikecam sebagai budaya kuning suatu ketika dulu.
Disertai golongan muda, gemar berkumpul beramai-ramai, bersidai dilokasi tumpuan seperti pusat membeli-belah dan pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar lewat 90an hinggalah pertengahan tahun 2000.
Tapi, tahukah anda budaya Skinheads, yang berasal daripada United Kingdom ini sebenarnya dipelopori golongan buruh kasar?
Selepas era kemelesetan ekonomi pada tahun 1930an di seluruh dunia, United Kingdom bangkit perlahan-lahan, membangunkan negara mereka daripada tekanan ekonomi sejagat.
Walaupun kedudukan ekonomi United Kingdom di belakang kuasa besar seperti Jerman, Jepun dan Amerika, namun pertumbuhan ekonominya memberi tambah nilai kepada gaya hidup warganya sekitar tahun 50an. Golongan-golongan buruh merupakan rakyat yang mempunyai taraf ekonomi paling rendah dengan bilangan mereka yang ramai.
Ketika itu, remaja-remaja ini terpengaruh dengan fesyen baru daripada kumpulan penyanyi soul dari Amerika, R&B UK, pelakon serta lambakan fesyen di lorong Carnaby, London.
Mereka dikenali sebagai Mods, belia-belia yang mempunyai keghairahan terhadap fesyen, muzik dan motor skuter. Asimilasi antara penduduk asal dan imigran dari Jamaica yang membawa budaya Rude Boys atau Rudie Mods ke dimensi baru.
Oleh kerana kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh, mereka membotakkan kepala kerana tuntutan kerja tidak boleh berambut panjang.
Dari situlah mereka mendapat nama Skinheads, yang bermaksud kulit kepala, yang diberikan oleh penulis dan wartawan sebagai trend terkini ketika itu.
Oleh kerana mereka daripada golongan pekerja buruh, kebanyakan daripada mereka mengenakan seluar jeans yang tahan lasak dan kasut but sebagai fesyen dan lambang solidariti pekerja buruh.
But yang dipakai pula bukan sebarangan, penambahan aksesori besi pada bahagian dalam but bagi melindungi jari kaki memberikan haba untuk mereka yang bekerja dilombong arang atau perlindungan ditapak pembinaan.
Selain botak, berkasut but dan seluar jeans serta yankee, gaya tipikal Skinheads dijalanan ketika itu ialah memakai kemeja kemas, siap dengan braces selain mengenakan jaket flight atau bomber dan topi pie atau flat.
Mereka turut mengamalkan semangat setia kawan yang jitu. Melindungi sahabat jika ada apa-apa masalah walaupun dicetuskan oleh sahabat mereka sendiri.
Kemunculan genre muzik punkrock sekitar tahun 1977 memeriahkan lagi budaya kumpulan ini.
Skinheads melabelkan muzik mereka sebagai Oi! - genre muzik punkrock tetapi pengisian lirik tentang kehidupan Skinheads yang diangkat oleh wartawan muzik yang juga seorang Skinheads dari Scotland, Gary Bushells.
Ketika era tahun 70an juga Skinheads mula diresapi banyak anasir-anasir ideologi politik yang bersikap perkauman.
Muncul kumpulan-kumpulan pro kepada semangat nasionalis yang melampau hingga membuka cabang baru seperti White Power Skinheads dan Neo Nazi. Kumpulan-kumpulan ini wujud membuat kekacauan dengan memukul imigran dari Asia Tenggara yang berhijrah mencari pekerjaan di negara mereka.
Kerana golongan Skinheads rata-ratanya daripada kalangan buruh, mereka merupakan golongan yang paling mudah dihasut dengan elemen-elemen rasis. Golongan ini mengiakan pembulian melibatkan golongan imigran di negara mereka.
Parti National Front menyebarkan dakyah-dakyah perkauman dibantu British National Party terhadap golongan ini untuk meraih sokongan mereka sehingga media-media di Barat menyelar kumpulan Skinheads sebagai ultra rasis.
Melihat Skinheads semakin dicemari elemen rasis, muncul pula golongan Skinheads yang mahu memperbetulkan fakta dengan melawan golongan White Power atau Neo-Nazi, iaitu Skinheads Against Racial And Prejudice atau SHARP yang bermula di New York oleh dua orang Skinheads berketurunan hispanik, Marcus Pancheco dan Stevan M.
SHARP mempromosi teras baru terhadap keruncingan masalah perkauman dalam Skinheads yang menolak fahaman perkauman seperti White Power. Ideologi ini tersebar semula ke UK sebelum ramai yang mengangkat SHARP untuk menghapuskan stigma perkauman.
Kesudahannya, dua kumpulan ini sering bertembung dan bergaduh di jalanan mahupun ketika festival muzik yang melibatkan muzik Oi!
Pergaduhan kedua-dua kumpulan ini yang paling teruk berlaku ketika konsert Oi! Hambrough Tavern, Southhall sekitar tahun 1981 hingga berlaku rusuhan selama lima jam.
Populariti kumpulan Skinheads di UK merosot secara perlahan-lahan kerana wujudnya banyak konflik kerana terlalu banyak ideologi yang menjahanamkan mereka sendiri daripada orang perseorangan. Walau bagaimanapun, ia semakin mendapat perhatian di negara-negara Eropah dan seluruh dunia.
Golongan awal Skinheads ialah bukan golongan racist.Permusuhan kaum hanya terjadi jikalau terjadi persaingan.Contohnya persaingan kerja dgn pendatang asing Pakistan (HAMMERSKIN).Tetapi nagi yg tidak terlibat, mereka masih menikmati hidangan India / Pakistan seperti kari.
Terdapat satu istilah iaitu Trojen Skin.Ianya satu gelaran bagi Original Skinheads.Skinheads mula merosot apabila ramai yg mula menyimpan rambut dan berumah tangga.

