Showing posts with label Underground. Show all posts
Showing posts with label Underground. Show all posts

Tuesday, 17 October 2017

BERBORAK PASAL U/G KITA




Pada aku, u/g kat Malaysia sekarang ni dah menampakkan perkembangan yang begitu meluas. Tak kiralah dari segi zine, band, gig. news letter dah banyak yang muncul . Kalau gig tu kita boleh jumpa dalam satu bulan tu lebih kurang dua kali. Kecuali bulan puasa (dari penyelidikan aku lah!). Apa yang aku nak story sikit kat dalam ni ialah tentang band yang main lagu cover. Aku ni bukanlah old-timer sangat, baru aje melibatkan diri dalam ug ni. Mengapa situasi macam lagi ada kat mana-mana gig. Maksud aku perlukah kita bawak lagu orang untuk disampaikan kat kawan-kawan kita yang datang dari jauh tu, semata-mata untuk dengar lagu cover yang dah biasa sangat kita dengar .Kalau setakat satu dua lagu tu takpelah, tapi kalau dari mula diorang main sampai la ke habis, tak putus dengan lagu orang, di mana korang punya D.I.Y. Kalau setakat lagu orang tu, kita boleh dengar kat rumah aje, tak payahlah bersusah-susah nak pergi gig, okey, katakanlah kita ni band baru, nak main kat gig. Kemudian kita bawak lagu cover setakat tiga apalah sangat. Sekurang-kurangnya tak lah boring sangat. Itu pendapat aku kat band-band baru. Kalau kat band yang dah lama tu tak perlulah aku terangkan, Benda-benda macam ni yang membuatkan kita masih di takuk lama. Sebab kita-kita yang kat luar ni banyak yang lebih pandai main lagu cover. Cuba kita hasilkan sendiri lagu-lagu yang lebih berkualiti. Dari situ kita dapat meluahkan apa saja yang kita rasa tak patut berlaku, sedap ke tak sedap itu kita punya lagu, hasil kita. ltu semua belakang cerita. Dan akan membuka sata mata pada setiap pendengarnya. Itulah tujuan kita terjun ke dalam u/g nie, melepaskan apa yang tersurat kat dada kita. Tak semestinya kita harus bersyarah untuk berikan pendapat, tetapi melalui muzik juga memainkan peranan. Kalau setakat KRU main lagu P. Ramlee tu lainlah sebab spesis diaorang nak 'buat duit', konon-konon nak tributelah tu. (Tribute apa ke bendanya tu!!). So bagi aku, kalau nak buat band tu sediakanlah lagu korang sendiri. Okaylah, kita stop pasal lagu cover ni.

Kita berborak pasal pompuan yang join u/g pulak. Sekarang ni kita boleh lihat dah ramai pompuan melibatkan diri dalam u/g. Mungkin di antara diaorang ni benar-benar 'straight- forward to the scene, maksud aku bukanlah menjadikan u/g ni macam satu trend atau sebagai tempat nak glamour. U/g bukanlah tempat untuk semua tu. Kita ambil contoh kat gig lah katakan... Kalau nak berpakaian tu biar lah beradab sikit, jangan nak dedah sana, dedah sini. Macam kita ni dah takde nafsu pulak dibuatnya. Nanti kalau dah 'naik' siapa yang susah? Kat mana nak kita 'sorongkan' . So, berfikirlah secara waras sebelum bertindak. Dan satu lagi, kalau kat gig tu, janganlah jadikan ianya sebagai satu tempat bercanda macam kat tepi pantai. 'berlazat-lazat' sesuka hati kita. Aku rasa aku ni dah jauh terpesong dan dah jauh melalut. Tak kesahlah tu, yang penting apa yang aku taip ni bukan sekadar ruangan bacaan macam kat perpustakaan. Kat sesiapa yang tak senang dengan artikel aku ni, tak payah baca (tapi nampak gayanya korang dah pun 'ter'baca artikel aku ni), itu pun kalau korang rasa dah betul sangat lah! Dan aku pohonkan sedunia kemaafan segala carut-marut-karut aku tu. Tiada siapa yang mampu mengubah scene kita ke arah lebih positif, kecuali kita, kau, aku dan dia. ADIOS!!!



sumber: Hardkoi zine


Friday, 28 July 2017

Semangat Underground : Ribut Dari Timur





Era kegemilangan muzik rock di Malaysia dikatakan bermula pada awal 1980-an. Kemunculan Search dengan album Cinta Buatan Malaysia pada 1985 dan album kompilasi Battle of the Bands yang menampilkan Lefthanded, Bloodshed, SYJ, Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel pada 1986 membuatkan rock terus mendominasi industri muzik tanah air.
Genre heavy metal, hard rock, rock & roll dan rock ballad lebih sinonim dengan band rock ‘mainstream’ tempatan ketika itu. Namun, ketika itu sudah ada segelintir anak muda yang meminati genre rock yang lebih ekstrem seperti thrash metal, death metal, black metal, punk, hard core, grindcore dan industrial.
Muzik yang lebih berat dan laju ini sebenarnya tidak diterima di arena muzik ‘mainstream’ di sini. Stesen radio langsung tidak memainkan lagu mereka dan media amat jarang memberikan publisiti.
Ketika itu ia adalah muzik terpencil dan dikategorikan sebagai muzik underground. Walaupun golongan peminat muzik ini kerap dilabel sebagai negatif, ia sebenarnya unik kerana mereka lari daripada kebiasaan muzik arus perdana sedia ada.
Sehubungan itu, usaha seorang pengikut setia muzik ini sejak 1987, Abdul Aziz Itar, 46, membukukan pengalamannya terbabit secara langsung dalam perkembangan muzik berkenaan di negara ini wajar dipuji.
Buku berjudul Ribut Dari Timur setebal 93 muka surat ini menceritakan pengalamannya mengenai perkembangan muzik indie, punk, hard core, thrash metal, death metal dan grindcore pada 1980-an hingga 1990-an atau lebih dikenali sebagai pergerakan muzik underground di Malaysia.
“Muzik sebegini adalah sebahagian daripada industri muzik kita. Sekurang-kurangnya apa yang saya hasilkan boleh menjadi rujukan. Lagipun, tidak banyak buku mengenai band dan muzik sedemikian dibuat secara terperinci dan lengkap di Malaysia,” katanya.
Aziz yang juga wartawan eksekutif di sebuah akhbar harian terkenal berkata, kandungan buku berkenaan menceritakan mengenai perkembangan muzik underground tempatan dan pengalamannya bersama komuniti berkenaan di luar negara.
Mula mengenali band rock dan heavy metal antarabangsa seperti Black Sabbath, Deep Purple, Scorpions, Van Halen, Kiss dan Quiet Riot pada 1984, Aziz kemudian mula tertarik dengan band yang lebih ekstrem seperti Metallica, Megadeth, Napalm Death, Kreator, Sodom, Destruction, Death dan King Diamond.
Selain itu, pada masa sama, di Malaysia sendiri sudah wujud band sedemikian antaranya Punisher, Nemesis, Slap Death, Hijrah, FTG, Saxo, Rator, Blackfire dan ABC...Dead. Bergerak secara underground dan tanpa sokongan media arus perdana, mereka berjaya mengumpul peminat tersendiri.
Aziz berkata, berbanding negara Asia Tenggara lain, Malaysia sebenarnya lebih ke hadapan dari segi perkembangan band underground.
“Buktinya pada 28 Disember 1988, Box Office Malaysia milik Ali Bakar menganjurkan konsert thrash metal pertama di Malaysia di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Ia menampilkan band thrash metal tempatan iaitu Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death yang dihadiri lebih 3,000 penonton,” katanya.
Azizi berkata, konsert itu turut mencatat rekod kerana belum ada konsert thrash metal diadakan di lokasi besar di Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina sebelum ini.
Menurut Aziz, Ribut Dari Timur turut menceritakan pengalamannya menghasilkan majalah atau fanzine berjudul Thrash Attack dan Vortex From The East pada penghujung 1980-an secara ‘Do It Yourself’ (DIY) hingga dia mampu mewujudkan hubungan dengan band terkenal dari luar negara dan syarikat rakaman antarabangsa.
“Walaupun ia tidak dicetak secara profesional dan hanya menggunakan kaedah fotokopi, ia turut mendapat tempahan dari luar negara. Saya buat A hingga Z. Bermula dengan temu bual sama ada band tempatan atau antarabangsa, menulis, menghasilkan reka letak hinggalah menghantarnya secara pos, semuanya saya lakukan sendiri,” katanya.
Aziz berkata, dia mengambil masa kira-kira setahun untuk menyiapkan buku itu.
“Jika mahu tahu mengenai perkembangan muzik underground di Malaysia, buku ini ada jawapannya,” katanya.
Ribut Dari Timur dijual dengan harga RM60 (termasuk pos).


