Asal nama kumpulan ini ialah HIJRAH dan merakamkan demo pertama A PILGRIMAGE TO NOWHERE pada tahun 1990.Mereka menukarkan nama HIJRAH kepada THE PILGRIMS kerana nama yang serupa(Hijrah)telah digunakan oleh sebuah kumpulan glam rock dari Sarawak sekitar awal 90an.THE PILGRIMS adalah satu-satunya kumpulan underground tempatan yang unik dan berbeza kerana mereka adalah pelopor muzik punk/hardcore(juga genre muzik alternative).Ini dapat ditemukan jawapanya dalam demo mereka A PILGRIMAGE TO NOWHERE dalam tahun 1990.Di era itu kita lihat majoriti kumpulan-kumpulan underground tempatan lebih kepada muzik thrash metal.Mungkin kumpulan thrash metal veteran kuala Lumpur iaitu ASSAULT menyamai muzik punk rock yang cuba diperjuangkan oleh THE PILGRIMS tetapi ASSAULT lebih cenderung sebagai sebuah kumpulan thrashcore kerana pengaruh mereka berlainan sepeerti METALLICA,SLAYER,PRONG,NIRVANA dan FAITH NO MORE.
Konsep mereka sedikit bertentangan walaupun sehaluan.THE PILGRIMS adalah perintis muzik punk/harcore/alternative,seusia dengan kumpulan veteran yang sejenis dengan mereka seperti CARBURETOR DUNG dan A.R.T.sebanyak lima buah album pernah mereka rakamkan.Mereka jugalah kumpulan punk rock pertama di Malaysia yang menghasilkan album pada tahun 1992 di bawah Sonic Asylum Records bertajuk PERFUME GARDEN.Seterusnya dilahirkan album-album berikut:AWAY FROM NUMBERS(1994) DA-KAPO(1997) THE WISH FISHERMAN(2000) dan ARCHTUNG:THIS IS NOT A METAL BAND(2001).Perjalanan muzik mereka sekarang lebih matang kerana campuran elemen-elemen muzik yang pelbagai.Gitaris THE PILGRIMS yang merupakan satu-satunya line-up asal kumpulan ini pernah menghasilkan album solo berbentuk muzik surf seperti yang pernah popular di barat satu ketika dahulu.
Ketiga-tiga kumpulan ini merupakan pelopor dalam bidang muzik masing-masing.koffin Kanser adalah perintis muzik new age metal dan NEMESIS adalah pemula irama thrash metal.Sil Khannaz pula pernah mempelopori muzik black metal pada awal karier iaitu ketika zaman demo mereka,seterusnya menjadi pengembang irama death metal.
Kemudian berekperimentasi dalam album-album Sil Khannaz yang berikutnya.Tidak ketinggakan The Pilgrims yang mempelopori muzik punk,hardcore,dan alternative tempatan di samping gitarisnya juga memulakan muzik surf di Malaysia.Nah ini adalah suatu gandingan yang mantap dan tidak seharusnya anda lepaskan konsert yang bakal membuka sejarah baru dalam dunia muzik tempatan.
Genre: Punk-Rawk-Abah-Kau!
Early influences: listenin’ to Slayer, Kreator, Sodom, Anthrax, Exodus, Metallica, Mortal Sin, Testament, DRI, Nuclear Assault, Napalm Death, Sex Pistols, Ramones and Anti-Nowhere League plus some other rawk-kangkangs
Address: Kuantan 1987-1994…and currently in Kuala Lumpur.
Guitars - Kombat Voxs - Bob Magnus Bass - Hashim Semirin Drums - Shamil Kakarot
Album :
- Pilgrimage To Nowhere (Hijrah, demo) 1990:
- Perfume Garden (album) 1992 Sonic Asylum
- Away From The Numbers (album) 1994 Alternative Garage Int.
- Da Capo (album) 1996 Ponycanyon.
- Music From The 100% Original The Pilgrims Motion Picture](live album) 1998 Ponycanyon, di Fire Discotheque,
- Greatest Hits That We Never Had (kompilasi) 1998 Ponycanyon
- The Wise Fisherman / The Wiser Fisherman (album) 1998 Ponycanyon,
- Achtung! This Is Not A Metal Band (album) 2000 Ponycanyon,
- All The Best Fishes We Caught (kompilasi) 2005
- Achtung! Riders (album) 2015 Chenta Relektro
Lagu-lagu Hits:
- Churaliya Deko Abto
- Dream Off
- Kombat Geng Jahat
- Celebrating Mother
- Runaway
- Sua Sue Good Morning
- Lawgiver Supremacy
- Perfume Garden
- Achtung! Riders
- Bunohan
..dan banyak lagi.
Jika kita menyingkap kembali kegilaan dan kehebatan kumpulan-kumpulan awal death metal ditanah air,nama Brain Dead adalah salah satu nama besar dalam dunia Death Metal di Malaysia.Brain Dead adalah kumpulan Death/Thrash Metal terawal dari Perak selepas kumpulan Black Metal dari Perak,Vulga ditubuhkan pada tahun 1985.Pada tahun 87 di Taiping kegilaan terhadap muzik Thrash Metal tidak dapat dibendung lagi lantas Brain Dead ditubuhkan di Taiping pada 31 Ogos 88.Ditubuhkan oleh Ein dan Malik.Mereka berdua adalah orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan Brain Dead.
Disebabkan hanya mereka berdua sahaja didalam Brain Dead,Ein kemudian mengajak Hashim untuk menyertai Brain Dead .Hashim dan ein adalah rakan lama dan mereka berdua adalah classmate dizaman persekolahan mereka.kemudian muncul Shahharin yang sebelum ini bermain dengan sebuah kumpulan Heavy Metal dan kumpulan ini datangnya dari daerah yang sama,Taiping.Oleh itu lengkaplah Brain Dead,anggota asal Brai dead adalah ein possessor (Abdul Rahim Zakaria)gitaris/vokalis,Malik Mutilation sebagai pemain gitar,Hashim Pestilence sebagai pemain bass dan Shahharin sebagai Drummer.Nama Brain Dead telah digunakan sejak tertubuhnya Brain Dead dan nama ini datangnya dari salah satu tajuk lagu dari kumpulan Thrash Metal terkenal Exodus.Pada awal penubuhan Brain dead mereka banyak membawakan lagu-lagu dari kumpulan Metallica ketika jamming.Selepas itu mereka mula membawakan lagu-lagu cover dari Venom,Slayer,sodom,Possessed,sepultura,slaughter,Sarcofago dan banyak lagi kumpulan death/thrash metal yang sedang hangat ketika itu.
Pada awal tahun 89,Brain Dead diberi penghormatan menjadi band undangan dalam satu konsert ditempat mereka.Gig itu adalah yang pertama buat Brain Dead pada 4 mac 89 di taiping sebagai band undangan untuk sebuah band rock/heavy metal tempatan yang mempunyai nama yang agak besar juga iaitu M.A.Y,mereka merasakan sedikit gemuruh kerana inilah pengalaman pertama mereka bermain gig tambahan pula dihadapan lebih 1300 orang penonton.Pada waktu itu mereka membawakan lagu-lagu dari Metallica.Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.Selepas gig pertama itu sebagai band undangan dan pembukaan,Brain Dead mula mendapat banyak undangan dan tawaran untuk membuat show sejak gig pertama mereka,buat pertama kalinya mereka bermain di luar Perak.
Gig yang kedua juga dalam tahun 89 di Galactica Roller,sebuah tempat di Kuala Lumpur yang kerap menganjurkan konsert Thrash Metal.Kali ini mereka diberi peluang beraksi bersam SlapDeath (band dari Kelantan),Rator (Death Metal dari Selangor) dan Bacteria (kini dikenali sebagai Silenth Death dari Kuala Lumpur).Permulaan tahun 90,Brain Dead telah mula menulis lirik-lirik mereka sendiri.Lagu-lagu awal yang ditulis oleh Brain Dead ialah 'Eternal war' 'Satanism' dan 'On Your Grave'.Mereka adalah satu kumpulan grind/Brutal Death Metal yang agresif,banyak dipengaruhi oleh Morbit Angel,Bolt Thrower,Terrorizer dan banyak lagi.Mereka mula mencuba untuk membuat demo mereka sendiri,tetapi disebabkan masaalah studio seperti kurang memberi kerjasama dan tidak sukakan muzik sebegini maka usaha mereka terbantut begitu sahaja.Mereka meneruskan jamming setelah gagal untuk menghasilkan demo.Akhirnya dipenghujung tahun 90 pada 23 disember Brain Dead merakamkan demo pertama mereka bertajuk 'Eternal War' yang dirakamkan di Camy Studio,Taiping.Demo ini mengandungi tiga lagu iaitu Eternal War,Satanism dan On Your Grave.Lirik mereka ketika itu berkonsepkan Gore,Death dan Satanism.Demo ini menjadi saingan kepada band underground tempatan lain di waktu itu seperti Sil Khannas (sekarang Sil Khannaz),Sufforcation (sekarang Suffercation),Senseless Death (sekarang Senseless),Silenth Death,Hijrah (sekarang Pilgrims) dan Necrofist (sekarang Nebiras) yang mengeluarkan demo ditahun yang sama (90).