MOD-MODERNIST=Remaja Working Class di England pada tahun 50an dan 60an.Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan antara sekolah dan bekerja.

INDEPENDENT SKINHEADS=Sebenarnya golongan ini terdiri daripada Traditions Skinheads.(SkinTrads)

S.H.A.R.P=Pada hujung 80an,Rody Mareno telah memperkenalkan S.H.A.R.P(Skinheads Againts Racial Prajudice) di Britain.Yang membawa SHARP sebenarnya 3 orang budak New York dan seorang daripadanya bernama Marcus.Di NY,SHARP memang sudah popular .Rody Moreno cuma bawak balik leaflet dan kenalkan di Britain.Objektif mereka adalah untuk meberitahu umum maksud Skinheads sebenarnya dan mendedahkan kepada Boneheads siapa diri mereka sebenarnya dan cuba membawa Nazi Skinheads ke arah landasan yg betul dalam Skinheads.

BONEHEADS=Sebenarnya perkataan Boneheads ada satu sindiran (Mungkin satu penghinaan) dan gelaran ini ditujukan kepada golongan Nazi Skinheads.Gelaran ini diberikan oleh golongan yg bukan racist.Di barat biasanya berkait rapat dengan “White Power”.

WHITE POWER=White Power adalah berunsur perkauman.Ianya bermaksud kuasa orang putih dan ianya menjadi pegangan Nazi Skinheads di barat.Sejak zaman dahulu lagi orang putih pernah mengatakan merekalah yg bertanggungjawab mentamadunkan umat manusia.Ini secara tidak langsung merendah-merendahkan, memperlecehkan dan sekaligus menghina bangsa lain.Dari sini wujudlah pertelingkahan antara kaum.Perkataan Nazi Skinheads digunakan untuk melambangkan perkauman(racist).Sejajar dengan perjuangan Parti Nazi yg amat megah dengan bangsa Aryan dan memusuhi bangsa Yahudi dll.Terdapat stu perkataan yg melambangkan White Power iaitu “We must secure the existance of our people and future for while children”.