Tuesday, 11 July 2017

5 Band Yang Pernah Mewarnai Scene Muzik Underground Era 90an


Scene muzik underground di Malaysia dikatakan sudah bermula lewat tahun 70an. Pada ketika itu, penggemar muzik underground lebih terpengaruh dengan muzik bergenre punk kerana banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga kerana pengaruh band punk yang sangat popular pada ketika itu iaitu The Sex Pistols.
Pada era 80an, muzik underground sedang membangun dan berkembang. Pada ketika ini, band-band underground semakin dikenali sedikit demi sedikit. Joe Kidd adalah orang pertama yang memulakan scene punk di Kuala Terengganu dan scene muzik underground ini menjadi semakin hangat pada penghujung tahun 80an.
Diawal kemunculan scene muzik underground ini, hanya muzik bergenre metal yang banyak menguasai carta muzik underground. Namun begitu, apabila masuk ke era 90an, scene muzik underground semakin meletup dengan kemunculan band-band underground yang menampilkan muzik bergenre alternatif, punk, skin, grunge, brit pop, hardcore dan juga indie.
Kehadiran mereka di dalam scene underground ini adalah kerana mereka sudah bosan dengan industri muzik tempatan yang hanya lebih tertumpu pada nilai-nilai komersial yang langsung tiada kelainan. Oleh kerana itu, tertubuhlah band-band underground era 90an yang cukup popular dikalangan remaja ketika itu.
Untuk artikel ini, kami akan menceritakan 5 band yang telah membantu dalam menaikkan scene underground dalam era 90an sahaja. Band-band ini telah memberi impak yang sangat hebat kepada para remaja sehingga banyak penganjuran gig dibuat untuk memenuhi kehendak para peminat.
Jom kita lihat 5 band yang telah mewarnai scene underground dalam era 90an ini.

muzik underground
Kredit foto: carburetordung.kerbau.com

Carburetor Dung

Band yang membawa genre muzik punk rock ini telah ditubuhkan pada tahun 1991. Band ini telah ditubuhkan oleh Fendi, iaitu pemain bassist band ini. Namun begitu, nama asal band ini ialah Stormfish. Tetapi, setelah kemasukan Joe Kidd sebagai gitaris, band ini bertukar nama menjadi Carburetor Dung.
Album pertama Carburetor Dung yang berjudul ‘Song For Friends’ telah dilancarkan pada tahun 1993. Pada ketika, bandmates band ini terdiri daripada Fendi, Joe Kidd, Lan Bear, Pari ‘rasta’ Fari dan juga Shahlan. Lagu dalam album ini yang cukup popular sehingga kini dan telah menaikkan nama Carburetor Dung ialah ‘Boo Hoo Clapping Song’.
Carburetor Dung masih lagi aktif bermain muzik sehingga kini dan masih kekal bergerak secara underground. Menurut Joe Kidd, mereka masih mahu berpegang kepada prinsip DIY di mana segala-galanya dibuat oleh mereka sendiri dan tidak terikat dengan peraturan sesiapa. Dengan itu, dapatlah mereka menghasilkan muzik yang benar-benar datang dari isi hati mereka.

muzik underground
Kredit foto: discogs.com

A.C.A.B

Band yang membawa muzik bergenre Oi! ni telah memulakan perjuangan muzik mereka pada tahun 1994. A.C.A.B diasaskan oleh dua anak muda dari Kuala Lumpur bernama Magskin dan juga Eddie. Dari dua orang ini, mereka telah mengambil ahli-ahli lain untuk melengkapkan barisan band ini iaitu Sham, Anas dan juga Black.
Demo pertama A.C.A.B ini telah dilancarkan pada tahun 1995. Demo yang berjudul ‘A.C.A.B’ ini telah dimuatkan dengan 7 buah lagu dan antaranya ialah lagu seperti ‘Unfairground’, ‘A.C.A.B’ dan juga ‘Fight For Your Right’. Demo ini telah dikeluarkan di bawah label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records.
Band A.C.A.B ini boleh dikatakan sebagai band yang telah menaikkan scene skinhead dalam Malaysia. Lagu-lagu band ini juga kebanyakannya tentang perjuangan hidup golongan pertengahan. Namun begitu, pada tahun 2006, band ini telah membawa genre muzik yang baru. Dari Oi!, band ini beralih ke genre indie rock dan seterusnya mengubah nama band ini menjadi The A.C.A.B.

muzik underground
Kredit foto: metrolyrics.com

Butterfingers

Dua ahli terawal dalam band ini ialah Loque dan juga Kadak. Ini kerana mereka bersekolah di sekolah yang sama iaitu Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Pada tahun 1993, Loque telah bertemu Emmet di mana pertemuan itu menyebabkan Emmet bersetuju beraksi bersama Loque. Line-up terawal Butterfingers pada masa itu ialah Loque, Kadak, Emmet dan juga Kalai di mana Emmet menjadi vokalis utama band ini.
Butterfingers adalah sebuah band yang membawa muzik bergenre grunge memandangkan mereka mendapat pengaruh band grunge yang cukup terkenal di Amerika Syarikat iaitu Nirvana. Dua lagu terawal yang dimainkan oleh band ini ialah ‘Girl Friday’ dan juga ‘Nic O’ Tynne’. Semasa mempersembahkan lagu-lagu ini di Cobra Club House, Petaling jaya, di mana ini adalah persembahan pertama mereka, para penonton telah memberi sambutan gemuruh dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat untuk bergiat dalam industri muzik.
Butterfingers telah mengeluarkan 6 album setakat ini dan antara lagu-lagunya yang masih diingati adalah seperti ‘Chemistry’, ‘Chrome’ dan terdapat juga lagu-lagu berbahasa Melayu seperti ‘Kabus Ribut’ dan ‘Merpati Sejoli’. Kini Butterfingers boleh dikatakan telah mengundur diri dalam industri muzik tempatan dan Loque akhirnya memutuskan menubuhkan band baru bernama Monoloque.
Namun begitu, Butterfingers akan membuat kemunculan semula dalam acara ‘Rockaway 2016’ yang akan bermula pada 29 Oktober 2016. Inilah peluang kepada para peminat Butterfingers untuk melepaskan rindu mereka.