Bermula Dari demo inilah Brain Dead mula mengeluarkan demo mereka didalam underground Scene tempatan dan luar negara.Walaubagaimanapun demo ini kurang memuaskan dari segi sound.Tetapi melalui demo inilah mereka mula aktif dalam underground dunia.Dalam tahun 90'an juga Ein menubuhkan band projek bernama Sacramantor (Heloisa).Tetapi disebabkan masaalah tertentu seperti tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya pada kumpulan itu ianya terus senyap tampa sebarang meterial.Demo Eternal War mula diedarkan pada tahun 91.Pada tahun 91 mereka mula bermain gig disana sini.Mereka juga pernah bermain gig di funfair bersama satu lagi kumpulan underground veteran dari Perak iaitu Necrotic Chaos.Mereka juga pernah beraksi bersama Silent Death,Necrofist,Picagari dan Sufforcation disatu gig di Paradise Club Kuala Lumpur.Dalam tahun 91 Brain Dead dipelawa sebagai band undangan dalam satu show bertajuk 'Super Thailand Festival'di Taiping pada 4 oktober 91.Sebenarnya pada hari itu Brain Dead adalah band jemputan untuk artis pop tempatan iaitu Norsheila Amin.tetapi diatas sebab tertentu penyanyi pop itu tidak dapat menhadirkan diri,oleh itu Brain Dead mengambil alih show itu sepenuhnya.Penonton diketika itu cukup gila dengan persembahan Brain Dead.
Brain Dead merakamkan dua lagu live dari 'Super Thailand Festival'iaitu 'Eternal War dan Satanism'.Kemudian mereka merakam tiga lagi lagu iaitu 'On Your Grave' dan dua lagu baru 'Repulse to Destruct' 'Devourment of Gore' di Camy Studio pada disember 91.Akhirnya kelima-lima lagu ini dijadikan demo kedua mereka yang bertajul 'Live demo',kesemuanya dirakamkan pada tahun 91 dan demo kedua ini dikeluarkan pada Januari 92...Didalam tahun ini juga Brain dead mendapat tawaran dari syarikat rakaman tempatan Noize record untuk menghasilkan album.Noize record bertindak menandatangani kontrak dengan band underground tempatan lain sperti Sil Khannaz,Suffrecation dan Silent Death.tetapi sebelum ditawarkan membuat album noize record merancang untuk mengeluarkan satu album kompilasi death Metal terlebih dahulu.Album kompilasi ini tertangguh dan akhirnya terbengkalai.mungkin Noize record terkejut dengan bentuk muzik sebegini,maklumlah mereka tidak menyanyikan lagu cinta/rock yang mendayu-dayu seperti kebiasaanya.pada masa yang sama juga Brain dead mendapat rawaran dari syarikat rakaman dari German untuk menghasilkan 7'ep'tetapi Brain Dead telah menandatangani kontrak dengan Noize record maka ianya terpaksa di tolak.
Malangnya pada penghujung 91 pemain drum mereka Shaharin,mengambil keputusan untuk meninggalkan Brain Dead.ini disebabkan perbalahan,Shaharin tidak mahu Brain dead menukar arah muzik.Dia juga hilang minat kerana perbezaan muzik diantara mereka.Brain Dead mahu menukar arah kepada Black/Dark Death Metal tetapi Shaharin tidak setuju.Shaharin masuk semula pada tahun 92 tetapi mengambil keputusan keluar untuk kali kedua.kali ini Shaharin keluar dari brain dead seminggu sebelum Brain dead mengadakan show yang besar di Machine One,tanpa memikirkan nasib mereka yang terpaksa berdepan dengan masaalah line-up.Shaharin juga banyak menimbulkan masaalah ketika bersama Brain Dead dahulu.Tidak dinafikan Shaharin merupakan pemain drum yang terbaik di Malaysia.Selepas sahaja Shaharin meninggalkan Brain Dead (menganggotai Nemesis) satu rombakan besar telah terjadi dalam Brain Dead.Mereka mengambil keputusan mengekalkan Brain dead sebagai kumpulan trio,Brain dead masih lagi dianggotai oleh tiga line-up asal.Pada kali ini Ein Possesser bertukar posisi dari bermain gitar kepada bass/vokal,Malik Mutilation masih lagi posisi gitar dan Hashim Pestilence dari bass bertukar posisi untuk bermain drum.
Untuk mencari seorang pemain drum sangatlah susah.Dengan line-up ini Brain Dead menyambung kembali aktiviti mereka,ini termasuklah membuat show.Dengan penubuhan ini Brain Dead membuang sentuhan muzik Grind Core dalam muzik mereka.Brain Dead bukan lagi satu kumpulan Grind Death Metal tetapi haluan baru mereka Black/Dark Death Metal.tahun 92 juga Sonis Asylum record berminat untuk mengikat kontrak dengan Brain Dead tetapi ianya tidak berhasil.Apabila Silent Death mengeluarkan album pertama mereka pada pertengahan 92 dibawah naungan Dark journey record,pada masa yang sama juga label ini mencari lagi band tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan bakat mereka.Apabila label ini mendengar demo mereka ianya telah membuahkan minat dan seterusnya Dark journey record menawarkan kontrak kepada mereka.Pada lewat 92 brain Dead mengikat kontrak secara rasmi dengan Dark journey record.label ini merupakan label yang mengeluarkan album-album underground sahaja.Brain Dead menjadi artis kedua Dark Journey record dan mengikat kotrak selama dua tahun dan dirancangkan akan masuk studio pada awal bulan Januari 93 serta mereka akan mengeluarkan album itu pada awal tahun hadapan (93).Sertelah menjadi Artis Dark journey record ,Brain Deada diberi peluang beraksi bersama Silent Death di ketika Silent Death sedang giat mempromosi album pertama mereka.Dalam tahun tersebut labih 10 gig telah dimainkan.Pada tahun 92 bertarikh 20 nOvember 93 bertempat di Perak.Silent Death dan Brain Dead beraksi bersama dibawah naungan dark journey record.
Gig ini dirakamkan dalam video dan dijual melalui dark journey record.Didalam video ini terdapat interview khas bersama silent death dan Brain Dead.Orang yang menginterview kedua-dua ini ialah Oz yusuf,bekas gitaris Assault satu band lagenda Thrash Metal dari Kuala Lumpur dilewat 80'an.Sekarang ini Oz yusuf merupaka penerbit album-album underground dan juga sound enginier untuk setiap gig underground di Malaysia dan Singapura.Video ini di buat secara profesional dan mendapat sambutan yang menggalakkan.Pada masa yang sama ein possessor menubuhkan kembali kumpulan Sacramantor dengan menggunakan nama Narraka yang berkonsepkan Black Metal,tetapi disebabkan Ein terpaksa memberi komitmen dan perhatian yang lebih terhadap Brain dead maka Narraka senyap seketika tetapi masih lagi tidak berkubur.
Langsuyr merupakan sebuah kumpulan ekstrim metal yang berasal dari Ipoh, Perak.
Tanggal Mei 1991, merupakan detik yang bersejarah bagi Malaysia kerana itulah permulaannya band ini. Ia dianggotai oleh tiga rakan sepermainan: Azlanthor, Azmaniac dan Bentara yang ketika itu masih berada di bangku sekolah.
Langsuyr dipilih sebagai nama band yang bermotifkan muzik death metal ini atas sebab keunikan nama tersebut sedangkan tatkala itu band yang seiringan dengannya masih sibuk dengan elemen kebaratan.
Langsuyr juga pernah dilabelkan sebagai "king of death metal" di malaysia kerana langsuyr adalah diantara band2 awal yang menjadi pengasas kepada muzik death metal di malaysia.
Pada tahun 1993, Langsuyr mencuba pasaran death metal tempatan dengan album demo Occultus Mysticism. Ianya mendapat sambutan yang amat luas dalam scene tempatan. asalnya tape dubbing sendiri itu telah dibantu rilisnya oleh east gothic production dengan produksi kilang yang lebih bermutu. semuanya habis disapu bersih. kalau anda mempunya kaset asal tersebut, sesungguhnya anda telah memiliki salah satu khazanah negara! Mereka pernah mendapat tawaran dari syarikat rakaman Peaceville Records, tetapi mereka menolak tersebut kerana syarikat tersebut meletakkan syarat-syarat terlalu banyak dan mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh.
berbekalkan dengan sambutan dan semangat yang semakin giat, mereka masuk kembali ke studio, kali ini dengan sokongan nebiula production untuk rilisan mini album the eastern cruelty pada tahun 1996. lahirnya mini album ini menyaksikan perubahan paradigma yang berlaku pada scene death metal tempatan yang mana munculnya istilah eastern metal selepas rilisan tersebut. langsuyr telah menjadi satu nama sebutan di bibir peminat muzik sebegini, bahkan telah menerobos ke scene antarabangsa.
tahun-tahun yang berikutnya menjadi kelam kerana penggiatnya telah mula sibuk dengan kehidupan masing-masing. album yang dijanjikan akan keluar selepas the eastern cruelty tidak kunjung tiba tetapi sebaliknya disambut dengan rilisan dua lagu baru di dalam kompilasi ipoh metal militant supremacist pada tahun 1998. akhirnya, langsuyr telah dikuburkan pada tahun 2000.
kerana terdapat banyak rungutan dari peminat-peminat yang kecewa mendengar berita yang band langsuyr dikuburkan alhamdulillah akhirnya album pertama langsuyr berjaya diriliskan tahun 2005 sebagai menunaikan janji kami 10 tahun yang lampau. hampir sedekad lamanya untuk merealisasikan awaiting the malay album ini dan keinginan mencetuskan keghairahan kepada peminat death metal tempatan seperti dulu-dulu hampir berjaya kali ini.