HAMMERSKIN=Satu lagi berunsur racist tetapi keadaan ini terjadi apabila mereka mula terasa terancam akibat persaingan dengan Pakistan.

Skinheads Di Malaysia 

Seperti negara-negara lain, Malaysia turut tidak terkecuali. Budaya memberontak ini menyusup masuk sekitar tahun 1990an selepas popularnya buku karangan George Marshall berjudul Spirit of 69: A Skinheads Bible, dan selepas jatuhnya era Hard Rock sebelum muzik balada mengambil tempat.
Skinheads masuk melalui muzik Oi! yang lebih relevan terhadap peminat-peminat Hard Rock yang dahagakan kebingitan muzik Hard Rock. Akibat terlalu banyak perbezaan, di Malaysia juga terdapat golongan Skinheads yang mempertikai ideologi ikutan masing-masing dan bergaduh sesama sendiri.
Hampir setiap minggu, ada saja pergaduhan melibatkan kumpulan Skinheads dipusat-pusat tumpuan bandar seperti Bukit Bintang ataupun Jalan Tunku Abdul Rahman.
Penghujung tahun 1990an hingga pertengahan tahun 2000 merupakan zaman Skinheads di Malaysia. Pada waktu itu ia dikecam masyarakat ekoran insiden pergaduhan dan juga fahaman ideologi barat yang menghancurkan umat beragama.
Dek kerana sering menjadi bahan cercaan media, hari ini Skinheads di Malaysia hanya dianuti oleh mereka yang ingin berfesyen semata-mata. Anutan terhadap falsafah asal sudah kecut dan tidak diterima oleh masyarakat timur di Malaysia.
Perkembangan Skinheads di seluruh dunia juga telah berpecah kepada banyak ideologi dengan yang terkini wujudnya gerakan Skinhead Sayap Merah atau mengikut haluan komunis seperti Red Anarchy Skinheads yang diwujudkan pada tahun 90an di Amerika.
Keadaan ini sudah menyimpang daripada asal iaitu Skinheads hanyalah budaya lepak golongan buruh dan tidak ada kena mengena dengan keganasan yang pelik lagi menghancurkan.
Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads.Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yg berperanan memperkembangkan budaya Skinheads.Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock.Cara Punk Rock berpakaian dan ada yg berambut Trojen itulah menjadi isu.Hasil daripada tanggapan masyarakat tentang budaya Punk Rock,golongan Punk Rock telah mengubah cara hidup mereka dan cara berpakaian mereka lebih kemas.Mereka telah memilih cara hidup Skinheads kerana cara Skinheads berpakaian kemas dan muzik Oi!, Ska dapat diterima oleh golongan Punk Rock.Dengan membawa masuk kaset dari barat serta cara berpakaian ala Skinheads,dan ini membuka mata golongan anak muda meniru budaya ini.Kemudian muncul beberapa band muzik yg memainkan muzik Oi!, Street Rock, Ska , Rocksteady , para peminat muzik Skinheads ini muncul dengan banyaknya. Pengaruh muzik yg dimainkan oleh The Bussiness, The 4 Skins, Cocksparer , Oi Polloi , Last Resort , The Skatalies , The Special , The Selecter telah menjadi ikutan band-band Skinheads di Malaysia.Skinheads di Malaysia tidak dilabelkan undergrounds,sebaliknya mereka hanya menyokong band-band underground.Skinheads merupakan satu budaya,tentang D.I.Y atau Major Label,itu terpulang kepada mereka sendiri samada menerimanya sebagai attitude atau tidak.Skinheads di Malaysia juga terbahagi kepada pecahan-pecahan Skinheads seperti Skinheads Trads,Sharp,Nazi.