muzik underground
Kredit foto: thestar.com.my

OAG

Band OAG ataupun nama panjangnya ‘Old Automatic Garbage’ dan kemudiannya ditukar menjadi ‘Orang Asia Genius’ adalah band underground yang telah ditubuhkan pada tahun 1992. Kumpulan ini ditubuhkan selepas menonton Konsert ‘Ikhlas’ pada tahun yang sama. Ahli asal band ini ialah Radhi, Lam dan Chi. Memandangkan zodiak mereka bertiga ialah Leo, maka lambang singa digunakan untuk menjadi logo OAG.
OAG adalah band yang membawa muzik bergenre rock alternatif dan pada asalnya band ini cuma bergerak dalam scene underground. Tetapi, selepas OAG menghantar demo mereka kepada Positive Tone dan telah menarik perhatian Paul Moss (penerbit) dan beliau terus mendaftarkan OAG di bawah Positive Tone.
OAG boleh dikatakan sebagai band yang berjaya mencipta nama di arus perdana walaupun bermula di scene underground. Antara pencapaian membanggakan OAG ialah apabila band ini dipilih untuk menyanyikan lagu tema yang bertajuk ‘Name of The Game’ untuk Piala Dunia Belia 1997.

muzik underground
Kredit foto: mp3tunes.tk

The Pilgrims

Band ini ditubuhkan pada tahun 1987 dan berasal dari Kuantan, Pahang. Pada asalnya, nama band ini ialah Hijrah. Tetapi, apabila mereka mendapat tahu ada band di Sarawak yang menggunakan nama yang sama, band ini mengubah nama mereka menjadi The Pilgrims.
Band ini dianggotai oleh 4 orang anak muda dan line-up asal band ini ialah Kombat, Bob Magnus, Hashim Semirin dan Bain. Band ini membawa muzik bergenre metal, tetapi ada yang mengatakan bahawa band ini membawa muzik bergenre punk rock. Album pertama mereka dilancarkan pada tahun 1992 dan berjudul ‘Perfume Garden’.
The Pilgrims telah menghasilkan 5 buah album di mana album terakhir mereka yang berjudul ‘Achtung. This Is Not A Metal Band’ telah dikeluarkan pada tahun 2000. Band ini juga sebenarnya turut mendapat sentuhan bandmate Carburetor Dung iaitu Joe Kidd. Antara lagu-lagu popular yang dimainkan oleh band ini ialah ‘Churaliya’ dan juga ‘Sua Sui Good Morning’.
Kehadiran 5 band ini dalam scene muzik underground Malaysia sememangnya telah mencipta fenomena yang tersendiri. Selain itu, para pendengar muzik pada ketika itu mempunyai lebih banyak pilihan berbanding mendengar muzik-muzik tempatan yang hanya mempunyai nilai-nilai komersial.
Andainya anda mempunyai pendapat dan pandangan tentang scene muzik underground Malaysia ini, kami berharap agar anda dapat tinggalkan pendapat anda dalam ruangan di bawah. Kami berminat untuk berkongsi dan juga bertukar-tukar pandangan dengan anda. Jangan lupa komen ya.

Sumber: Malayneum.tripod.com ,Wikipedia, FB Page Carburetor Dung, FB Page The Pilgrims , www.mensive.com 


Wednesday, 3 May 2017

Sebelum Indie, Inilah Band-Band Underground Yang Memberi Impak Pada Industri Muzik Kita


Sebelum lahirnya band ‘indie’ macam Meet Uncle Hussain, Hujan dan Bunkface, korang ingat tak dulu kita selalu sebut pasal band ‘underground’? Sewaktu industri muzik kita hanya penuh dengan lagu pop, balada, dan rock kapak, band underground ni lah yang cuba memberi pilihan alternatif.
Dorang tak femes kat TV mahupun radio tapi konfem hampir semua golongan muda pernah dengar lagu dorang. Zaman tu mana ada Facebook atau Twitter, so pergi la fotostat fliers dan sebarkan secara buruh kasar. Kalau kaki gig dulu pula, ada beberapa tempat wajib yang korang pernah pergi macam MCPA kat KL depan Stadium Merdeka tu atau pun Paul’s Place kat Jalan Klang Lama.
Baru-baru ni juga, kebanyakan band lama ni mula buat comeback, contohnya band Shizuka Ben Aman yang femes dengan lagu Redline dan jadi ringtone wajib sesapa yang pakai handset Nokia.

1. ACAB dan muzik skinhead, ska, dan oi (skinhead bukan pasal bergaduh je ye)

Kat Malaysia, kalau kita sebut pasal skinhead mesti semua terngiang-ngiang dengan lagu dari band ACAB. Band yang ditubuhkan pada tahun 1994 ni merupakan antara band yang ternama dalam dunia muzik underground lokal.
Kat luar negara, skinhead dipandang negatif kerana selalu dikaitkan dengan golongan ‘white supremacist’ yang rasis dan selalu menganggu ketenteraman awam. Malah Vice ada menulis pasal budak skinhead Malaysia yang cuba menyebarkan mesej ketuanan Melayu mereka sendiri (tapi yang peliknya pakai swastika dan bagi tabik Nazi).
Namun golongan rasis atau ‘boneheads’ bukan satu-satunya puak skinhead kat sini. Ada juga yang mengikuti prinsip yang menentang racism iaitu Skinheads Against Racial Prejudice (Sharp), yang mulanya diketuai oleh ACAB sendiri.
skinhead malaysia
Skinhead SHARP Malaysia. Gambar dari penangmonthly.com
Menurut seorang otai skinhead kat KL, waktu budaya skinhead mula masuk kat Malaysia, ramai yang copy bulat-bulat tanpa mempersoalkan apa benda yang dorang buat:
“Ia bukannya pasal racism, kami tengok Sid Vicious pakai baju swastika, dan kami ingat itu adalah simbol punk.” – Rozaimin Elias, dipetik daripada Penang Monthly.
Tambah Rozaimin lagi, time tu nak carik mana-mana buku atau recording skinhead pun sikit punya payah, jadi kena la pesan kat member yang pergi oversea.
Ada yang join skinhead ni sebab ideologi tapi ada juga yang join sebab style, termasuklah baju Fred Perry, kasut Doc Martens, dan kepala botak.
Korang pernah perasan tak, kat mana ada Skinhead kat situ mesti ada budak ska. Ini sebab kedua-dua subculture sebenarnya ada asal-usul yang sama iaitu dari Jamaica. Dalam band Gerhana Ska Cinta sendiri, vokalis dorang adalah guitarist daripada band ACAB.
Walaupun cerita pasal keganasan skinhead ni tak boleh dipisahkan, budak-budak Skinhead SHARP Malaysia ni masih berpegang teguh kepada agama. Salah sorang otai skinhead Malaysia, GG, berkata yang dorang kat sini masih memandang tinggi terhadap agama cuma cara pemakaian dan fahaman budaya je lain sikit.