Sekali lagi anjakan paradigma dilakukan. usia yang semakin meningkat telah memberi kesan dalam pembikinan lagu, penampilan dan gaya. asalnya langsuyr dianggap sebagai band black metal akan dikikiskan. persepsi masyarakat tentang peminat death/black metal sebagai penyembah syaitan dan pembenci tuhan diharap dapat dibuang jauh-jauh. mana mungkin kerana muzik perkara ini boleh berlaku? sungguh tidak berasas dan kurang ajar. Persepsi yang salah dan tidak tepat ini diharapkan dijawab dengan rilisan ini.
Muzik barat yang terkenal dengan gaya hedonism (tidak apa jenisnya; pop, rock, jazz, blues, hip hop etc), telah diolah mengikut kesesuaian orang timur. penerapan yang tidak sesuai dengan gaya hidup rantau ini telah dikikis jauh dari pandangan. death metal yang asalnya dari barat tidak semestinya kekal barat. ianya bukanlah satu undang-undang yang mana semua peminatnya mesti akur. sebaliknya, ia menawarkan ruang untuk dimanipulasi mengikut kesesuaian penggiatnya. itulah yang akan anda dapati dalam album ini.
2007 - bullet (album kedua) dirakamkan kali terakhir bersama bentara & masih menghadapi masalah mixing dan mastering sehingga hari ini 2010..
dan secara rasminya saudara bentara telah pun meninggalkan kem langsuyr untuk komitmen keluarganya,diharapkan kesejahteraan beliau & keluarga berterusan.
Ahli-ahli sekarang
Azlan - vokal (1991-1999, 2005-sekarang)
Azmaniac - gitar
Azrym - gitar
Nikkimi Minami - bes
Adjeez - dram (1992, 2012-present)
Ahli-ahli dahulu
Old T - dram (?-1999)
XXXul - bes
Bentara - gitar (1991-1999, 2005-2007)
Bob Pyron - dram
Bearkey - tidak diketahui
Berat - bes (1992-?)
Diskografi
Occultus Mysticism (Demo + East Gothic Prod - 1993)
The Eastern Cruelty (EP + Nebiula Prod - 1995)
The Eastern Cruelty CD (EP + Nazgul Eyrie Prod-Germany - 1996)
Storm Of Nebiula Compilation (Nebiula Prod - 1996)
Ipoh Metal Militant Supremacist Compilation (Ultra Hingax Prod - 1998)
Modar telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Kuala Terengganu. Line up pertama pada waktu itu ialah Lani (Bass/ vokal), Tok Ari (Gitar Utama), Bujor (Gitar) & Nusi (Drum). Pada waktu itu, gig masih lagi belum diadakan secara meluas, hanya irama pop yang berleluasa. Dan jamming studio adalah tempat yang paling hampir keadaannya dengan konsert @ gig. Oleh itu, kebanyakan peminat mereka terpaksa bersesak di dalam ruang yg kecil untuk mendengar lagu dan muzik mereka.
Sekitar Disember 1990, Modar telah kehilangan gitaris asal mereka, Bujor dan tempat itu telah digantikan oleh Mang (kami memanggilnya Lan kini) yang menjadi penggerak utama dalam aktiviti-aktiviti Modar seterusnya. Mang sebelum ini adalah dari band bernama Bota & Orion di Kuala Terengganu dan apabila beliau menjadi ahli Modar, beliau telah mengambil peranan sebagai vokalis. Bermula dari itu, Modar mula memainkan muzik Death Metal dan menjadikan elemen Death sebagai rujukan utama.
Sekitar April 1991, Tok Ari dan Lani telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Modar. Man & Nusi cuba meletakkan Imi (Bass) dan Zombie (Drum), malangnya ia tidak menjadi. Selepas itu mereka menemui Bujal (Drum) dan Nusi menukar posisinya ke Bass. Pada waktu ini, mereka telah menukar nama band ke Demori dan telah merekodkan satu demo tape berjudul "Victims of the Rule" yang memuatkan 4 lagu. Demo ini tidak pernah dikeluarkan untuk umum dan kemudiannya telah dimusnahkan oleh Man. Selepas itu, band tersebut telah mula mendapat identiti sebenar mereka dan aliran muzik mereka dan mereka mula memainkan muzik mereka mengikut interpretasi Doom mereka yang tersendiri.
Dalam Ogos 1991, Tok Ari kembali bersama band di posisi Gitar Utama dan nama band telah dikembalikan ke nama asalnya, Modar. Barisan ahli yg baru ini telah membuat persembahan pertama mereka di setesen bas dan telah berjaya merekodkan satu demo yang berjudul "Inferior Symphony" dengan memuatkan 4 lagu. Man telah membuka studio beliau sendiri yang diberi nama "Neutral Music Studio" dan secara praktikalnya, band tersebut menghabiskan masa mereka di studio setiap malam. Malahan mereka tetap "jamming" walau hanya bertemankan cahaya lilin.
Sekitar September 1991, Tok Ari telah sekali lagi meninggalkan band dan tempat beliau telah digantikan oleh Joe (Bass) dan Nusi telah beralih semula ke posisi Rythm dan vokal. Pada awal tahun 1992, band tersebut telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan telah merekodkan satu demo yang mengandungi 10 lagu. Demo tersebut telah direkodkan di Hellions Studio. Apabila band tersebut kembali ke kampung halaman, mereka telah mengambil keputusan untuk tidak menjual demo tersebut kerana ianya tidak mencapai sesuatu yang mereka inginkan.
Dan pada tahun yang sama (1992), band tersebut telah kembali ke Kuala Lumpur semula dan merekodkan album pertama mereka iaitu "Inferior Symphony" di bawah label FGM Records iaitu anak syarikat kepada Sonic Asylum dan Modar merupakan band yang pertama yang merekodkan album yang berkonsepkan Doom Metal di dalam rantau ini.
Beberapa tahun telah berlalu dan band tersebut telah dibubarkan ekoran daripada komitmen dan masalah pada setiap ahli band. Pada 2006, Lan (Mang) yang pada ketika itu adalah seorang pengajar gitar di salah sebuah kedai gitar di Taman Tun Dr. Ismail telah mengambil keputusan untuk mewujudkan kembali Modar. Malangnya, kebanyakan ahli band sibuk dengan kehidupan peribadi mereka. Lan mengambil keputusan untuk mengambil pelajar di kedai gitar sebagai ahli Modar yang baru. Lan mengambil keputusan untuk mengambil Ariff (Gitar), Afiq (Bass) dan Gabrielle (Drum) sebagai ahli Modar yang baru. Selepas beberapa sessi 'jamming', Gabriella dengan berat hati terpaksa meninggalkan Modar kerana menyambung pengajian. Dan pada awal tahun 2007, Lan telah mengambil Azman sebagai pengganti pemain Drum Modar. Malangnya, setelah bermain beberapa gig di sekitar Kuala Lumpur, Azman terpaksa meninggalkan band atas sebab-sebab peribadi. Lan telah mengambil tindakan drastik dengan menggantikan tempat Azman dengan salah seorang pelajar beliau iaitu Rashid. Dan ini adalah generasi baru Modar!
Sil Khannaz merupakan sebuah kumpulan metal berat yang diterajui oleh pemuzik-pemuzik berpengalaman dalam arena arus bawah tanah Malaysia. Bermula di negeri Perlis sekitar lewat 80-an dan masih bergiat aktif sehingga sekarang meskipun berlaku pertukaran ahli.
1989–1990
Pada tahun 1988 ,setelah menyelesaikan nya STPM, Jaie pindah ke KL. Namun, ia masih terus berkaitan dengan saudara yang lain di Sil Khannaz. Setiap kali dia mempunyai peluang, ia akan kembali semula ke Perlis dan bergaul dengan ahli band untuk mengejar kepentingan mereka abadi di dalam logam. Tidak lama sesudah itu dan setelah menyelesaikan sekolah mereka, CD Naz & Din juga berhijrah ke KL untuk menyertai Jaie. Namun, Che Mat, tidak dapat bergabung dengan mereka dan harus meninggalkan band kerana fakta bahawa beliau melanjutkan pendidikan musiknya lebih lanjut. Beberapa audisi selanjutnya diadakan dalam rangka untuk mencari pengganti Che Mat's. Beberapa drumer dianggap seperti Kamal dan Dee Katak. Akhirnya, ganti yang berpadanan dijumpai - Lee Space (Tormentor) merupakan pilihan band untuk mengisi lowongan tersebut. Bersama dengan Lee Space, band ini mampu meneruskan perjuangan dan telah membuat beberapa lagu walaupun mereka tahu bahawa pada akhirnya mereka mungkin perlu melepaskan Lee Space kerana ia sekaligus terlibat dan sibuk dengan XPDC (a Hard Rock band komersil), yang di tengah-tengah rakaman album pertama.
Dengan bantuan dari Lee Space, demo pertama Sil Khannaz's "Doctrine to Hell" dirakam dan ditayangkan pada tahun 1990. Demo neraka tercatat sebanyak nakal Studio, berlokasi di Medan MARA, KL. Meski hanya mencatat menggunakan mesin 4-lagu rakaman, demo ini menandakan awal pembukaan Sil Khannaz syaitan dan neraka - penyebaran sayapnya kematian ke empat sudut bumi ini terkutuk.