S-Soldier
K-Kingdom
I-Individual
N-Nationalisme
H-hate
E-ego
A-and
D-drug


Ini 'subculture' yang pernah popular di Malaysia



Seperti diketahui umum, pada era 90an industri muzik tanahair telah berkembang pesat. Pelbagai  genre muzik yang baru telah dibawa masuk ke Malaysia dalam pelbagai medium. Pengaruh ini menular melalui internet, media cetak(zine,majalah) dan juga pita rakaman yang diimport khas dari luar.  Remaja khususnya, tidak hanya tertumpu pada genre rock sahaja ketika itu, walaupun hakikatnya,awal 90-an merupakan zaman emas kepada genre Rock Kapak ini. Ini terbukti apabila muncul banyak kumpulan muzik yang membawa genre alternatif seawal 90an lagi. Melodi yang ternyata berbeza 360 darjah dari bunyian yang biasa didengari di Malaysia pada masa itu.
Namun, bunyian baru yang dibawa masuk bukanlah sekadar halwa telinga dan kelainan, tetapi ia datang dengan pakej gaya hidup ataupun budaya selari dengan muzik yang dimainkan. Lain genre, lain pula gaya hidupnya kerana setiap muzik yang dimainkan, ada jiwa dan cerita didalamnya. Setiap bait-bait lirik itu ada penghayatan hingga terbawa kepada lifestyle pengikut genre masing-masing. Oleh sebab itu, perlu diketahui, sub budaya barat yang diilkuti oleh remaja pada masa kini adalah dibawah pengaruh muzik itu sendiri. Entri kali ini akan berkongsi tentang beberapa sub budaya yang telah masuk ke Malaysia sejak 90-an lagi sebelum kewujudan Budak Raver.



Grunge

Jika sebut Grunge, sudah semestinya ramai yang membayangkan Kurt Cobain dan kumpulannya Nirvana. Tidak dapat dinafikan, pengaruh   budaya Grunge amat terkesan kepada anak muda pada masa itu, dengan lagu yang dibawa oleh Nirvana. Hakikatnya perkataan grunge mula digunakan oleh Mark Arm, vokalis band Green River(kemudiannya Mudhoney). 
Grunge secara asasnya membawa maksud kotor, tidak teratur atau kesederhanaan. Musik grunge pula dipenuhi oleh riff-riff dengan distorsi gitar yang bingit, ketukkan drum yang berat, dan lirik  berkisarkan tekanan perasaan, kehidupan masyarakat, sosial dan lain2. Pakar muzik berpendapat  bahawa muzik grunge merupakan evolusi dari musik hardcore punk, heavy metal, dan indierock.


Walaubagaimanapun, Grunge bukanlah muzik semata-mata kerana definisi grunge itu melibatkan mentaliti dan gaya hidup. Ia merangkumi way of life, dan muzik. Baju/kemeja lusuh, kasut Converse, rambut panjang berjurai, dan jeans koyak menjadi dresscode bagi pengikut grunge.  Sehingga pada lewat 90an, bandar Alor Setar pernah mendapat jolokan Alor Seattle kerana komuniti Grunge yang ramai membanjiri bandar itu. Seattle merupakan tempat dimana bermulanya budaya grunge di Amerika. Band seperti Dead Mushroom, Butterfinger, Juxtaposed antara yang awal mempelopori genre grunge di Malaysia.Sehingga ke hari ini lagu mereka masih dimainkan oleh pengikut grunge sungguhpun ada yang sudah melewati usia 30an.






Skinhead

Antara sub budaya yang begitu popular di kalangan remaja lewat 90-an. Skinhead satu sub budaya yang berasal dari Jamaica lalu terus berkembang di England atas pengaruh muzik ska dan raggae. Dipelopori oleh golongan working class khususnya, Skinhead adalah satu sub budaya yang penuh dengan nilai-nilai yang positif dan menitikberatkan attitude smart,clean & tough sebagai prinsip.
Genre lain seperti Oi!, Hardcore, Ska-Punk, Punk Rock dan Rock Ballads adalah diantara yang menjadi ikutan  Skinhead. Lirik mereka acapkali bercerita mengenai kehidupan, perjuangan dan pemberontakkan yang dilalui dalam kehidupan seharian mereka. Sangat mudah untuk kita mengenalpasti seorang pengikut skinhead, iaitu melalui dresscode mereka. Imej kemas yang ditampilkan seperti berkepala botak, berkemeja lengkap dengan braces, seluar jeans potongan lurus dan juga but Dr. Martens.