2. Poetic Ammo dan Too Phat yang mempopularkan scene hip hop di Malaysia

Hip hop yang berasal dari USA ni merupakan satu subculture yang sering dikaitkan dengan African-American, tapi kini dah tersebar ke seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Apa yang unik pasal hip-hop ni adalah dia boleh adapt ke semua jenis budaya, dan tiap-tiap negara pun ada cara rap yang tersendiri. Contohnya kat Amerika Selatan dorang ada Daddy Yankee, Tego Calderon,dan Marcelo D2 di mana cara dia rap lain dari segi melodi dan juga bahasa. Sama juga macam kat Malaysia, Too Phat telah mengenalkan lenggok Melayu kat dalam lagu dorang.
Ada sorang lecturer dari University of Calgary, dia kata gaya rap ni ibarat baca puisi tapi ada gayanya sendiri dan tajuk rap ni boleh jadi apa-apa je, dari benda serious macam masalah hidup sampailah benda simple macam jenama bag. Senang cerita, apa-apa pun boleh di-rap kan. Hip hop juga merangkumi budaya lain seperti break dancing, lukisan grafiti, deejay (main turntable), dan juga fashion.
Kat sini hip hop masuk lambat sikit, kira kira pada pertengahan 90-an. Time tu ada satu syarikat rakaman independent bernama Positive Tone yang berani untuk sign kontrak dengan hip hop band iaitu Poetic Ammo. Usaha dorang tak disia-siakan bila band tu meletup dan terkenal dengan lagu Monay Monay dan Who be the player. Lepas tu Positive Tone telah sign kontrak dengan lagi satu band legend iaitu Too Phat dan telah menghasilkan lagu-lagu famous macam Anak Ayam dan juga Ala Canggung.
Disebabkan dorang jugalah budaya hip hop Malaysia telah bertapak. Kini kita ada hip hop artis yang power macam Teh Tarik Krew, Ahli Fiqir, Sonaone, Karmal, Aman-Ra, Kayda, NtahSape2Ntah, dan ramai lagi. Tak cukup dengan artis, kita ada hip hop dance crew kita sendiri macam Wakaka Crew, Bounce Stepperz, EleColdXHot, dan juga rancangan menari hip hop Showdown kat channel 8TV.
bounce stepperz image
Bounce Stepperz perform guna batik. Gambar dari batikpelikat67.blogspot.my
Berdasarkan pengalaman Jason Schadt (emcee dari Canada yang telah menetap lebih dari 10 tahun kat Malaysia) dia kata hip hop berjaya menyatukan artis-artis rapper kita. Orang India, Cina, dan Melayu berjaya buat event sama-sama walaupun tiap-tiap rapper rap dalam bahasa masing-masing dan siap ada yang tak faham bahasa masing-masing.
Menurut beliau lagi, walaupun Malaysia ni tak terkenal dengan budaya hip hop dan tak sebesar negara jiran, tapi negara kita merupakan salah satu tempat yang mempunyai pelbagai pilihan bahasa untuk layan rap Asia.

3. Butterfingers dan permulaan band underground yang melanggar norma industri muzik tempatan

Kalau bersembang pasal grunge, mesti orang sebut band Nirvana, Pearl Jam, dan ramai lagi. Kat Malaysia pulak kita ada Butterfingers. Band legend ni ditubuhkan pada tahun 1991 dan telah merevolusikan bukan saje industri muzik tanah air malah telah memberi satu nafas baru kepada pemuda time tu.
“When you’re not familiar with it, it mean it is rare, the first time you listen to it, it is original sangat tau” – Abang Rom, ROTTW Magazine 
Butterfingers zaman tu dianggap melanggar ‘peraturan’ muzik mainstream tanah air dengan buat lagu dalam bahasa Inggeris dan bukan genre Ballad/Pop/Rock Kapak. Pada tahun 1996, dorang telah keluarkan album sulung dan setahun kemudian telah menang AIM.
Memandangkan dorang berjaya tanpa menjadi ‘sell out’ atau pun mengubah genre muzik dorang, ini telah memberi inspirasi kepada peminat dan pendengar untuk stay true kepada diri sendiri dan tidak berubah untuk orang lain.
Noh dari band Hujan pernah berkata yang salah satu sebab band Hujan tu wujud adalah Butterfingers. Bukan ahli muzik je, pengasas TapauTv pun kata dia buka company dia disebabkan Butterfingers. Muzik dan fahaman Butterfingers secara tak sengaja telah mengajak anak muda kat Malaysia ni untuk berjaya dengan apa yang dorang minat.
“With Butterfingers, they actually taught you to take pride as a Malaysian, doesnt matter kau ni Melayu, Cina, India. Kasi kau rasa bangga dengan roots kau, masa aku buat TapauTv tu lah aku rasa yang penting” – Ahmad Faris, Tapau Tv
Lead singer untuk Butterfingers, Emmet sekarang ni tengah sibuk buat show di serantau Malaysia dan mungkin akan keluarkan album dia sendiri pastu guitarist Butterfingers pula, Loque sekarang tengah sibuk dengan band dia sendiri iaitu MonoloQue dimana dia mengetengahkan elemen-elemen tradisional Melayu kat dalam lagu-lagu dia.

4. Implikasi KAMI terhadap muzik dan budaya

Tahun 2007-2008 merupakan tahun keramat untuk band-band indie. Time tu, muzik scene untuk anak muda yang memberontak ni tengah takde idola dan artis-artis underground sebelum ni pula dah mula masuk dalam status hiatus atau pun tengah berehat. Tapi time tu jugalah band-band indie ni mula buat nama dan disedari oleh orang ramai.
Tahun 2007 ada satu rancangan bernama KAMI The Series dimana cerita tu mengisahkan pasal 4 sekawan yang masih bersekolah sambil menghadapi masalah hidup. Series tu guna tema surrounding yang tak asing dengan remaja time tu. Sekitar 2000-an band pop rock mula mengenalkan diri dorang kepada orang Malaysia.
SOSCILI setakat ni tak jumpa bukti yang kukuh untuk mengaitkan kejayaan band indie ni dengan cerita KAMI tapi band-band ni start jadi famous lepas cerita KAMI tu guna lagu dorang dalam series dan juga movie. Cerita tu telah menggunakan lagu dari band Meet Uncle Hussain untuk dijadikan sebagai lagu intro. Selain daripada Meet Uncle Hussain band lain pun ada buat penampilan istimewa dalam setiap episode macam Bittersweet, One Buck Short, The Times, Laila’s Lounge, They Will Kill Us All, dan juga Couple.
Disebabkan band-band ni buat nama, band lain yang bunyi macam dorang pun dapat perhatian pada masa yang sama. Band macam Pesawat, Komplot, Oh Chentaku, dan ramai lagi berjaya jadikan muzik sebagai kerjaya sebab kehangatan cerita KAMI tu, port gig macam MCPA dan Jalan Klang Lama kat KL telah menjadi tempat berkumpul dan have fun untuk anak-anak muda.

Tak menang banyak anugerah tapi peninggalan dorang kekal selamanya

Dalam sejarah muzik Malaysia, kita ada nama-nama besar seperti Sudirman, M Nasir dan Sheila Majid, tak lupa jugak band rock lejen seperti Wings dan Search yang sampai sekarang pun masih berkumandang kat mana-mana termasuklah bas Metro, karaoke, mahupun kenduri kahwin.
Namun jangan dilupa band underground yang keluar sekitar tahun 90-an ni semua yang berusaha untuk membuat perubahan kepada industri muzik kita. ACAB dengan muzik skinhead, Too Phat dengan muzik hip hop, dan Butterfingers yang menjadi inspirasi kepada puluhan bang lain untuk datang dan memberi satu kelainan. Walaupun ada di antara band yang disebutkan ni semua kini sedang berehat dan tidak kedengaran lagi, tapi impak yang mereka tinggalkan kekal selamanya. Bak kata lagenda nombor satu kita:
“Aku nak hidup lagi 1000 tahun lagi” – Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Alang-alang sebut pasal P Ramlee, jom layan OAG sebijik:

Sumber : soscili.my

Wednesday, 26 April 2017

Aliran Muzik Metal




1. TRASH METAL
Metallica adalah band dengan aliran ini, seperti kita ketahui mereka telah menjadi icon industri ROCK dengan BLACK ALBUM-nya yang luar biasa. Sampai sekarang Thrash Metal-lah salah satu Underground Metal yang paling banyak mendapat perhatian daripada Major Label (industri rakaman ternama).