1991–1993
Pada bulan Julai 1992, mereka merakam dan lancarkan demo kedua mereka, Assassin Led by Blasphemy. Mereka telah menunjukkan banyak perbaikan dibandingkan dengan usaha pertama mereka. Lebih dari 2000 naskhah telah terjual di seluruh dunia. Kejayaan demo ini telah menarik minat daripada Osmose Productions (Perancis) & Vinyl Solutions (Inggeris).Malangnya, kerana kendala kewangan Sil Khannaz, mereka tidak jadi kesempatan emas ini menjadi masuk ke label-label antarabangsa.
Semua itu tidak hilang, Sil Khannaz akhirnya dapat menandatangani kontrak dengan label tempatan, Valentine Sound Productions (VSP). Langkah ini terbukti menjadi sebuah pendekatan yang lebih praktikal & realistik yang menyaksikan fajar baru di awal pusat muzik Sil Khannaz.
1st album: Conception of Madness
Rakaman album debut Sil Khannaz mula pada Disember 92 di King Studio, PJ. Proses rakaman ini adalah pengalaman yang sama sekali baru & bererti bagi mereka kerana mereka kini mempunyai kesempatan untuk bekerja di sebuah studio rakaman nyata profesional, yang bertentangan dengan unit 4-pelacak yang mereka menggunakan untuk demo mereka sebelum ini. Pada bulan Februari 1993 menyaksikan kelahiran banyak ditunggu debut album Sil Khannaz's, 'Conception of Madness', dan itu dikeluarkan dalam format kaset & CD.
'Conception of Madness' juga menetapkan sejarah di dunia musik metal tempatan seperti yang album metal tempatan pertama ekstrim itu yang terdapat dalam format CD edisi terhad. 1500 naskhah edisi terhad dibebaskan & mereka terjual habis dalam waktu 2 bulan selepas dibebaskan. Album ini diedarkan di seluruh dunia melalui Sambungan bawah tanah antarabangsa, antara lain, mereka Osmose Productions (Perancis), Vinyl Solution & Copro (Inggeris), Avantgarde Music (Itali), dan Nazgul Eyrie Production (Jerman). 'Conception of Madness' terjual lebih dari 25.000 unit.
Untuk album ini, band line-up ini CD Naz (Guitar), Jaie (Vokal), Lan "Bye" (Drums) dan dua ahli baru, iaitu Tom Decibel (ex-Suffercation) dan Joe Slaughter (ex-Infernal Death). Kerjasama antara ahli baru dengan garis tua-up telah meninggalkan kesan yang besar di scene metal tempatan untuk sejauh bahawa banyak metalheads tempatan berpendapat bahawa ini adalah album terbaik yang pernah band dan line-up.
Thunder Roar (2015–kini)
Pada 6 September 2015, Sil Khannaz telah mengumumkan bahawa mereka akan keluarkan EP terbaru yang bertajuk Thunder Roar yang menyajikan 4 buah lagu di mana dua daripadanya dalam Bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa ibunda, Bahasa Melayu.[1] Tarikh pelancaran telah diumumkan oleh syarikat rakaman bebas, Mamat Records akan mula beredar di pasaran pada 29 September 2015 dalam bentuk format CD dan kaset terhad kepada 100 salinan. Karya seni yang berbeza digunapakai sebagai penghias kulit hadapan. Setiap pembelian akan turut mendapat poskad percuma, sementara stok masih ada (terhad 1000 keping poskad sahaja).
Pada 29 Januari 2016, Sil Khannaz dan juga The Pilgrims dijadualkan untuk bersatu dalam satu siri jelajah menyusuri beberapa bandar utama di sekitar pantai timur, utara dan juga selatan tanahair. Jelajah ini dinamakan Achtung Riders Thunder Roar Tour 2016 di mana mereka bakal mengadakan persembahan dan tampil dalam konsert yang telah diatur di lokasi-lokasi tertentu dan untuk mempromosikan EP terbaru mereka tersebut.
Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Aru, yang salah satu pelopor scene muzik underground di Malaysia. Ia dikenali dengan gaya rambutnya dreadlock, Koffin Kanser meriliskan EP "Breed New Agenda" pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Koffin Kanser merakam full album iaitu "Soul New Agenda".
Aru, Oz (The Republic of Brickfield ex-Naked Butterfly), Oli (ex-Silent Death n Republic of Brickfield) dan Didi ialah anggota yang pertama untuk Koffin Kanser. Beberapa yang lain baik yang beredar pemain muzik seperti CD Naz (Sil Khannaz), Andy Flop Poppy, Jijoe, Vimal S.I.C, Jadam Necrotic Chaos, Wira Necrotic Chaos. Mereka semua telah bermain untuk Koffin Kanser.
Pada tahun 2000, Koffin Kanser meriliskan EP mereka disebut "69". "69" hanya akan keluar untuk 666 naskhah. Ia adalah gelombang baru muzik experimetal untuk Koffin Kanser. Pada tahun yang sama Koffin Chronicles ditubuhkan. Koffin Kanser, Republik Brickfields, Blid Suku, Prana Lyme n membuat kompilasi 1 jumlah album tinggal bersama Koffin Chronicles.
Pada tahun 2001 Koffin Kanser mengeluarkan dengan 2 jumlah album penuh mereka iaitu "Positive" di bawah label EMI music. Album ini, Aru menambah unsur suku dan sedikit alat muzik tradisional Malaysia. Aru membuat bunyi yang baru, hal-hal baru eksperimental yang banyak di album ini dan ia juga mencampur unsur muzik reggae di lagu yang berjudul "Positive".
Ia telah begitu lama Aru ingin mencampur dengan muzik reggae. Koffin Kanser sudah memiliki sebuah lagu reggae di album penuh "Soul New Agenda" disebut "Legalize".
Sekali lagi Koffin Kanser dengan anggota baru mereka di album "Positive" ini. Combat The Pilgrims dan Adik Infectious Maggots. Wira masih lagi berada di kumpulan Koffin Kanser ini. Rizal (Blind Tribe), Z, Fahmi juga sertai kumpulan itu tersebut. Dan line up terkini untuk Koffin Kanser adalah Joeblid, Bakri dari Gerhana Ska Cinta dan Sudin dari Blid.
Diskografi Album:
Virus EP" (2016)
Breed New Agenda EP (1998)
Tracklisting:
1. - Breed (2:26)
2. - Between The Lines (6:03)
3. - Gott (5:12)
4. - Legalize (4:00)
Soul New Agenda (1999)
Tracklisting:
1. - No War (3:23)
2. - Between The Lines (4:55)
3. - Stomek/Membrehek (0:42)
4. - So Fast (3:40)
5. - Soul New Agenda (3:54)
6. - 2000 Mf's (5:30)
7. - Breed (2:21)
8. - Believer's (4:19)
9. - Reject & Abuse (5:12)
10. - Cry 'O' Genic (4:15)
11. - Paralyzed Mind (2:34)
12. - Get Up, Stand Up (4:16)
Expanded (2008)
Tracklisting:
1. - Legalize
2. - Brownin'
3. - Gott
4. - Sometimes It's Yelling
5. - Breed
6. - 2,000 MF'S
7. - Between The Lines
8. - I-No War
9. - Control(){}
Singles:
- Gott (1998 / soundtrack filem Dari Jemapoh Ke Manchestee)
- Gadis Cengeng (2001 / album Brutal All Stars Chapter II)
- Saya Anak Malaysia (2001 / album Brutal All Stars Chapter II)
- Perjalanan (2001 / album The Underground Tribute To Sweet Charity)
F.T.G. (adalah singkatan kepada FREEDOM THAT’S GONE) telah wujud dari tahun 1989 bersama- sama dengan CROMOK dan merupakan band Metal pertama di Malaysia yang menjadi terkenal. Line-up asal terdiri daripada Bart (Vokal), Mie (Bass), Jac (Gitar) dan Zam (Drum). Band ini telah mengeluarkan album mini pertama mereka di bawah label mereka sendiri iaitu FGM Productions pada pertengahan tahun 1991 dan ianya boleh dikatakan berjaya diterima untuk album berbahasa Inggeris pada waktu itu. Tahun berikutnya, mereka telah mengeluarkan album penuh mereka yang pertama bertajuk “After The Promise” di bawah label VSP Records dan album tersebut telah terjual lebih daripada 20,000 unit, sesuatu yang mengkagumkan memandangkan waktu itu merupakan era muzik Melayu Balada sedang berada di kemuncak.
Di dalam tempoh ini, F.T.G. telah menjelajah ke seluruh negara dan telah berjaya membina empayar mereka sehingga ke hari ini. Pada 1994, band tersebut telah menukar label mereka, mereka telah bekerjasama dengan PonyCanyon dan telah mengeluarkan album ketiga mereka yang bertajuk “Spirit To Rebel”. Kerja keras mereka mengadakan jelajah terbalas apabila album ketiga mereka telah terjual lebih daripada 30,000 unit tanpa promosi di radio dan sangat kurang liputan daripada media. Band-band yang lain boleh mendakwa mereka adalah band metal tetapi tiada yang serupa dengan F.T.G.:mereka tdak pernah bertolak ansur dengan muzik mereka, walaupun band-band ‘metal’ yang lain merakamkan lagu-lagu ‘soft ballad’ bagi membolehkan muzik mereka dimainkan di radio.
Band tersebut telah berehat selama setahun daripada rakaman tetapi mereka masih bermain 2 hingga 3 kali seminggu di dalam konsert. Pada Julai 1996, mereka kembali dengan album keempat, “To The Front”. Dalam masa 3 bulan, album tersebut telah dianugerahkan platinum (25,000 unit ke atas) dan di akhir tahun, album tersebut telah terjual lebih daripada 40,000 unit. Ia merupakan album terakhir buat Bart kerana selepas album tersebut dikeluarkan, Bart telah meninggalkan band atas sebab-sebab peribadi.
Walaubagaimanapun, band tersebut telah kembali dengan ahli baru iaitu Tajul sebagai vokalis. Tajul merupakan kawan lama mereka. Tahun 1997 telah dihabiskan dengan menulis dan berlatih lagu baru dan juga material yang telah sedia ada dalam persediaan mereka untuk merakamkan album seterusnya. Tahun 1998 menyaksikan pengeluaran album “Stronger Than Steel:The Best Of F.T.G.”, satu album kompilasi daripada album mini pertama mereka sehinggalah ke album yang terkini “To The Front”. Album kompilasi ini juga adalah sebagai tanda permulaan episod baru mereka di dalam sejarah band yang mengekalkan line-up yang sama hampir 8 tahun sehinggalah pengunduran vokalis asal mereka iaitu Bart.
Tahun 1998 juga telah menyaksikan satu lagi sejarah kepada band ini apabila mereka merakamkan album berbahasa Melayu mereka yang pertama. Berlawanan dengan kegusaran peminat mereka bahawa band ini telah semakin ‘soft’ dan telah tewas kepada arus muzik di zaman itu, album bertajuk “Aku Tak Peduli” sesungguhnya TIADA irama balada.Tajul sebagai vokalis yang baru telah menambah apa yang perlu mengikut dimensi yang baru di dalam band tetapi ianya masih lagi mengekalkan identiti F.T.G.-:keras, laju dan masih lagi berat seperti album-album sebelumnya.
“Aku Tak Peduli” telah mengenepikan semua kritikan malahan telah dianugerahkan platinum dalam masa sebulan selepas pengeluarannya dan telah menduduki tangga kedua dalam Carta Album Melayu RIM. Sehingga artkel ini di tulis, “Aku Tak Peduli” telah terjual lebih daripada 40,000 unit. Dalam kesibukan mereka menjelajah, mereka sempat kembali ke studio untuk merekodkan album Inggeris mereka yang seterusnya.
Tetapi projek tersebut terpaksa diketepikan buat sementara apabila pemain bass iaitu Mie membuat keputusan untuk memainkan lagu-lagu cover dalam versi mereka sendiri bagi lagu-lagu kegemaran mereka untuk persembahan. Akhirnya, mereka telah mengeluarkan album bertajuk “Made In Malaysia” yang mengandungi lagu-lagu cover yang dimainkan mengikut citarasa mereka sendiri. Album ini dianggap sebagai album khas yang dibuat bagi menghargai band-band kesukaan mereka dan juga sebagai satu jalan keluar daripada tekanan untuk merakamkan album baru. Lagu-lagu cover sepert “Paranoid”, “Black Night”, “Wish You Were Here” daripada kumpulan Pink Floyd, Black Sabbath dan Deep Purple adalah antara yang terkandung di dalam album ini. “Made In Malaysia” telah berjaya terjual lebih daripada 10,000 unit dalam masa seminggu daripada tarikh pengeluarannya dan sehingga ke artkel ini ditulis, album tersebut telah terjual lebih daripada 30,000 unit.
Media arus perdana kini telah membuka mata terhadap muzik metal dan tidak dapat mengenepikan hakikat bahawa F.T.G. adalah merupakan band metal utama di Malaysia. Tiada apa yang dapat menahan F.T.G. tambahan lagi dengan kejayaan demi kejayaan mereka di dalam konsert yang dimainkan.
Kemuncaknya dengan konset Metal Wars yang telah diadakan di Sunway Amphitheatre pada 31 Julai 1999, yang telah dibanjiri lebih daripada 5,000 peminat. Konsert ini juga telah dirakamkan dan telah dikeluarkan sebagai album “Live At Metal Wars”. Mendengar album ‘live’ mereka, membuatkan kita terperangkap di dalam keasyikan dan kesungguhan mereka sebagai satu band. Album itu juga telah menjadi album pertama mereka yang telah menduduki tangga teratas di dalam Carta RIM pada minggu pertama pengeluarannya.
Band tersebut berehat selama 3 bulan sebelum kembali semula pada akhir tahun 1999 untuk menulis dan merekodkan album Melayu mereka yang kedua. Rakaman album tersebut mengambil masa lebih kurang 4 bulan, merupakan masa paling lama yang diambil mereka untuk merekodkan satu album. Album baru ini menjadi permulaan satu episod baru kepada band ini dalam halatuju muzik mereka. Jika sebelum ini peminat mengenali F.T.G. dengan muzik ‘thrash metal’, album baru ini menyaksikan mereka menggunakan pendekatan lebih melodic di dalam genre mereka dengan memasukkan elemen-elemen hardcore dan funk kedalam lagu-lagu mereka. Telah dikeluarkan pada April 2000, F.T.G. ternyata masih lagi berjaya menawan hati peminat bilamana album baru mereka telah terjual lebih daripada 20,000 unit dalam masa sebulan selepas penerbitannya. Walaupun terdapat kritkan-kritkan dan cakap-cakap samada peminat boleh menerima pembaharuan muzik mereka, namun kejayaan mereka telah membuktikan sebaliknya.
Selepas pelancaran album baru mereka, band ini telah membuat satu lagi sessi jelajah dan kali ini sebagai band pengiring kepada XPDC di dalam konsert “Battle Of Brutal”. Ternyata F.T.G. telah berada di kemuncak apabila mereka berjaya mencuri perhatian peminat kepada mereka. Hal ini telah mengukuhkan lagi tapak mereka dalam industri tanah air sebagai ‘live band’ terbaik di Malaysia.
Lantaran permintaan yang sangat tinggi daripada peminat, band ini telah membuat keputusan untuk merekodkan satu lagi album cover song. Kali ini ianya meliputi artis-artis rock daripada Judas Priest hingga lah ke Gary Moore.”Made In Malaysia Vol. 2” telah dikeluarkan pada Januari 2001 dan telah mendapat sambutan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat sepertimana volume yang pertama dahulu. Setelah berehat selama 3 bulan, band ini kembali semula pada pertengahan 2002 dengan lebih banyak sessi jelajah.
Rakaman untuk album “Reborn” adalah sesuatu yang sangat panjang dan agak membosankan ekoran daripada komitmen-komitmen luar ahli-ahli band (Jac baru menjadi bapa dan Tajul telah berkahwin) tetapi album tersebut akhirnya telah siap dirakamkan sepenuhnya pada akhir tahun 2002. “Reborn” telah melakarkan satu lagi fasa baru kepada muzik band ini dengan memasukkan elemen-elemen baru kedalam lagu-lagu mereka (atmospheric, keyboard fourishes, lebih kepada techno like-loops). Peralihan baru ini walaubagaimanapun masih lagi mengekalkan asas muzik yang dibawa oleh F.T.G. dan perubahan ini membuktkan bahawa band ini boleh berkembang mengikut peredaran zaman untuk bersaing dengan band-band yang baru. Dan sepert biasa, kejayaan demi kejayaan ditempa oleh band ini.
Kejayaan ini telah membawa kepada pelancaran album baru F.T.G. bertajuk “Stop This Madness”. Tajuk album ini menggambarkan rasa benci mereka terhadap politik dunia selepas peristiwa 9/11. Dengan track yang membakar semangat sepert “Never”, “Saint Of Tyrant” dan “Mysery (Why Should I Die)”, muzik metal dan lirik lagu F.T.G. adalah berkisar tentang sosial dan politik semasa dunia. Tetapi buat pertama kalinya, lagu “Running With The Wind” tidak mendapat sokongan daripada peminat sepenuhnya, dan dikatakan merupakan lagu F.T.G. yang paling ‘lembut’ yang pernah dihasilkan.
mie (bass), arwah bart (vocal), jac (gitar) dan nizam (drum)
XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.
Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 350,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.
Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang.
Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search.
Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.
XPDC juga pernah muncul dalam filem 'Nadia' dan penampilan istimewa dalam filem 'Getaran.' Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul Apa Nak Dikata dan Sakinah. Di dalam telemovie ini line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan, dan Lola.
Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.
2006
Pada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae membawa haluan sendiri dengan menubuhkan kumpulan Mpire. Percubaan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.
2007
Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan allahyarham JS Kevin.
Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).
2008
Pada tahun 2008 XPDC diuar-uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.
2009
Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada dipasaran pada bulan November 2009. Antara lagu-lagu di dalam album terbaru...
Sanasinisamasaja
Aku Tetap Aku
Ntahye Ntahtidak
Rasopariso
Rasa
Puing Cinta
Sampai Bila
Lagu dipetik dari 'Rock Union'...
Curahan Rasa
Menentang Arus
Lagu bonus: Headbang (Remastered)...
Raja Kertas (Darjah Satu)
Talam Dua Muka (Timurbarat)
Bahalol (Kita Peng Yu)
Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)
BONUS VCD-REUNION
VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010
Diskografi
Album Studio
album Darjah Satu (1990) vokal Mael
album Timur Barat (1992) vokal Mael
album Kita Peng-Yu (1994) vokal Mael
album Brutal (1997) vokal Mael
album Samurai (1998) vokal Ali
album V6 (2002) vokal Ali
album Rasopariso (2009) vokal Mael
album Rasopariso The Relaunch (2010) vokal Mael
Ali - Vocal
Izo - Gitar
Zuar - Bass
Lola - Drums (Jemputan)
Ahli Kumpulan XPDC
Mael - Vocal (1989 - 1997 , 2006 - Sekarang)
Izo - Gitar (1989 - Sekarang)
Amy - Drums (1991 - 1999 , 2006 - Sekarang)
Bekas Ahli XPDC:
Lee Space - Drums (1989 - 1991)
Ali - Vocal (1997 - 2006)
Lola - Drums (1999 - 2004)
Yan - Bass (2001 - 2006)Pae - Drums (2004 - 2006)
Zuar - Bass (1989 - 2001 , 2006 - 2013)
Carburetor Dung adalah kumpulan pemuzik punk rock yang diasaskan di Kuala Lumpur pada tahun 1991 dan masih lagi segar bergiat di dalam pergerakan muzik underground Malaysia sehingga sekarang.
Lain dari kebanyakkan kumpulan muzik underground awalan yang seangkatan dengan mereka yang menjejak langkah ke arena arus perdana (mainstream), setelah mengeluarkan album pertama pada tahun 1993, Carburetor Dung memilih untuk terus beraksi secara DIY (Do-It-Yourself) atau independen, tanpa diikat oleh kontrak dengan syarikat rakaman korporat atau pun mengarapkan paparan media massa arus perdana. Mereka merakam dan mengeluarkan hasil rakaman lagu-lagu mereka dan menjalankan aktiviti mereka secara tersendiri.
Paparan lirik-lirik lagu Carburetor Dung berkisar pada tema-tema kepincangan masyarakat, ketidakadilan, pembodohan rakyat oleh pihak media dan juga warna-warna hidup orang muda di Kuala Lumpur; manakala muzik mereka dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan Punk Rock dari dunia Barat terutama dari England dan Amerika Syarikat disekitar era awal 80an.
Selama ini Carburetor Dung telah menghasilkan dua album iaitu Songs For Friends (1993) dan The Allure of Manure (1999), mereka juga telah menyumbang lagu-lagu mereka kepada beberapa album kompilasi di Malaysia dan juga di luar negera. Pada tahun 2000 sebuah single berbentuk piring hitam 7 inci bertajuk Sheepfarming in Malaysia telah dikeluarkan di London.
Rakaman terbaru mereka adalah sebuah lagu bertajuk "Mari Nyanyi Menjilat", yang dimuatkan didalam kompilasi Radio Malaya dan dikeluarkan pada bulan April 2006.
Nama Carburetor Dung mula dipakai oleh kumpulan ini dengan masuknya Joe Kidd sebagai pemain gitar pada akhir 1992. Sebelum itu mereka menggunakan nama Stormfish. Pengasas kumpulan ini adalah pemain bass Fendi, yang berhijrah ke Kuala Lumpur dari Taiping, Perak. Stormfish dimulakannya bersama kawan-kawan yang juga berasal dari Taiping, iaitu Joe Mechanic (dram) dan Azrin (gitar). Apabila Joe Mechanic kembali ke Taiping, ia telah diganti oleh Adam.
Ahli-ahli Stormfish dikala itu sentiasa berkumpul di Central Market, dimana pelbagai kumpulan-kumpulan underground generasi kedua mula bertapak dan bergaul dengan generasi pertama seperti Blackfire, Nemesis, Punisher, Rator dan lain-lain. Kebanyakkan mereka suka berlatih atau menjalankan rehearsal di studio-studio jamming sekitar Pertama Kompleks, terutama di Amerah Studio.
Pada awal 1992, pemain gitar dan vokalis kumpulan Deflowered, Joe Kidd, yang sentiasa mengikuti sesi jamming Stormfish sebagai pemerhati mula menjadi ahli tetap. Pada mulanya sebagai pemain bass tetapi tidak lama kemudian ia bertukar sebagai pemain gitar.
Dalam pertengahan 1992, Stormfish ditukar nama kepada Carburetor Dung (sebuah nama yang pernah diguna oleh Joe Kidd untuk kumpulan pertamanya dalam tahun 1990). Apabila Adam mula menhadapi masalah untuk hadir ke sesi rehearsal, beliau telah diganti oleh pemain dram baru Shahlan.
Sama seperti Joe Kidd, Shahlan berasal dari Terengganu dan pernah bermain dram dengan kumpulan Punk Rock awalan Terengganu seperti Mallaria dan juga The Stoned Crows. Tidak lama selepas Shahlan menjadi ahli baru, pemain gitar asal Azrin terpaksa keluar untuk menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya. Nota: Pada akhir 1992 Azrin muncul dengan kumpulan barunya Subculture.
Joe Kidd - gitar/vokal, Fendi - bass/vokal and Shahlan - dram, terus giat jamming sehingga mereka mendapatkan seorang lagi pemain gitar iaitu Pari (atau Shahpari) yang pada masa itu juga bergiat dengan kumpulan ART (atau Against Racism of Today). Pada akhir 1992, mereka dikemaskan lagi dengan pemain dram baru, Lan Bear, yang juga pemain gitar untuk Infectious Maggots dan ABC... Dead. Kedua-dua Lan Bear dan juga Pari berasal dari Negeri Sembilan. Dengan adanya Lan Bear, Shahlan mula menjadi penyanyi utama.
Setelah berdiam diri dari September 1999 ke Jun 2002, Carburetor Dung kembali dengan beberapa pemain dram sambilan, seperti Asma, Panther dan Meny (semuanya ahli-ahli kumpulan-kumpulan underground yang bertapak di Kuantan, Pahang). Pada masa ini line-up tetap kumpulan Carburetor Dung adalah Lee - vokal, Joe Kidd - gitar dan Fendi - bass.
Pada 31hb Disember 2002 Carburetor Dung beraksi dipentas di No Black Tie, sebagai menyambut Tahun Baru. Gig ini adalah gig terakhir Carburetor Dung dengan Lee sebagai penyanyi. Lee kemudiannya berhijrah ke Adelaide, Australia.
Carburetor Dung sekali lagi berdiam diri, walau bagaimana pun tiga lagu rakaman rehearsal mereka telah dikeluarkan didalam kompilasi Non-Conformity, keluaran Knot Records pada bulan Jun 2003.
Pada bulan Disember 2003, Carburetor Dung mula aktif kembali dengan pemain dram Apuk (dari kumpulan Kuchalana). Mereka kemudian tampil dengan penyanyi baru Alak (dari kumpulan Pusher). Line-up ini, Joe Kidd - gitar, Fendi - bass, Apuk - dram dan Alak - vokal, merakamkan lagu Johnny untuk kompilasi The Dude Puked On My Lap, keluaran fanzine Coalition.
Mulai Disember 2004, Carburetor Dung sekali menukar pemain dram. Kali ini mereka menampilkan pemain dram veteran, Bullet, bekas ahli kumpulan Thrash Metal awalan seperti Nemesis dan juga Punisher. Line-up ini merakamkan lagu Mari Nanyi Menjilat untuk kompilasi Radio Malaya.
Line-up sekarang: Joe Kidd - gitar, Fendi - bass, Alak - vokal dan Bullet - dram
Bermula tahun 1986 hingga 1989, Search, Wings, Lefthanded, Bloodshed, MAY, SYJ dan BPR adalah antara band rock tempatan yang cukup gah ketika itu.
Namun, jangan dilupakan band rock dari Singapura. Selain Sweet Charity dan The Unwanted, Rusty Blade adalah antara band rock gergasi yang pernah dilahirkan negara seberang tambak itu.
Band yang dianggotai J Yantzen (penyanyi), Khalid Mobin (gitar), Md Noor (gitar), Man Karan (bass) dan Zan (dram) serta ditubuhkan pada 1980 ini agak berbeza.
Paling ketara adalah arah muzik mereka yang lebih berat berbanding band rock seangkatan ketika itu.
Namun, ‘berat’ Rusty Blade bukan sebarang ‘berat’, tetapi cukup menyelerakan dengan gabungan riff, gitar solo dan pukulan dram yang cukup ‘solid’. Ia disertakan dengan vokal padu daripada Yantzen sekali gus menjadikan muzik Rusty Blade seperti selangkah ke depan!
Itulah yang terkandung dalam album mereka seperti 786-Ikrar Perwira pada 1986, Rintangan Hidup Dunia (1987), Berat (1988) dan Awas (1989). Apa yang menarik, Rusty Blade mencipta dan menulis lirik semua lagu mereka, berbeza dengan segelintir band rock ketika itu yang mengharapkan sentuhan komposer dan penerbit terkenal.
Zan, 54, yang juga pengasas Rusty Blade dalam satu temu bual dipetik sebagai berkata, sejak awal lagi mereka sudah merancang menubuhkan band yang hala tuju muziknya berat dan lain daripada yang lain.
“Waktu itu kebanyakan band suka memainkan lagu daripada Deep Purple, tetapi kami lain. Kami layan Black Sabbath, Judas Priest, Thin Lizzy dan Iron Maiden,” katanya.
Sejarah Rusty Blade bermula di Holland Village di tengah-tengah kota Singapura pada lewat tahun 1970-an. Tanpa sebarang nama, band yang ketika itu dianggotai Zan (dram), Yusman Omar (penyanyi), Razak Hamid (bass) dan Yusof (gitar) mula aktif mengadakan persembahan di gig sekitar Singapura.
Ketika pertama kali membuat persembahan di Malaysia di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru pada 1980, band ini masih belum mempunyai nama. Yusof kemudian meninggalkan band ini dan digantikan dengan Said, manakala Ghani menggantikan Yusman. Mereka kemudian menambah seorang lagi pemain gitar iaitu Khalid Mobin dan selepas itulah baru nama Rusty Blade digunakan.
“Gambar pedang pada logo Rusty Blade seperti dalam kulit album sulung, 786-Ikrar Perwira adalah simbolik kepada muzik kami. Pada zaman dulu, pertarungan menggunakan pedang dilihat lebih berani. Itulah juga falsafah perjuangan muzik kami. Lagipun nama itu sesuai dengan muzik kami iaitu heavy metal,” kata Zan.
Sebelum melahirkan album sulung, Yantzen yang juga rakan Zan sejak bersekolah rendah menyertai Rusty Blade menggantikan Ghani. Yantzen yang sebelum itu ditawarkan tempat sebagai penyanyi Sweet Charity sanggup memilih Rusty Blade yang belum ada nama kerana muzik mereka sesuai dengan jiwanya.
Selepas itu, berlaku beberapa lagi pertukaran anggota hinggalah mereka kekal dengan anggota sekarang. Yantzen dan Md Nor kini tinggal di Malaysia, manakala Zan, Man Karan serta Khalid di Singapura.
Tak pernah dibubarkan
Selepas album Awas pada 1990, Rusty Blade terus menyepi. Yantzen selepas itu tampil dengan album solo dan bersama MAY, manakala Zan dan Khalid menjadi pemuzik iringan Ella.
Md Nor pula banyak terbabit dalam kerja rakaman di Malaysia dan Man Karan mengusahakan perniagaan katering di Singapura.
Ramai beranggapan Rusty Blade sudah berpecah atau dibubarkan, namun Khalid, 54, menafikannya.
Khalid ketika dihubungi di Singapura baru-baru ini, menjelaskan Rusty Blade tidak pernah berpecah. Sebaliknya ia hanya ‘direhatkan’ dan masing-masing membawa haluan sendiri.
Pada 1 September 2007 iaitu selepas 17 tahun album terakhir iaitu Awas dipasarkan, Rusty Blade kembali menggegar dalam Konsert Gemilang Merdeka di Stadium Putra, Bukit Jalil bersama Lefthanded, Handy Black, Candy, Aku dan Royce.
Khalid berkata, sejak itu Rusty Blade tidak lagi mengadakan persembahan di Malaysia tetapi lebih banyak di Singapura.
“Kami masih aktif di sini (Singapura) dan kerap juga mengadakan persembahan selain berlatih di studio. Rusty Blade masih dengan anggota yang sama, cuma kami gunakan khidmat bekas pemain gitar Def Gab C, Jemboo jika ada persembahan di sini kerana Md Nor tinggal di Kuala Lumpur,” katanya.
Khalid berkata, mereka ada menerima tawaran mengadakan konsert di Malaysia, tetapi kebanyakannya tidak menepati syarat yang mereka mahukan.
Pada masa sama, menurut Khalid, Rusty Blade merancang mengadakan konsert di Kuala Lumpur yang akan turut dirakamkan dalam format DVD.
“Kami juga sudah mencipta lima lagu baru. Arah muziknya masih sama tetapi dengan gubahan muzik yang lebih mantap dan matang,” katanya yang meletakkan album Awas sebagai album terbaik Rusty Blade dari segi gubahan muzik dan ‘sound’.
MOTIONLESS IN WHITE merupakan band metalcore Amerika yang berasal dari Scranton , Pennsylvania . Dibentuk pada tahun 2005 , beranggotakan Chris " motionless " Cerulli (vokal ) , Ricky " Horror " Olson ( rhythm guitar ) , Devin " Ghost " Sola ( bass ) , Ryan Sitkowski ( lead guitar ) , Joshua Balz ( keyboard ) dan Brandon Richter ( drum , ) . Nama ban ini berasal dari lagu Eighteen Visions , " motionless in white " . motionless in white beraliran gothic , bertema lirik horor dan gothic rock dan kadang-kadang industrial metal . Album pertama mereka , Creatures , di rilis pada tahun 2010 album kedua mereka , Infamous , dirilis tahun 2012.
Motionless in white didirikan pada tahun 2005 oleh Chris motionless , yang bermain gitar dan vokal , Angelo Parente pada drum , Frank Polumbo pada gitar , dan Kyle white pada bass semenjak sekolah tinggi . Dengan suara , pada saat itu , yang dipengaruhi oleh rock alternatif , emo dan band post- hardcore , mereka kemudian berubah menjadi metalcore melodi dan suara metalcore gothic .
setelah demo mereka dirilis , anggota baru Josh Balz masuk sebagai keyboardist band , Frank Polumbo mengambil alih pada bass dan anggota baru , Michael Costanza dan TJ Bell , yang masuk ke band sebagai gitaris baru , menggantikan Chris motionless yang menjadi vokal . Mereka merekam EP pertama mereka The Whorror dan dirilis pada tahun yang sama melalui Masquerade Record . Pada tahun 2010 , mereka merilis Creatures dan bahkan Infamous pada tahun 2012 . Album baru memiliki banyak industrial metal seperti Marilyn Manson , Rob Zombie dan Ministry .
DAFTAR LAGU MOTIONLESS OF WHITE
1.CREATURES
TRACKLIST:
1. "Immaculate Misconception" (Cerulli, Joshua Balz, Angelo Parente) 3:54
2. "We Only Come Out at Night" (Cerulli, Parente) (re-recorded version, originally recorded for When Love Met Destruction) 3:23
3. "London in Terror" (Cerulli, Parente, Ricky Olson) 3:41
4. "Abigail" (Cerulli, Parente, Olson, Balz) 2:52
5. "Creatures" (Cerulli, Parente, Balz) 3:47
6. "Cobwebs" 3:29
7. ".Com Pt. II" (part 2 of the song "Schitzophrenicannibalisticsexfest.com" from The Whorror) 3:49
8. "Count Choculitis" 4:03
9. "City Lights" (re-recorded version of the song "Bananamontana" from When Love Met Destruction) 3:08
10. "Puppets (The First Snow)" (Cerulli, Oslon, Jason Suecof) 4:20
11. "Undead Ahead" 3:59
12. "Scissorhands (The Last Snow)"
2.INFAMOUS
TRACKLIST:
No. Title Writer(s) Length
1. "Black Damask (The Fog)" Chris Cerulli, Mick Kenny 3:51
2. "Devil's Night" Cerulli, Ricky Horror, Drew Fulk, Jason Suecof 3:58
3. "A-M-E-R-I-C-A" (featuring Michael Vampire of Vampires Everywhere!) Cerulli 3:37
4. "Burned at Both Ends" Cerulli, Suecof 3:30
5. "The Divine Infection" Cerulli 3:38
6. "Puppets 2 (The Rain)" (featuring Bjorn Strid of Soilwork) Cerulli, Suecof, Olson 4:57
7. "Sinematic" Cerulli 4:49
8. "If It's Dead, We'll Kill It" (featuring Brandan Schieppati of Bleeding Through) Cerulli 3:11
9. "Synthetic Love" Cerulli, Suecof, Michael Kenny 3:52
10. "Hatefuck" Cerulli 3:11
11. "Underdog" Cerulli, Suecof, Drew, Kenny 3:56
12. "Infamous" Cerulli 4:23
Total length:
46:38
Deluxe edition bonus tracks
No. Title Length
13. "Sick from the Melt" (featuring Trevor Friedrich of Combichrist and The Witch Was Right) 3:24
14. "Fatal" 5:19
15. "A-M-E-R-I-C-A (Celldweller Remix)" 3:58
16. "Underdog (Ricky Horror Remix)" 4:34
17. "Sinematic (Combichrist Remix)" 5:02
18. "A-M-E-R-I-C-A (Radio Mix)"
System of a Down (SOAD) adalah sebuah band beraliran metal yang berasal dari Amerika Syarikat. Pada dasarnya aliran muzik mereka adalah metal, tapi lagu-lagu mereka mempunyai banyak variasi muzikal. Gaya muzik SOAD sebenarnya agak sama seperti band metal lain di era akhir 90-an. Cirinya adalah mempunyai gaya perpaduan antara underground muzik metal dan muzik alternative rock. Mujurlah gaya neo-gothic alternative metal mereka berjaya diterima banyak orang dengan campuran ska, punk, ballads, hingga muzik timur tengah.
Muzik SOAD sangat original dan banyak pemerhati muzik mengatakan SOAD telah mencipta aliran muzik sendiri yang unik, keras, tapi enak didengar.
SOAD terdiri dari 4 kakitangan, keempatnya berasal dari Armenia, tetapi mereka tinggal di Amerika Syarikat. Mereka adalah Serj Tankian (vokal, keyboard), Daron Malakian (gitar, vokal), John Dolmayan (drum), dan Shavo Odadjian (bass). Sebelum ini, band ini bernama SOIL, dan berubah nama menjadi SOAD selepas John masuk menggantikan drummer sebelumnya. Serj dan Daron membentuk SOAD di wilayah selatan California pada pertengahan 90-an. Kemasyhuran mereka melalui promosi word of mouth rupanya cukup untuk menarik perhatian Columbia Records untuk mengugut mereka. Di tahun 1998 mereka merilis album perdana dan langsung tour dengar Slayer dan Ozzfest. Berkat tour itu, mereka mendapatkan predikat gold.
Lagu-lagu mereka terutama terkenal selain kerana gayanya yang inovatif, dengan sentuhan muzik Armenia. Selain itu isi kandungannya juga mengandungi idea, pandangan-pandangan dan apa yang mereka rasakan.
SOAD di tangan produser Rick Rubin berjaya keluar dan menunjukkan dirinya ke dunia. SOAD bukan band yang dibentuk kerana industri. Mereka berempat memang dari asalnya sudah liar, sangar dan membentuk band yang menghipnotis dunia melalui gayanya. Muziknya sangat natural dan mengalir tanpa dibentuk-bentuk dan dituntut oleh kehendak pasaran. Justeru SOAD berjaya membuat pasaran menyukai bahkan menggilai muzik.
Bahkan melalui cengkok Armenia-nya itu menjadikan SOAD sebagai band yang tanpa tandingannya. Mereka sangat berjaya di AS yang terkenal sangat rasis. Di album Mezmerize, Rick Rubin memperhatikan detail-detail kelebihan masing-masing dari diri Serj, Shavo, Daron, dan John sehingga membentuk orkestrasi maha dahsyat melalui lagu-lagu yang tercipta.
Lagu-lagu SOAD, yang majoriti dicipta oleh Daron dan Serj, banyak mengusung masalah sosial, politik, dan kelestarian lingkungan. SOAD adalah salah satu band di Amerika Syarikat yang paling vokal menentang pencerobohan tentera AS ke Iraq dan Afghanistan. Bahkan SOAD membuat banyak lagu yang isinya membantah keras kerajaan AS pimpinan George Bush seperti lagu War, Chop Suey !, Soldier Side, Boom !!, BYOB, dll. Video Klip Boom dan BYOB menjadi video metal terbaik di MTV Music Awards 2004 dan 2005. BYOB (Bring Your Own Bomb) sangat jelas mengkritik Kerajaan AS dan sekutunya yang tidak berhenti membunuh orang yang tidak berdosa di Timur Tengah dan sangat jelas menyindir George Bush yang menggunakan nyawa para tentera AS demi kepentingan negara.
BIODATA PERSONAL BAND SYSTEM OF A DOWN
1.Serj Tankian
Nama Asli: Serj Tankian
Tempat Lahir: Beirut, Lebanon
Tarikh Lahir: 21 Ogos 1967
Pekerjaan: Pemuzik, penyanyi-penulis lagu, multi-instrumentalis, penerbit rakaman, penyair, aktivis politik
Serj Tankian sebagai anggota yang cukup menonjol, memaparkan idea-idea politiknya dalam lagu SOAD. Mulai daripada kempen pengenalan terhadap Genosid Armenia oleh kerajaan Turki yang terus mereka usung, sehingga masalah sosial-politik seperti konsumerisme, perang, globalisasi, persekitaran, dan kekerasan. Selain itu, mereka menulis lagu tentang perubahan atau transformasi pemikiran mereka.
Kompas pernah menulis artikel mengenai band ini dengan tajuk "Band Keras Anti Kekerasan". Pemikiran Serj cukup dipengaruhi oleh pemerhati politik kiri AS, Noam Chomsky. Serj Tankian bersama Tom Morello, bekas gitaris Rage Against The Machine mendirikan NGO Politik dengan nama Axis of Justice (nama NGO ini merupakan plesetan sarkastis dari salah satu pidato presiden AS yang menyebut 3 negara sebagai Axis of Evil).
Serj Tankian ternyata sangat peduli dengan genocide. Genocide ini adalah pemusnahan etnik, agama, atau kumpulan lain, contoh yang paling terkenal adalah genocide terhadap kaum Yahudi sebanyak 6 juta orang selama Perang Dunia II. Kenapa Serj Tankian keukeuh untuk menyokong perealisasian undang-undang ini?
Pada saat anggota lain sibuk persiapan untuk shooting video klip terbaru SOAD, Serj Tankian malah ikut demo di Chicago. Serj Tankian ternyata sudah membuat janji dengan datuknya yang berusia 17 tahun yang merupakan kebangsaan Armenia, kalau ia akan berusaha sekeras mungkin untuk meyakinkan ahli kongres, Dennis Hastert untuk merealisasikan Armenian Genocide Resolution. Perjuangan Serj Tankian untuk membuat resolusi ini diakui sudah bermula sejak tahun 2000.
Serj Tankian bergabung dengan ahli dari Armenian National Committe of America, Armenian Youth Federation dan organisasinya yang bernama Axis of Justice dalam sebuah demo besar-besaran untuk menguatkuasakan resolusi yang nantinya akan mengakui peristiwa pembunuhan kira-kira 1.5 juta warga Armenia sejak tahun 1915-1923.
2.Daron Malakian
Nama Asli: Daron Malakian
Tempat Lahir: Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Tarikh Lahir: 18 Julai 1975
Pekerjaan: Pemuzik, penyanyi-penulis lagu, multi-instrumentalis, produser rakaman
Daron Malakian yang lahir di LA, California pada tarikh 18 Julai 1975 sudah mendengar lagu-lagu dari pemuzik-pemuzik besar seperti Van Halen, Iron Maiden, Judas Priest, Motley Crue, Ozzy Osbourne. Namun 6 tahun kemudian ia mulai merasa sreg setelah mendengar muzik-muzik trash dari band-band seperti Slayer. Dari sini kemudian Daron mulai banyak bermain muzik-muzik beraliran Metal. Kemudian pada saat berusia 17 tahun ia mula banyak mendengar muzik-muzik The Beatles. John Lennon menjadi influence terbesarnya dalam menulis lagu. Jika anda menyemak lirik-lirik lagu System of a Down, semuanya merupakan lirik-lirik bertema sosial, perang, dan kritikan terhadap kerajaan.
Nama Daron Malakian diakui oleh para penggila muzik-muzik Metal, terutama di kawasan LA. Bahkan beberapa waktu lalu ia menduduki tempat ke-4 dalam polling gitaris terbaik versi majalah Metal Edge Magazine. Hal tersebut memang masuk akal mengingat sulitnya muzik-muzik beraliran Metal menembus angka jualan yang hebat. Lebih-lebih lagi di Malaysia, mengusung penyelewengan tajam sangat kurang diminati pasaran, namun album terbaru SOAD bahkan boleh bertengger di kedudukan pertama puncak tangga-tangga lagu di beberapa media.
3.Shavo Odadjian
Nama Asli: Shavarsh S. Odadjian
Tempat Lahir: Yerevan, Armenia RSK
Tarikh Lahir: 22 April 1974
Pekerjaan: Pemuzik, penulis lagu, multi-instrumentalis, pengarah video muzik
Pada suatu hari, tepatnya pada waktu malam di Armenia ketika Shavo masih kecil dan ia sedang tidur tiba-tiba ada sebuah serangan roket dari pasukan negara Turki yang menghentam bilik tidurnya. Shavo pun bangun dari tidurnya dan ia melihat bahawa keadaan biliknya sudah hancur. Semenjak kejadian itu Shavo tidak berani lagi untuk tidur sendiri, akhirnya setalah kejadian itu orang tua Shavo langsung memutuskan untuk berpindah dari negara Armenia dan tinggal di Amerika. Shavo adalah seorang Bassist system of a down. Skill main bass yang dimiliki Shavo ternyata berbanding terbalik jika ia bermain gitar. Shavo sebenarnya lebih boleh dipercayai jika ia bermain gitar berbanding main bass. Selain itu Shavo adalah seorang director video clip juga. Dalam aksi panggung Shavo sering membakar rokok sambil bermain bass. Hobby Shavo lain adalah ia suka bermain skateboard pada waktu lapang.
Shavo Odadjian menjadi pengarah untuk video klip album Hypnotize. Video klip yang dishoot di Van Andel Arena (Grand Rapids, Michigan) ini sebenarnya merupakan projek kedua Shavo setelah dia juga menyutradai video klip untuk lagu "Question!.
4.John Dolmayan
Nama Asli: John Dolmayan
Tempat Lahir: Lebanon, Armenia
Tarikh Lahir: 15 Julai 1972
Pekerjaan: Pemuzik, penulis lagu
John lahir di Beirut, Lubnan. John lahir dari ibu bapanya yang berbangsa Armenia. John adalah seorang Drummer system of a down. Selain drummer John juga adalah seorang penulis komik. Hobby ia selain bermain muzik adalah membaca komik. Lain dengan ketiga anggota system of a down lain John boleh dikatakan orang yang bersih dari kebiasaan merokok. Walaupun kebanyakan anggota band lain adalah perokok, yang boleh dikatakan agar performnya kelihatan lebih macho, namun john bukan seorang yang ingin macho jika merokok.
PERHATIAN!
Artikel dalam blog ini bukanlah hasil tulisan saya sepenuhnya tetapi sebaliknya adalah koleksi peribadi saya hasil pembacaan dari buku,majalah,suratkhabar,laman-laman web dan lain-lain. Semua Artikel yang terkandung di blog ini adalah untuk mengulas kembali sejarah muzik & budaya bertujuan beri pengetahuan bukan niat untuk menghasut atau sebaliknya . Harap Maklum
THIS IS A DISCLAIMER
if anyone would like any link removed for any reason, or if you'd like to submit something for review, please contact me at xcitedbrainx (at) gmail (dot) com and I will be happy to oblige.
XBLACKTERIAX
FOLLOW THIS BLOG
LIKE THIS BLOG
SUPPORT OUR LOCAL ACTS!!
IF YOU LIKE WHAT YOU HEAR ON THIS BLOG
BUY THE ALBUMS AND SUPPORT THE ARTISTS!