Sungguhpun begitu, Skinhead pada dasarnya bukan sekadar luaran, tetapi berkait dengan rohani dan kolam jiwa. Ramai juga pengikut yang tidak mengenakan dresscode seperti yang dinyatakan, namun kita boleh mengenali seseorang pengikut skinhead melalui attitude, cara pergaulan, dan prinsip hidup mereka.
Jika di Malaysia, angka pengikut skinhead boleh dikatakan antara yang ramai. Band Seperti ACAB, Roots n Boots, dan The Official antara band yang terawal mempelopori genre ini. Muzik mereka boleh dikatakan sangat berkualiti, sarat dengan mesej dan melodi yang menangkap jiwa dan raga.


Mods

Merupakan singkatan dari perkataan Modernist, Mods adalah budaya yamg datang terlebih dahulu sebelum berpecah kepada cabang yang lain seperti Skinhead dan Punk. Turut dipelopori oleh golongan working class di British, Mods mempunyai prinsip dan pegangan yang tidak lari jauh dari Skinhead. Mods lebih cenderung kepada fashion dan skuter di samping mempunyai pengaruh genre muzik yang tersendiri. 
Jika dilihat pada awal kewujudan, pengikut Mods banyak dipengaruhi oleh bunyi-bunyian dari genre Modern Jazz, Blues, Psychedelic, Pop dan R&B. Mereka gemar berkumpul di pub dan kelab menari bersama-sama mengikut rentak lagu. Walaupun mereka datang dari golongan working class, tetapi dresscode yang dipamerkan mereka mempunyai kelas yang tersendiri. Sut lengkap yang ditempah khas, dengan kasut kulit bertumit, menjadi dresscode yang ikonik kepada pengikut Mods.

Tak lengkap jika seorang pengikut Mods itu tidak memiliki sebuah skuter. Skuter manual buatan Itali seperti Vespa dan Lambretta menjadi kenderaan rasmi buat seorang pengikut Mods tegar. Jika memiliki skuter pula, wajiblah memiliki sepasang jaket parka labuh dengan lencana target yang menjadi lambang rasmi kepada pengikut Mods. Di Malaysia, pengikut  Mods wujud di setiap negeri dan paling ketara boleh dilihat di Kelantan. Band yang mempunyai pengaruh Mods telah wujud sejak 60an lagi seperti M. Osman dan Les Fentos, The Strangers, Eddie Ahmad & The Antartics dan banyak lagi untuk disenaraikan. Awal 90an muncul pula band berkualiti yang mengetengahkan genre Alternatif Rock dan Brit Pop dan mempunyai pengaruh Mods seperti OAG, The Times(awal 2000), dan Bittersweet(lewat 2000). 