Terpengaruh oleh band dari Inggeris, Thrash Metal lebih-lebih berkembang di Amerika (kecuali Sepultura yang berasal dari Brazil).
Di awal tahun 80-an aliran Thrash Metal menghasilkan Masterpiece-masterpiece yang artistik seperti:
Master Of Puppets, Metallica (Elektra 1996),
Reign In Blood, Slayer (American 1986), dan
Arise, Sepultura (Road Runner 1991).
Slayer dinobatkan sebagai The King of Underground Metal selama 1 dekad dan masih dihormati sampai sekarang ini. Tetapi mungkin, band Thrash Metal terbesar adalah Pantera yang terakhir mengadakan konsert rasmi 101 Proof (Eastwest).

2. DEATH METAL
Sebenarnya aliran ini sesuai sebagai Soundtrack filem-filem horror. Semua band Death Metal mempunyai nama band yang bertemakan kejadian tersebut diatas. contohnya:
Deicide, Entombed, Morbid Angel, Brujeria,
Canibal Corpse, Six Feet Under, Malevolent Creations, Broken Hopes, riwayat hidup si mati dan Hiprocrisy. Pada tahun 1990-an, Underground ini lebih memasuki ke Extreme Metal seperti Grindcore yang dipelopori oleh Napalm Death dan Brutal Truth, lalu berkembang pada 1991 menjadi Death Metal Scandinavia oleh Entombed, Dismember, Unleashed, dan At The Gates.

Ada pula Melodic Death Metal yang berasal dari Gothenburg Sweden lalu berkembang di Finland dan Norway oleh band-band seperti Arch Enemy, Dark Tranquillity, dan Disessction. Kemudian ada istilah yang digunakan iaitu, Technical Death Metal yang di pelopori oleh Cynic, Atheist, Meshuggah, dan Death.

Lalu ada Progressive Death metal yang mungkin lebih cenderung kepada visualisasi, pelopornya adalah Opeth, Pestilence, Death, Novembre dan mungkin Progressive Metal oleh Dream Theater, Queensryche, dan Fates Warning.

3. GRINDCORE
Aliran ini pertama kali diperkenalkan oleh Napalm Death diakhir tahun 80-an. Sebuah kombinasi Death Metal dengan Hardcore Punk, yang liriknya banyak mengandungi kritikan-kritikan politik. Band-band yang mengusung aliran ini diantaranya Brutal Truth dan Extreme Noise.

4. METALCORE
Dengan aksen vokal Stakato Hardcore dan melodi yang minimalis, Metalcore merupakan gabungan daripada Thrash Metal dan Hardcore. Muzik Metalcore berjaya menarik perhatian masyarakat muzik Amerika di tahun 90-an dengan band seperti Earth Crisis, Intergrity, dan Deadguy.

5. DEATHCORE
Berkembang sebagai turunan dari Death Metal dengan ciri khas lirik yang sama seperti Death Metal, iaitu tentang kematian, neraka, syaitan, dan nuansa-nuansa mistik. Kebanyakan dari Death Metal adalah orang-orang Atheis, sedangkan Deathcore kebanyakan adalah orang-orang Agnostik.
Pada mulanya dipelopori oleh band-band seperti Dying Fetus, Suffocation dan Crytopsy dan sebagainya. Pada era 2000-an semakin banyak band Deathcore yang bermunculan seperti Job For A Cowboy, The Red Chord, All Shall Perish, Bring Me the Horizon dan lain-lain.
Deathcore sendiri cenderung bertempo cepat, hampir mirip aliran Metal Old School yang bersifat hancur-hancuran namun masih ada cengkaman-cengkaman melodic.

6. PROGRESSIV METAL
Merupakan cabang aliran Trash Metal yang paling berbeza perubahannya. Muzik ini menghadirkan suasana Classic New Wave dan Artrock 70-an dengan gabungan elemen melodi Jazzy abad 19, juga muzik Romantic Classic, yang disuarakan dengan vokal tenor yang tinggi.
Band-band yang menganut aliran ini adalah Hellowen dari Jerman, Gamma Ray, Blind Guardian, Angra, dan band Amerika Dream Theater.
Muzik yang agak slow dari aliran ini dikategorikan DOOM termasuk dari lagu-lagu St.Vitus, Candlemass, Trouble. Variasi dari muzik mereka dengan
Slow n 'Heavy Sound menghasilkan suara-suara unik Phsycedellic, seperti lagu Slo-Burn (album Slo-Burn, MalliciousVinyl). Band-band DOOM kadang menggunakan Synthesizers untuk menghasilkan suasana Gothic (khususnya di visualisasi Vocal) seperti ditunjukkan dalam lagu My Dying Bride (album Like Gods Of The Sun, Fierce / Mayhem) dan Avernus (album Of The Fallen, MIA).

7. FOLK METAL
Folk Metal adalah gabungan Heavy Metal dengan muzik folk (muzik daerah), aliran ini digawangi oleh band-band sepertik Korpiklaani, Skyclad, Ensiferum, Fiintroll, Turisas dsb.
Walaupun kebanyakan muzik Folk Metal lebih banyak berkembang di Scandinavia, Folk Metal juga berkembang di Timur Tengah seperi Orphaned Land dan Melechesh.

8. MATHCORE
Mathcore adalah perkembangan dari Metalcore yang mempunyai irama yang kompleks dan mempunyai progressivitas yang tinggi. Band-band mathcore banyak dipengaruhi band-band seperti Converge, neurosis, Isis, dan The Dillinger Escape Plan. Band-band mathcore yang baru-baru ini menuai populariti adalah Protest The Hero, The Human Review dan lain sebagainya.

9. BLACK METAL
Lahir dari Metal Subteranian, di awal 80-an dengan band-band seperti Venom dan Mercyful Fate, dengan lirik vokal yang "Luciferian (Satanik)”.
Band-band ini menampilkan sisi kegelapan alam baka, tampil diatas panggung dengan penampilan seperti mayat atau mengecat tubuh seperti tengkorak.
Aliran ini menampilkan musik Dead-Earnest Demonik dengan lirik-lirik pembunuhan atau pembakaran gereja (seram dehh ihhhh...). Secara teknik muzik mereka menggunakan keyboard untuk menghasilkan suara fuzzy dengan vokal yang menyayat. Band-band yang menganut aliran ini antara lain LandMark (album Anthems of the Welkin at dust, Century Media), Dimmu Borgir (Enthroned Darkness Triumphant, Nuclear Beast) dan Crade of Filth (Dusk and Her Embrance, Fierce/Mayhem).
pertengahan tahun 1980-an, yang diprakarsai oleh band-band cadas seperti Venom, Hellhammer, Celtic Frost, dan Bathory. Pada akhir 80-an band Mayhem dan Burzum mengarah kedalam black metal gelombang kedua.

10. ALTERNATIVE METAL
Alternative metal adalah salah satu subgenre metal yang paling popular di awal 90'an. ketika populariti Glam Metal mulai tenggelam akibat kemunculan Grunge pada akhir 80an. Alternative Metal digunakan untuk mendeskripsikan band-band seperti Faith No More, Primus, Rage Against The Machine dan Jane's Addiction yang mengfusikan Heavy Metal dan Alternative Rock.
Selain itu ada Industrial metal yang diprakasai band seperti Ministry, Godflesh, Fear Factory dan Marilyn Manson. Industrial metal juga tumbuh pesat di Jerman. band seperti Rammstein ,Oomph!, Megaherz meraih populariti yang cukup tinggi baik di negara asalnya dan juga dataran eropah.
Lalu ada Punk Metal atau Crossover Thrash adalah percampuran Trash Metal dengan element-element kental dari Hardcore Punk. Suicidal Tendecies, Stromtroopers of Death, Corrosion of Conformity dan Dirty Rotten Imbeciles adalah sebagian band yang mengusung genre ini.
Kemudian ada Groove Metal, adalah evolusi dari genre Trash Metal yang muncul awal 90'an genre ini digawangi oleh Pantera, Sepultura, White Zombie dsb.
Nu Metal, Genre alternative metal yang terakhir adalah metal modern yang bermain dengan nada Industrial. Banyak band-band dari Korn, Slipknot, Limp Bizkit, Deftones hingga Disturbed.

11. DOOM METAL & GHOTIC METAL
Doom Metal adalah aliran yang lebih mengutamakan penekanan lirik, dengan tempo yang dibawah rata-rata subgenre Extreme Metal lainya aliran ini terinspirasi oleh Black Sabbath era pertama, band yang termasuk aliran ini contohnya adalah Saint Vitus, Obsessed dan Candlemass. Gothic Metal adalah evolusi Doom Metal, awal genre ini adalah munculnya band-band Death/Doom dari inggris yaitu My Dying Bride, Paradise Lost, Anathema, band Gothic Metal sekarang banyak mengandalkan harmoni antara vocal lelaki dan wanita (terkadang dengan growl).

Saturday, 22 April 2017

Sejarah Underground Di Malaysia




Sejarah underground di Malaysia ini sudah pun dimulakan oleh segelintir remaja pada lewat 70an dahulu. Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik Punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga daripada band The Sex Pistols yang begitu popular ketika itu. Mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Joe Kidd telah menubuhkan scene punk yang pertama di Kuala Terengganu pada awal 80an, namun pada masa itu hampir tidak ada band yang ditubuhkan secara serius. Mereka hanya bermain gitar kapok sambil lepak di tepi pantai, tetapi pada tahun 1987 terdapat sebuah band di Terengganu yang memainkan irama punk dengan pengaruh thrash metal iaitu Mallaria dan mereka turut merakamkan demo yang tidak diketahui kesudahannya. Selain Joe Kidd dan rakan-rakan di Kuala Terengganu, terdapat juga geng-geng punk yang lain di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (Abazz daripada band punk The Karatz) tetapi semuanya dalam komuniti yang kecil dan tidak mempengaruhi budak-budak lain.

Ketika itu juga telah muncul segelintir pemuzik yang memainkan irama yang lebih keras iaitu thrash metal. Muzik ini dikesan pada sekitar awal tahun 1984 dan mula berkembang selepas lebih kurang dua tahun selepas itu. Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis, Picagari dan FTG. Mereka ini kebanyakannya mendapat pengaruh band-band luar negara seperti Sodom, Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer, Bathory dan King Diamond.

Pada peringkat awal ia tidak dilabel muzik underground kerana tidak wujud suasana bertukar-tukar demo tape, maklumat dan membuat fanzine sendiri. Material-material dari luar negara (album, demo dan majalah) masih lagi tidak dijual di sini. Kebanyakannya hanya dibawa oleh pelajar-pelajar di luar negara dan mana-mana mamat yang berminat cuma fotostat dan dubbing sahaja daripada mereka.

Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Muzik tersebut sudah mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik sperti death metal, industrial, grindcore dan black metal. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat daripada heavy metal, ianya dipanggil thrash metal. Selain daripada band-band yang disebutkan tadi, sudah ada band yang memainkan muzik yang lebih ganas konsepnya iaitu black metal. Antara band black metal terawal ialah Black Fire, Rator dan Vulga. Pada tahun itu juga sebuah konsert thrash metal pertama kali telah diadakan di Stadium Negara dengan aksi band Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death. Penonton dianggarkan sekitar 6000 orang walaupun sebelum beberapa buah media tempatan mengatakan konsert tersebut tidak akan mendapat sambutan ekoran daripada jenis muzik yang dibawakan. 

Suasana underground mula wujud apabila sudah banyak band mula merakamkan demo, membuat fanzine dan sudah ada gig secara kecil-kecilan. Muzik thrash, black dan death metal telah dilabel sebagai muzik underground. Pada penghujung tahun 1989, Rator telah merakamkan demo mereka yang pertama iaitu 'Evil Symphony' di Hellion Studio, Sil Khannaz juga telah ditubuhkan pada waktu ini. Fanzine juga telah mula wujud dan antara yang terawal ialah Aedes (Joe Kidd) dan Thrash Attack (Aziz). 

Zine Thrash Attack hanya dikeluarkan sehingga isu ke lapan sahaja dan selepas itu Aziz menyambungnya dengan zine Vortex From The East. Ada yang mengatakan zine Aedes (dimulakan pada tahun 1986) merupakan zine underground yang pertama di Malaysia tetapi menurut Joe Kidd sebelum itu sudah terdapat sebuah lagi zine di Terengganu iaitu Huru-Hara. Menurutnya editor zine tersebut hanya diedarkan di kalangan rakan-rakannya sahaja di Kuala Terengganu. Zine Aedes hanya wujud hingga isu ke tujuh sahaja. Zine-zine tersebut pada awalnya hanya ditulis tangan atau ditaip sahaja (menggunakan manual typewriter) dan kemudian difotostat serta diedarkan kepada rakan-rakan mereka di dalam dan luar negara. 

Sebuah zine dari Ipoh iaitu Krenmaut yang diusahakan oleh Sam (Batara Guru), Ajak dan Bearkey juga adalah antara zine yang terawal. Selepas tahun 1993 bermacam-macam zine yang keluar dan boleh dikatakan tedapat di seluruh negara terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang. Antaranya ialah Heartcore, Buddy Holly, Suffer Age, Mukus, Obscure People, Earslaughter, Piss of Mine, Nathias, Verization, Noisy Scene dan banyak lagi. Ada antara zine tersebut yang masih wujud sehingga kini seperti Nathias dan Mukus.

Pada waktu yang sama, scene underground berkembang dengan begitu pesat. Antara yang begitu aktif ialah di Kuala Lumpur, Ipoh, Kuantan dan Pulau Pinang. Pada awalnya hanya muzik metal sahaja yang menduduki 'carta underground' dan begitu banyak diadakan di kelab-kelab. Pada waktu ini sudah banyak band metal ditubuhkan seperti Silent Death, Suffercation, Infectious Maggots, dan banyak lagi. Kebanyakan daripada band-band ini berpusat di Kuala Lumpur dan sering membuat 'meeting' di Central Market. Bandaraya Ipoh juga antara yang paling aktif melahirkan band-band metal yang power. Antaranya ialah Langsuyr, Profane Creation, Necrotic Chaos, Athotorgh dan banyak lagi. Di Sarawak juga terdapat scene yang aktif dengan band metal seperti Senseless, Sputum dan Kremation. 

Pada waktu tersebut juga terdapat band black metal seperti Aradia, Nebiras, Bazzah, Hayagriva, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khaum dan macam-macam lagi. Selepas itu wujud bermacam-macam lagi band beraliran metal seperti Narsamum, Infernal Void, Silo, Kerrasuk dan pelbagai lagi band dengan konsep metal yang pelbagai. Kebanyakan daripada band tersebut juga sudah mula merakam album di bawah label-label independen yang wujud untuk menyokong scene underground seperti Dark Journey Records, Ultra Hingax Productions dan Sonic Asylum Records.

Jika disingkap kembali kepada senario hiburan tempatan pada waktu itu adalah tersangat menyedihkan kerana penguasaan golongan karyawan yang tidak punya sensiviti kepada progresi evolusi corak hidup alternatif, golongan muda/remaja. Sebahagian besar karya muzik mainstream yang diciptakan itu perlu berlandaskan kepada nilai komersil dan ini begitu menyesakkan citarasa golongan muda yang ingin sekali mencari kelainan. Sebut sahaja dari segi citarasa muzik, filem mahu pun budaya hidup, jelas golongan anak muda moden mahukan sesuatu yang mungkin tiada nilai komersil langsung tetapi kuat ciri estetikanya.

Bertitik tolak dari kemunduran dunia muzik tempatan, maka kelahiran aliran corak hidup alternatif melalui dunia muzik dilihat sebagai satu cetusan budaya pop yang menjana pengikutnya sendiri. Pada waktu itu rasanya kemeriahan dan keakraban sesama pengikut 'undergrounders' terasa utuh kerana bersemangat tinggi untuk mewujudkan dunia muzikal mereka sendiri. Tiada sebarang sempadan yang menghalang mereka dari menikmati alunan protes dan kekerasan dari pemuzik bermahzabkan underground kerana ia turut terkandung bersama cetusan hati dan jiwa pemberontakan remaja pada waktu itu. 

Turut sama lahir seiring dengan cetusan ini adalah kepelbagaian corak genre muzik tempatan. Daripada golongan pendengar muzik Melayu yang terkenal sinonim dengan irama leleh maka pencetusan genre muzik dari aliran kumuh Rock n’ Roll seperti Heavy, Speed dan Death Metal bagaikan mantra anak muda. Boleh dikatakan eksistensi gig-gig muzik underground muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun dijalankan secara kecil-kecilan di kelab malam atau pub-pub sekitar kota, namun kehadiran pengikutnya makin bertambah dan secara tak langsung gerakan ini boleh dikatakan mencapai status 'cult'. 

Kemasukan era 90’an, terasa benar-benar memberi impak yang besar. Jelas dari perubahan arah muzikal ketika itu turut sama mempengaruhi gaya hidup terkini dengan kelahiran generation-x yang membuahkan genre muzikal seperti 'alternative', 'grunge', 'indie', 'brit pop', 'punk', 'skin', 'hardcore' dan pelbagai lagi. Ia bagaikan virus yang pantas menular di kalangan remaja sekolah untuk turut sama mengikuti trend muzikal terbaru hasil import dunia hiburan antarabangsa. Kemeriahan begitu terasa, malah semakin banyak pula band-band gagasan anak muda Malaysia yang hebat wujud pada waktu itu seperti O.A.G, Spiral Kinetic Circus, Carburetor Dung, Butterfingers, Namesis, The Pilgrims, A.C.A.B dan banyak lagi.

Sekitar pertengahan 90'an, industri muzik underground tempatan bagaikan mencapai kemuncaknya kerana semakin banyak penganjuran gig-gig dilakukan di luar daripada ibu kota. Pulau Pinang, Perak dan Johor Bharu turut sama mempunyai pengikut undergrounders tersendiri dan hampir setiap hujung minggu pasti ada sahaja gig-gig yang dianjurkan oleh kumpulan underground tempatan. Apa yang membanggakan adalah kunjungan secara rasmi kumpulan–kumpulan muzik antarabangsa seperti Third Eye Blind dan Fugazi ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan bermain muzik di Fire Discotheque. Penganjurannya dilakukan secara serba serderhana tetapi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak undergrounders Malaysia. Tidak ketinggalan, pergerakan muzik underground Malaysia ini pernah mendapat liputan yang khusus daripada majalah US berpengaruh seperti Rolling Stone. Pada edisi 528, November 1996, wartawan David Wright-Neville menulis satu halaman penuh tentang cetusan kelahiran budaya underground. Boleh juga disemak pada halaman 39, beliau menamakan tajuk artikelnya sebagai "The Rebels of KL: Malaysian subcultures are smashing stereotypes with their own brands of punk rock and grunge." Jadi disini saya mengambil satu petikan komentar beliau berkenaan tajuk di atas. "If there is any truth to the maxim that the more oppressive the dominant culture the more creative the subcultures, then tonight's gathering of punks, skin heads, dreads, and doyen of grunge speaks volumes about modern Malaysia. There are Malays, Chinese, Indians and a smattering of Eurasians, all gathered in an almost celebratory atmosphere which certainly speaks well of Malaysia's ability to manage its once explosive ethnic mix."

Malangnya pandangan positif diatas tidak selalunya dikongsi bersama wartawan akhbar perdana Malaysia.

Pernah tercetus satu kontroversi yang mengemparkan negara akibat daripada kewujudan budaya underground suatu waktu dahulu. Ia dijadikan satu isu sensasi negara kerana akhbar tersebut menampilkan foto seorang pemuda skin yang sedang asyik berpogo di salah satu gig di ibu kota. Isu laporannya benar-benar memberikan pandangan yang negatif kepada masyarakat dan secara tak langsung remaja Malaysia dituduh menghadapi krisis moral yang parah. Maka semenjak dari insiden itu juga semakin banyak gig-gig muzik underground diserbu polis atas arahan pihak atasan kerana khuatir dengan tahap keruntuhan moral anak muda. Pelbagai penyakit sosial turut dibangkitkan seraya dengan penglibatan ramai remaja yang gemar mengunjungi gig-gig ini. Semenjak dari insiden itu, maka pergerakan golongan underground menjadi sedikit mundur. Penganjuran gig juga semakin berkurangan walaupun kadang kala setiap bulan pasti ada juga penganjurannya. Maka dari sini terkesan kemunduran dari segi pengelolaannya dan bertambah parah banyak pula band-band yang menemukan titik noktah berkarya mereka di persada underground. Tambah memeritkan adalah apabila insiden Black Metal yang disensasikan oleh pihak akhbar 2 tahun yang lalu ... Akibatnya senario muzik underground menghadapi kelesuan. Walaupun begitu, untuk mengatakan scene underground telah berkubur adalah satu pernyataan yang mengundang kecelakaan kerana ia masih bernyawa dan akan terus wujud selagi ada golongan generasi muda. Jika diperhatikan sekarang (setelah hilangnya badi insiden Black Metal), senario underground kembali mengelegak. Tetapi intensiti dan penyatuan kelompoknya tidak seperti pada zaman permulaannya. Kini lebih banyak gig yang dilakukan atas dasar berpuak-puak mengikut genre muzikal yang tersendiri. Tiada lagi ‘unity’ yang sering dilaung-laungkan dahulu. Kalau diukur pula dari segi prestasi dan penguasaan muzikal memanglah amat membanggakan. Begitu ramai pemuzik muda generasi pelapis memiliki penguasaan dan kefahaman yang baik di dalam soal teknikaliti mereka untuk bermuzik. 

Dan isu terakhir yang menjadi kudis adalah soal pengurusan sesebuah show, gig atau konsert yang melibatkan nama-nama kumpulan underground. Sikap para penganjur kadang kala amatlah menyedihkan kerana yang dikejar adalah potensi komersil semata. Mereka bijak memanipulasi keadaan atau etika undergrounders bagi memenuhi keuntungan yang membuah kepada poket di samping tidak memandang serius kepada 'equipments' instrument muzik dan juga 'welfare' sesebuah band. Adakalanya bayaran upah yang diberikan kepada band juga mengecewakan dan hanya cukup makan. Jika dilihat dari sudut kewangan memangbukanlah soal pokok, tetapi setiap dari anggota band-band perlulah diberi imbuhan yang seimbang dengan perkhidmatan mereka menghiburkan khalayak.

Jika keadaan ini berterusan, mungkin senario muzik underground tidak mungkin mengalami evolusi sikap dan perubahan yang boleh dibanggakan.

SUMBER ASAL: MALAYANEUM.TRIPOD.COM

Tulang Belakang Muzik Underground



Setelah beberapa album Thrash Metal dilahirkan,banyak Syarikat-syarikat rakaman yang masih ragu-ragu dan takut untuk mengeluarkan produk-produk sebegini.Mereka menunggu reaksi pengikut-pengikut metal.Diantara label-label awal yang menolong dan memperjuangkan industri muzik Thrash Metal dan Extreme Metal ialah Metal Blade record,Steamhammer records,Roadrunner records,Tyfon records,Combat records,,Mega force records dan banyak lagi.Label-label ini bertanggungjawab mengetengahkan mereka dan berani mengambil risiko mengeluarkan album-album bercorak seperti ini.Dari label-label yang disebutkan diatas telah banyak melahirkan kumpulan yang tiada tolok bandingnya.Kebanyakan label-label ini ada diantaranya telah ditubuhkan sebelum wujudnya muzik thrash metal lagi.Label seperti roadrunner records telah ditubuhkan pada tahun 81, di Holand olej Kees weeles,label ini menyokong pergerakan Heavy Metal dunia yang ada ketika itu.Label ini kemudianya berkembang serata Eropah dan mempunyai cawangan dan ofis di Holand,German,Englang dan Amerika.Roadrunner records pernah mengeluarkan album Thrash Metal yang hebat seperti dari kumpulan Whiplash,Toxic,Executioner dan mendapat lesen untuk mengedarkan album-album dari syarikat lain.

Label matel lain yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan bakat-bakat baru dari underground scene ialah Metal Blade records,ianya ditubuhkan pada tahun 80 oleh Brain Slagel dan mula beroperasi pada tahun 82 melalui produk pertama iaitu album kompilasi'Metal Massacre 1'Brain slagel juga adalah editor untuk majalah 'The New Heavy Metal Review',selain itu juga menolong memulakan stesen radio pertama ditempat mereka iaitu 'The Mighty Metal Hour' dan juga penganjur gig serta menjadi penulis untuk majalah sound dan kerrang.Brain Slagel banyak membantu kumpulan-kumpulan baru ketika itu seperti Metallica dan Slayer dan dia ialah orang yang bertanggunjawab menerajui Metal Blade records yang sehingga ke hari ini masih menjadi satu nama yang disegani.Kumpulan seperti Slayer,Sacred Reich,warlord,Nasty Savage,Omen dan banyak lagi yang semuanya barmula dari hasil bimbingan Metal Blade records.Tanpa label ini mungkin sejarah Thrash metal dunia tidak serupa seperti hari ini.Album pertama Slayer'show no mercy'dikeluarkan oleh metal Blade resords dan nama Slayer terus gah dibawah label ini.

Noise International records adalah salah satu label Thrash Metal yang berasal dari German.Label ini banyak membantu kumpulan dari negara mereka,ditubuhkan sekitar awal 80'an oleh Karl U Walterberch.Diawal penubuhan label ini ianya banyak mengeluarkan album-labum Heavy Metal dan speed metal seperti dari kumpulan Running wild,Grave Digger dan Sinner.selepas itu ditahun 84 album yang agak berat sedikit dikeluarkan iaitu lebih tertumpu kepada power/death/thrash metal seperti album kompilasi bertajuk'death metal'.Neat records dari England adalah salah satu label yang tertua didunia.Beroperasi pada tahun 79 diera New Wave OF British Heavy Metal seperti Cheer Accident,Tygers of pan tang,Satan dan Venom juga datang dari label ini.'Welcome To Hell' dikeluarkan pada tahun 81 dan seterusnya album kedua 'Black Metal' pada tahun 82.Melalui kedua-dua album ini Venom menukar dunia metal kesatu dunia metal yang baru dan bermulalah akar umbi muzik thrash metal.

Venom adalah antara enam kumpulan terpenting di dalam sejarah metal dunia.Mereka berjaya merubah dunia metal,bagaimana agaknya jika Venom tidak wujud.Neat records juga sempat mengeluarkan album solo gitaris Venom (mantas) ditahun 88 bertajuk 'wind of change'sebelum kembali semula menyertai Venom.Label ini juga mengeluarkan album speed metal dari kumpulan Raven,Atomcraft dan banyak lagi.Pada masa sekarang mereka telah mempunyai tiga label lain dibawah kendalian mereka.Ketika muzik Thrash metal baru bertapak kebanyakan stesen radio Eropah tidak menyiarkan lagu berunsur thrash Metal kerana mempunyai unsur negativ.Suatu ketika pada tahun 84 sebuah radio stesen di Amerika kerap kali menyiarkan lagu Thrash Metal dan ini banyak membantu perkembangan muzik tersebut,nama rancangan itu ialah 'Heavy Metal Thunder Radio show'.Stesen ini selalu memutarkan lagu dari kumpulan underground seperti Slayer,Venom,Metallica,Voivod dan banyak lagi jaguh-jaguh baru dalam arena metal.Radio ini mempamerkan bakat baru yang dicungkil dari arena underground ketika itu, dimana underground ketika itu adalah underground yang sebenar.Stesen radio lain yang turut mempopularkan muka-muka baru alah 'the mighty metal hour',Radio Venom dariBelgium,metal cage,power thrash dan overkill radio show.

Selain stesen-stesen radio dan majalah-majalah metal yang besar serta 'zine-zine underground banyak membantu kumpulan-kumpulan underground dan arena metal ketika mula hendak bertapak.Slayer magazine dari Norway merupakan salah satu majalah underground tertua di dunia wujud sehingga kehari ini.Dirumus pada tahun 1984 dan diterbitkan pada tahun 1985 sebanyak 200 keping sahaja ditulis dalam bahasa Norway.Majalah ini banyak membantu dan cukup terkenal diera muzik Thrash Metal sedang memuncak.Majalah underground seperjuangan lain yang hanya tinggal kenangan ialah seperti Blackthorn,Kick Ass,Power Metal,Mutilador,Thrash Metal,Morbit,Ultimatun.Dan majalah yang masih wujud pada hari ini ialah Holocaust,Isten,Aardshock,Horror Infernal dan banyak lagi.

Tidak lupa juga kelab-kelab dan stadium di eropah yang banyak memberi ruang dan peluang kepada band-band Thrash beraksi.Seperti di Hammersmith,British,di Holand ada Dynamo Club yang boleh memuatkan berpuluh ribu orang,wujud sehingga kehari ini dan masih aktif sehingga sekarang.Kumpulan-kumpulan besar yang pernah menggegarkan Dynamo Club dengan penjualan tiket yang sentiasa habis adalah seperti Venom,slayer,Metallica,Iron Maiden,Motorhead,Kreator,Mercyful Fate dan tidak ketinggalan juga Living Death,Anvil,Avalon,Battlezone(bersama bekas penyanyi Iron Maiden,Paul Diano) distruction,Atocraft Toxic dan banyak lagi kumpulan Thrash dan Metal yang mengembangkan bakat mereka disini.Banyak konsert-konsert dibuat menggabungkan kumpulan ternama dalam satu festivel setiap hujung tahun.Album kompilasi juga banyak dikeluarkan dalam mempromosikan muzik Thrash Metal. Album kompilasi yang cukupmendapat perhatian ramai seperti 'Death Metal Sampler'84(Running wild,Dark Avenger,Helloween dan Hellhammer)'Rock from hell'dan banyak lagi.Selepas tahun 84 ianya lebih tertumpu kepada muka-muka baru.Ianya lebih tertumpu kepada kumpulan baru Thrash Metal.