Punk

Boleh dianggap sebagai kembar kepada budaya skinhead, Punk telah masuk ke Malaysia seawal 80an melalui pengaruh muzik. Sekumpulan anak muda dari Terengganu telah menghidupkan scene punk di sana dengan jumlah pengikut yang boleh dikira dengan jari. Penghujung 80an, wujud sebuah band dari Terengganu yang bermain secara serius. Band tersebut diberi nama Malaria dan mereka sempat merakamkan demo yang tidak dapat dipastikan kesudahannya.
Waktu itu,telah wujud zine-zine yang memberi info tentang pergerakan punk di Malaysia dan luar negara seperti 'Aedes' karya Joe Kidd dan 'Thrash Attack' karya Aziz. Kemudian budaya ini terus menular di semenanjung dan menjadi satu komuniti yang besar di Malaysia sehingga  hari  ini.  Imej yang ditampilkan oleh pengikut punk ini boleh dikatakan agak hardcore pada masyarakat. Ini dapat dilihat melalui rambut mohawk, berjaket kulit penuh lencana, spike tajam yang menakutkan dan penuh kata-kata kesat diconteng pada jaket. But Dr. Martens paras lutut menaikkan lagi imej mereka sebagai seorang punkers sejati.
Namun jika dikaji pada roots, punk  diantara sub budaya yang sarat dengan emosi dan prinsip. Komuniti mereka juga dipelopori oleh golongan bawahan. Punk bukan hanya bercerita tentang rambut mohawk, tetapi ia mengenai attitude dan prinsip seseorang. Kehidupan seharian yang dihimpit oleh kos sara hidup dan pandangan negatif masyarakat, membuatkan punk sangat sensitif tentang isu kemanusiaan.
Oleh itu, lagu dan lirik yang dimainkan sangat berkait rapat dengan kehidupan mereka. Sub budaya ini dijadikan sebagai way of life, dan bukanlah pada satu hari saja dalam seminggu. Hakikatnya, hati budi seorang pengikut punk lebih bersih dari orang biasa. Mereka lebih mengamati setiap nilai dalam kehidupan. Walaupun media pernah memberi persepsi yang buruk tentang budaya punk, namun ia sangat aktif di seluruh Malaysia dari perlis hinggalah ke Sabah. Band seperti Carburetor Dung, Hijrah(sekarang Pilgrims), Sex & Violence(sekarang ACAB), Karatz, Subculture dan The Bollocks  menjadi antara band terawal membawa genre punk rock/punk.



Black Metal

Pernah menjadi kontroversi pada tahun 2001, sekumpulan remaja yang menjadi pengikut black metal ditahan atas sebab mengamalkan budaya yang berlari daripada akidah umat islam. Namun sejauh mana kesahihan itu, tidak dapat dipastikan. Jika dilihat pada kronologi, budaya blackmetal ini mula meresap kedalam jiwa remaja melalui muzik. Penghujung 90an menyaksikan variasi genre muzik mula masuk kedalam Malaysia. Muzik metal yang menjadi akar mula berpecah kepada sub-subnya seperti thrash metal, grindcore, death metal, black metal dan lain-lain. 

Jika dikaji selidik, terlampau banyak sumber yang menceritakan tentang perjalanan black metal di eropah. Lagu-lagu mereka lebih kepada anti-agama dan memuja syaitan. Dresscode mereka yang serba hitam, dengan jacket kulit, gelang spike dan but creeper, mengundang kegerunan buat sesiapa yang melihat. Ada juga yang memakai celak dan gincu berwarna hitam. Beberapa ritual yang dijalankan ketika gig black metal berlangsung seperti meminum darah kambing hitam dan memijak kitab suci agama masing-masing, mengundang  keraguan buat pemerhati scene. Di Malaysia pula, ada yang berpendapat bahawa budaya black metal yang dibawa cuma sekadar luaran dan tidak berkait dengan rohani.Sejauh mana kesahihan itu tidak dapat dipastikan. 
Malaysia tidak kurang hebatnya dengan kewujudan band yang mempunyai pengaruh dalam black metal seperti Radia, Nebiras, Bazzah, Hayagriva, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khaum dan lain-lain lagi. Sehingga kini masih terdapat ramai pengikut black metal di Malaysia. Ini disokong dengan penganjuran gig-gig black metal di sekitar Ipoh, Penang dan Kuala Lumpur. Namun pengikut black metal susah untuk dijangka kerana rata-rata sudah mencecah usia 30an dan lebih cenderung kepada melayan muzik semata-mata, tidak kepada fasyen dan way of life.



Hip Hop

Istilah hip hop  diperkenalkan oleh remaja afrika dan latin yang tinggal di tengah-tengah bandar New York seawal 1970. Dari pengaruh muzik lalu meresap kepada gaya kehidupan dan terbentuk sub budaya yang diberi nama hip hop. Pada asalnya, mereka mula mendendangkan lagu dengan lirik-lirik puitis tanpa iringan sebarang instrumen muzik. Daripada rentak tersebut, tercetus idea daripada golongan tersebut dengan menamakan rentak itu sebagai rap. 
Budaya ini kemudiannya masuk ke dalam Malaysia melalui lagu-lagu artis hip hop terkenal dari barat seperti DMC, Beastie Boys dan LL Cool J. Pengaruh mereka merebak sehingga dijadikan budaya  pada ketika itu. Aktiviti "break dancing"  merupakan ritual kepada pengikut hip hop. Mereka akan berkumpul di bandar untuk bersantai bersama-sama sambil mempamerkan skil break dance masing-masing. 

Dresscode memakan belanja yang agak tinggi kerana hip hop memakai pakaian yang berjenama dan mahal. Disebabkan itu, hip hop dipelopori oleh remaja yang datang dari keluarga yang berada. Berbaju T atau jersi besar, seluar londeh dan kasut Adidas Superstar antara starter pack untuk seorang pengikut hip hop. Pada sekitar 90an telah wujud kumpulan yang mengetengahkan genre hip hop seperti KRU, 4U2C, NICO, dan Naughtius Maximus. Namun genre yang dibawa mereka tidak dapat diterima masyarakat membuatkan mereka menukar kepada genre yang lebih ringan seperti pop.
Setelah budaya hip hop makin berkembang, muncul satu kumpulan rap yang dikenali sebagai Too Phat.  Pelbagai kecaman dilontarkan keatas mereka kerana dianggap membawa genre yang pelik, tak kurang juga yang mengangkat mereka sebagai pioneer dalam dunia hip hop di Malaysia. Too Phat yang dianggotai oleh Malique dan Joe Flizzoe itu lama kelamaan menjadi fenomena di Malaysia sehingga mereka disambut baik di Amerika.  Selepas itu muncul pula kumpulan Urban XChange  dan Poetic Ammo. Kini artis seperti Altimet dan Waris mewarnai scene hip hop di Malaysia. 

Masih ada lagi beberapa sub budaya yang tidak diceritakan. Secara jelas dapat kita rumuskan bahawa semua sub budaya yang dibawa masuk ini adalah melalui pengaruh muzik semata-mata. Zaman demi zaman berlalu, muncul pula budaya Raver yang tidak tahu dari mana akar umbinya. Lambakan anak-anak muda yang dikenali sebagai Budak Raver mencemari scene sub budaya yang pernah wujud di Malaysia. Bagi mereka, tarian sotong terkinja-kinja itu mungkin sangat cool, namun bagi generasi X, ia sesuatu yang memalukan, tiada prinsip dan halu tuju. Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang diceritakan diatas kerana beranggapan ada sub budaya yang bergelumang dengan dadah, alkohol dan pergaulan bebas. Tidak dapat dinafikan elemen itu wujud, tapi sebagai manusia yang mempunyai akal kita harus peka dalam memilih apa jua jalan. Apapun yang menjadi pilihan, mesti ada batasnya asalkan tidak lari dari landasan agama. Diharap perkongsian ini memberikan pengetahuan kepada pembaca. 

Sumber: iluminasi.com

Thursday, 13 April 2017

Megat, ACAB dan But DocMart

Megat, ACAB dan But DocMart


Megat, ACAB dan But DocMart: Satu Kenangan. 
Menyebut nama kugiran A.C.A.B., pastinya kita tidak boleh melupakan vokalis utama dan pengasas bersamanya, iaitu Megat Hafiz (magskin/maxhafidz). A.C.A.B. ditubuhkan oleh dua orang anak muda dari Kuala Lumpur, iaitu Megat dan Eddie (Edy J. Herwan). Kugiran ini digelar sebagai “The Godfather of Streetpunk/Oi of Malaysia” dan lagu-lagu mereka diangkat sebagai ‘lagu rasmi’ pengikut Skinhead Malaysia yang agak ramai tidak berapa lama dahulu.

‘Budaya’ Skinhead, sebagaimana Punk -- yang popular dalam kalangan pelajar sekolah serta anak muda sekitar pertengahan 90an sehingga awal Abad ke-21 -- mendapat maklum balas negatif daripada kalangan media dan masyarakat Malaysia secara umumnya. Namun, imej A.C.A.B yang memakai kasut but Dr Martin (digelar But DocMart), berseluar ketat dan kecil di bahagian bawah, serta berkepala botak, tetap menjadi ikutan sebilangan anak-anak muda ketika itu.


A.C.A.B.
Kugiran ini ditubuhkan sekitar 1994, dan asalnya dianggotai oleh Megat, Eddie, Black (dram), Anas (gitar) dan Sham (bass) yang menerokai muzik ‘Oi!’. Bersama A.C.A.B., Megat dan rakan-rakannya terbabit dalam penerbitan dan proses rakaman beberapa single, E.P, L.P dan album studio. Antaranya, We Are The Skin; Streets of Uptown (single); Eastern Oi! (L.P);  Unite & Fight (E.P.); Skinhead 4 Life; This is The A.C.A.B.(album studio). Untuk rekod, nama A.C.A.B. digunakan dari 1994 sehingga 2003. Selepas persembahan terakhir Megat bersama A.C.A.B. pada 2003, beliau (Megat) melanjutkan pelajarannya ke United Kingdom. Eddie meneruskan kerjayanya bersama Gerhana Ska Cinta manakala Irfan bersama The Times.

‘Tribute to A.C.A.B’
Pada tahun 2004, ‘Tribute to A.C.A.B’ diterbitkan dengan menampilkan beberapa kugiran indie, sebagai penghormatan kepada sumbangan A.C.A.B terhadap muzik Oi!, Streetpunk dan Ska di Malaysia. Antara artis yang terlibat ialah The Times dan Roots N’ Boots.

 
 

The A.C.A.B.
Sekitar tahun 2004, penambahan nama ‘The A.C.A.B.’ dibuat, memandangkan penukaran muzik yang dibawa oleh Megat dan rakan-rakannya, daripada Oi! kepada rock indie (independent rock). Megat yang ‘menghilangkan diri’ selama dua tahun, mula menggunakan gelaran baru, Max Hafiz, dan berjuang bersama rakan-rakan The A.C.A.B: Eddie (gitar), Mono (bass) dan Irfan (dram). Album ‘This is The A.C.A.B’ dikeluarkan sekitar 2006. The A.C.A.B. membawa muzik rock indie, yang mencampurkan nilai muzik rock Asia dan Barat. 

Addukhan
Sekitar Januari 2012, Megat merakamkan single berjudul ‘Purnama’ bersama sebuah kugiran baru, bernama ‘Addukhan.’ Lagu ini dirakamkan di sebuah studio di Sri Damansara oleh Addukhan yang bermaksud ‘asap’ dalam istilah Arabnya. Megat yang menggunakan nama Max Addukhan berperanan bersama Wan Barat sebagai vokalis dan pemain gitar; tatkala Hanna Hamdan beraksi selaku vokalis dan pemain bass. Irfan Iskandar pula bermain dram.

Melanjutkan pelajaran ke Syria
Berdasarkan laporan pelbagai sumber, Megat dilaporkan melanjutkan pelajaran ke Syria. Beliau menuntut dalam bidang bahasa Arab dan Syariah. Beliau mula tampil dengan imej berserban dan berjubah selepas mendalami ilmu agama Islam di Jenderam Hilir. Di dalam satu temubual yang disiarkan dalam Majalah Mastika pada Disember 2009, Megat menyatakan bahawa beliau sudah membuang tatu di tangan dan dadanya.

Khatimah
Tatkala ingatan kita masih segar dengan pelbagai laporan serta kupasan negatif oleh media massa berkenaan ‘budaya’ Skinhead sekitar awal dan pertengahan alaf baru yang lalu, Megat tampil mengejutkan kita dengan gaya berserban dan berjubahnya. Semoga apa yang baik dijadikan tauladan; yang sebaliknya kita jauhkan. Bersamalah kita saling tegur-menegur dan nasihat-menasihati. Kita melihat apa yang dicakap; bukan siapa yang bercakap. Selamat berfikir. Salam.

------------------------------------------- 
Sumber: