Thursday, 16 November 2017

Sejarah Ringkas Zine





Zine merupakan penerbitan yang lebih indie daripada indie. Dan apabila aku kata indie, pengeluaran zine ini biasanya semua dilakukan secara sendiri tanpa melibatkan mana-mana syarikat penerbitan dan syarikat percetakan.
Dalam kata pendek, kau bayangkan zine ni sebagai mini-magazine yang dihasilkan sendiri dan diedarkan secara setempat.
Format zine bebas dan meluas—boleh jadi komik, boleh jadi kompilasi karangan, boleh jadi lakaran, koleksi kolaj, tulis tangan dan sebagainya. Zine juga mempunyai kebebasan menyentuh topik-topik yang kurang mainstream, topik yang tabu. Biasanya zine terdiri daripada karya seni dan penulisan, perihal muzik dan subculture, politik, teori sosial, fanzine dan sebagainya, mengikut market audiens zine itu sendiri.
Keluaran indie terawal yang dikenali dalam sejarah merupakan phamplet Common Sense yang dikeluarkan oleh Thomas Paine pada tahun 1775. Namun begitu zine berkonsep pertama merupakan zine keluaran Benjamin Franklin untuk pesakit psikitari di hospital Pennsylvania, yang merangkumi karya literari. Sejak itu, penerbitan amatur didorongi konsep zine menjadi popular, dan antara penulis terkenal yang terlibat dalam penerbitan amatur termasuklah HP Lovecraft yang terkenal dengan penulisan fiksyen pulp horror.
Masuk tahun 1930an di USA, pengeluaran zine bertemakan sains fiksyen menjadi popular kerana manuskrip penulis sains fiksyen pada waktu itu sering ditolak oleh syarikat penerbitan atas alasan 'sains fiksyen takleh jual, bro.' Budaya zine ni juga mengangkat penulis sains fiksyen pada waktu itu seperti Frederick Pohl dan Issac Asimov. Malah, ine 'The Reign of Superman' yang diterbitkan pada tahun 1933 ni menjadi pemula kepada idea superhero kesayangan kita, Superman.
Zine menjadi elemen komunikasi penting bagi subkultur punk pada tahun 1970an. Kewujudan mesin fotokopi untuk kegunaan awam menyebabkan budaya zine berkembang sehingga keluar US dan UK. Pada tahun 1990an, third-wave feminism menjadi topik utama zines di US, yang membincangkan hak-hak wanita dalam masyarakat. Girl zines merangkumi topik hak dan seksualiti, body image, penindasan terhadap kaum wanita, dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, zaman household Internet mulai 2000an menyebabkan budaya zine ni semakin kurang mendapat sambutan kerana kemudahan Internet memudahkan penyampaian idea secara lebih meluas dan tanpa kos-kos cetakan dan edaran.
Namun begitu, budaya zine muncul semula dalam kalangan generasi muda hari ini, kebanyakannya didorong oleh kreativiti, seni dan politikal yang melawan arus perdana. Zine memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menyuarakan pendapat dan menyalurkan karya mereka kepada masyarakat tanpa perlu bergantung kepada saluran-saluran media arus perdana.
Budaya zine di Malaysia sudah bertapak lama, rasanya zine terawal di Malaysia adalah zine Aedes yang diterbitkan pada tahun 1987. Zine ini bertemakan seni dan culture muzik underground. Pada hari ini, zine-zine boleh dijumpai di pesta-pesta buku dalam negara, KL zine fest, indie markets, festival-festival muzik dan penulisan, serta pembelian secara online.

aedes #1 issue


"I'm way past the deadline to fill up 8 pages of the upcoming Shock & Awe fanzine, a special issue concentrating on the Klang Valley DIY Hardcore-Punk scene (coming out with a 7" attached!!).

While doing a bit of research, I found this cover scan of AEDES fanzine #1. This is my zine, the first issue done in 1987, way back when I was still living in the East Coast.

AEDES is now known as the first ever Malaysian fanzine. Truth is there was another zine which came out earlier called HURU HARA, done by my friend Mamat Hitam, but I only saw the master pages; it was not known whether he managed to photostat it in numbers and pass it around or not.

There's a story behind the name of the zine. Aedes is a type of mosquito common in the region, the much feared propagator of tropical "dengue fever"; a killer pest still plaguing the health ministry to this very day.

I had no name/title in mind when I started working on the zine until one day when I was out front of my mom's house working on the cover with a marker pen, scissors and glue, the health ministry's land rover came a-calling. Out came four health inspectors, and they walked around our house inspecting puddles, up-turned tin cans and old tires.

Half an hour later, they came up to me one holding a test-tube with several mosquito larvae wriggling away inside. So begun a lecture on cleanliness and this particular breed of mosquito. I've heard it all before on TV and newspapers, but never really thought the buggers would be round my own house.

Anyway, we were spared from been fined for our negligence. One of the inspectors told me to start keeping an eye on our backyard and clean up the mess. Before he left, he gave me an A5 circular about Aedes. Right on top of the page, there's this capital lettering proclaiming AEDES. I cut it out, fucked it up a bit with a marker and pasted to the front cover.

Ta da! AEDES fanzine! " - Joe Kidd - 14.10.2012


Tuesday, 31 October 2017

BIOGRAFI : The Pilgrims





Asal nama kumpulan ini ialah HIJRAH dan merakamkan demo pertama A PILGRIMAGE TO NOWHERE pada tahun 1990.Mereka menukarkan nama HIJRAH kepada THE PILGRIMS kerana nama yang serupa(Hijrah)telah digunakan oleh sebuah kumpulan glam rock dari Sarawak sekitar awal 90an.THE PILGRIMS adalah satu-satunya kumpulan underground tempatan yang unik dan berbeza kerana mereka adalah pelopor muzik punk/hardcore(juga genre muzik alternative).Ini dapat ditemukan jawapanya dalam demo mereka A PILGRIMAGE TO NOWHERE dalam tahun 1990.Di era itu kita lihat majoriti kumpulan-kumpulan underground tempatan lebih kepada muzik thrash metal.Mungkin kumpulan thrash metal veteran kuala Lumpur iaitu ASSAULT menyamai muzik punk rock yang cuba diperjuangkan oleh THE PILGRIMS tetapi ASSAULT lebih cenderung sebagai sebuah kumpulan thrashcore kerana pengaruh mereka berlainan sepeerti METALLICA,SLAYER,PRONG,NIRVANA dan FAITH NO MORE.

Konsep mereka sedikit bertentangan walaupun sehaluan.THE PILGRIMS adalah perintis muzik punk/harcore/alternative,seusia dengan kumpulan veteran yang sejenis dengan mereka seperti CARBURETOR DUNG dan A.R.T.sebanyak lima buah album pernah mereka rakamkan.Mereka jugalah kumpulan punk rock pertama di Malaysia yang menghasilkan album pada tahun 1992 di bawah Sonic Asylum Records bertajuk PERFUME GARDEN.Seterusnya dilahirkan album-album berikut:AWAY FROM NUMBERS(1994) DA-KAPO(1997) THE WISH FISHERMAN(2000) dan ARCHTUNG:THIS IS NOT A METAL BAND(2001).Perjalanan muzik mereka sekarang lebih matang kerana campuran elemen-elemen muzik yang pelbagai.Gitaris THE PILGRIMS yang merupakan satu-satunya line-up asal kumpulan ini pernah menghasilkan album solo berbentuk muzik surf seperti yang pernah popular di barat satu ketika dahulu.

Ketiga-tiga kumpulan ini merupakan pelopor dalam bidang muzik masing-masing.koffin Kanser adalah perintis muzik new age metal dan NEMESIS adalah pemula irama thrash metal.Sil Khannaz pula pernah mempelopori muzik black metal pada awal karier iaitu ketika zaman demo mereka,seterusnya menjadi pengembang irama death metal.

Kemudian berekperimentasi dalam album-album Sil Khannaz yang berikutnya.Tidak ketinggakan The Pilgrims yang mempelopori muzik punk,hardcore,dan alternative tempatan di samping gitarisnya juga memulakan muzik surf di Malaysia.Nah ini adalah suatu gandingan yang mantap dan tidak seharusnya anda lepaskan konsert yang bakal membuka sejarah baru dalam dunia muzik tempatan.


Genre: Punk-Rawk-Abah-Kau!
Early influences: listenin’ to Slayer, Kreator, Sodom, Anthrax, Exodus, Metallica, Mortal Sin, Testament, DRI, Nuclear Assault, Napalm Death, Sex Pistols, Ramones and Anti-Nowhere League plus some other rawk-kangkangs
Address: Kuantan 1987-1994…and currently in Kuala Lumpur.
Guitars - Kombat Voxs - Bob Magnus Bass - Hashim Semirin Drums - Shamil Kakarot

Album :
- Pilgrimage To Nowhere (Hijrah, demo) 1990:
- Perfume Garden (album) 1992 Sonic Asylum
- Away From The Numbers (album) 1994 Alternative Garage Int.
- Da Capo (album) 1996 Ponycanyon.
- Music From The 100% Original The Pilgrims Motion Picture](live album) 1998 Ponycanyon, di Fire Discotheque,
- Greatest Hits That We Never Had (kompilasi) 1998 Ponycanyon
- The Wise Fisherman / The Wiser Fisherman (album) 1998 Ponycanyon,
- Achtung! This Is Not A Metal Band (album) 2000 Ponycanyon,
- All The Best Fishes We Caught (kompilasi) 2005
- Achtung! Riders (album) 2015 Chenta Relektro


Lagu-lagu Hits:
- Churaliya Deko Abto
- Dream Off
- Kombat Geng Jahat
- Celebrating Mother
- Runaway
- Sua Sue Good Morning
- Lawgiver Supremacy
- Perfume Garden
- Achtung! Riders
- Bunohan
..dan banyak lagi.


BIOGRAFI : The Official






Dulu aku ada buat entry mengenai band lagenda dalam industri muzik underground iaitu ACAB. Hari ni aku nak cerita mengenai band yang sezaman dengan diorang iaitu The Official. Mungkin korang tak pernah menengar nama band-band ni, tapi bagi budak2 underground, nama diorang memang tak asing lagi.

Pada tahun 1997, Hasnol (gitar) dan Congo (Bass) memutuskan untuk membentuk sebuah band. Hasnol menjemput Bum untuk mengisi posisi drum dan tidak lama selepas itu Hasnol mengajak Magoo untuk menjadi vokalis band. Pada masa itu, kedua-duanya iaitu Magoo dan Bum mempunyai komitmen yang lain. Magoo masih dengan band Invidious manakala Bum bermain dengan Lollypop. Kedua-dua Indivious dan Lollypop jatuh dan  menyebabkan Magoo dan Bum memberikan semua komitmen kepada The Official. Empat daripada mereka mula bekerja keras selama sebulan sehingga mereka membuat keputusan bahawa mereka bersedia untuk pergi ke  studio rakaman. The Official mencatat 5 lagu-lagu untuk Strange Culture Record (kini dikenali sebagai Clockwork Record ). JB Riot Skins EP pertama mereka pun dilahirkan. EP ini  mendapat sambutan  dari seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.Ini adalah satu pencapaian yang besar. Tetapi ini hanya permulaan bagi mereka. Kira-kira satu tahun kemudian, bersenjatakan dengan muzik yang lebih baru dan lebih baik, The Official menghasilkan album pertama mereka iaitu Remember Yesterday. Muzik mereka kali ini jauh berbeza daripada  EP pertama mereka. Kesemua mereka telah berlatih bersungguh-sungguh dan bekerja keras lalu membuahkan hasil apabila album mereka muncul dengan bunyi gitar yang ketat, garis bass yang tidak dapat dilupakan dan lirik lagu yang menarik. Lagu-lagu seperti MyLand, Proud To Be Malaysian dan Remember Our Roots menjadi kegemaran  orang ramai di gig-gig.


Pada akhir 1999, Hasnol meninggalkan band ini dan Sarah melangkah menggantikannya sebagai gitaris. Mereka masih mampu untuk bermain di beberapa gig walaupun mempunyai komitmen mereka sendiri. Mereka mencatatkan album "Live n Loud" dan  "This is Oi!"  di KL pada 11 Nov 2000. Tetapi masalah dengan rakaman menyebabkan rancangan untuk menerbitkan album Loud n Live gagal. The Official mula berdiam diri pada awal tahun 2001 atas alasan peribadi dan komitmen. Walau bagaimanapun, selepas sentiasa mendapat dorongan kawan-kawan, Magoo dan Sarah memutuskan untuk membuat kemunculan semula  akhir tahun 2001. Mereka merekrut Amir sebagai gitaris, Rizal pada drum dan Azim pada Bass. Selepas itu, mereka merakamkan EP kedua yang bertajuk "A Tribute To Jb Riot". Selepas mengeluarkan  EP kedua mereka, masalah yang tidak diduga memaksa Rizal dan Azim untuk meninggalkan band ini.The Official mencatat album ke 2 "You'll Never See The Last Of Us" dengan bantuan rakan rapat untuk bermain  pada drum manakala Amir meliputi dua tugas iaitu bermain bass dan gitar. The Official kini band yang bergantung kepada rakan-rakan rapat untuk sumbangan mereka pada drum dan bass. Yang terbaru pada tahun 2006, mereka mengeluarkan satu lagi album yang dinanti2kan oleh peminat yang bertajuk "Reality Rock N Roll". Album ini memberikan satu kelainan daripada album-album mereka sebelum ini. Muzik yang lebih matang dan sempoi telah mereka ketengahkan.  Selepas dari itu, sehingga ke hari ini mereka masih mendiamkan diri . Lagu yang bertajuk " Terima Kasih Semua" dalam album terbaru itu seolah-olah menyampaikan mesej bahawa mereka ingin berundur dan sebagai tanda penghargaan kepada peminat-peminat mereka. Walaubagaimanapun, masih ramai peminat di luar sana yang mengharapkan The Official mempersembahkan lagi karya mereka.




Wednesday, 25 October 2017

BIOGRAFI : Brain Dead




Jika kita menyingkap kembali kegilaan dan kehebatan kumpulan-kumpulan awal death metal ditanah air,nama Brain Dead adalah salah satu nama besar dalam dunia Death Metal di Malaysia.Brain Dead adalah kumpulan Death/Thrash Metal terawal dari Perak selepas kumpulan Black Metal dari Perak,Vulga ditubuhkan pada tahun 1985.Pada tahun 87 di Taiping kegilaan terhadap muzik Thrash Metal tidak dapat dibendung lagi lantas Brain Dead ditubuhkan di Taiping pada 31 Ogos 88.Ditubuhkan oleh Ein dan Malik.Mereka berdua adalah orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan Brain Dead.

Disebabkan hanya mereka berdua sahaja didalam Brain Dead,Ein kemudian mengajak Hashim untuk menyertai Brain Dead .Hashim dan ein adalah rakan lama dan mereka berdua adalah classmate dizaman persekolahan mereka.kemudian muncul Shahharin yang sebelum ini bermain dengan sebuah kumpulan Heavy Metal dan kumpulan ini datangnya dari daerah yang sama,Taiping.Oleh itu lengkaplah Brain Dead,anggota asal Brai dead adalah ein possessor (Abdul Rahim Zakaria)gitaris/vokalis,Malik Mutilation sebagai pemain gitar,Hashim Pestilence sebagai pemain bass dan Shahharin sebagai Drummer.Nama Brain Dead telah digunakan sejak tertubuhnya Brain Dead dan nama ini datangnya dari salah satu tajuk lagu dari kumpulan Thrash Metal terkenal Exodus.Pada awal penubuhan Brain dead mereka banyak membawakan lagu-lagu dari kumpulan Metallica ketika jamming.Selepas itu mereka mula membawakan lagu-lagu cover dari Venom,Slayer,sodom,Possessed,sepultura,slaughter,Sarcofago dan banyak lagi kumpulan death/thrash metal yang sedang hangat ketika itu.

Pada awal tahun 89,Brain Dead diberi penghormatan menjadi band undangan dalam satu konsert ditempat mereka.Gig itu adalah yang pertama buat Brain Dead pada 4 mac 89 di taiping sebagai band undangan untuk sebuah band rock/heavy metal tempatan yang mempunyai nama yang agak besar juga iaitu M.A.Y,mereka merasakan sedikit gemuruh kerana inilah pengalaman pertama mereka bermain gig tambahan pula dihadapan lebih 1300 orang penonton.Pada waktu itu mereka membawakan lagu-lagu dari Metallica.Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.Selepas gig pertama itu sebagai band undangan dan pembukaan,Brain Dead mula mendapat banyak undangan dan tawaran untuk membuat show sejak gig pertama mereka,buat pertama kalinya mereka bermain di luar Perak.

Gig yang kedua juga dalam tahun 89 di Galactica Roller,sebuah tempat di Kuala Lumpur yang kerap menganjurkan konsert Thrash Metal.Kali ini mereka diberi peluang beraksi bersam SlapDeath (band dari Kelantan),Rator (Death Metal dari Selangor) dan Bacteria (kini dikenali sebagai Silenth Death dari Kuala Lumpur).Permulaan tahun 90,Brain Dead telah mula menulis lirik-lirik mereka sendiri.Lagu-lagu awal yang ditulis oleh Brain Dead ialah 'Eternal war' 'Satanism' dan 'On Your Grave'.Mereka adalah satu kumpulan grind/Brutal Death Metal yang agresif,banyak dipengaruhi oleh Morbit Angel,Bolt Thrower,Terrorizer dan banyak lagi.Mereka mula mencuba untuk membuat demo mereka sendiri,tetapi disebabkan masaalah studio seperti kurang memberi kerjasama dan tidak sukakan muzik sebegini maka usaha mereka terbantut begitu sahaja.Mereka meneruskan jamming setelah gagal untuk menghasilkan demo.Akhirnya dipenghujung tahun 90 pada 23 disember Brain Dead merakamkan demo pertama mereka bertajuk 'Eternal War' yang dirakamkan di Camy Studio,Taiping.Demo ini mengandungi tiga lagu iaitu Eternal War,Satanism dan On Your Grave.Lirik mereka ketika itu berkonsepkan Gore,Death dan Satanism.Demo ini menjadi saingan kepada band underground tempatan lain di waktu itu seperti Sil Khannas (sekarang Sil Khannaz),Sufforcation (sekarang Suffercation),Senseless Death (sekarang Senseless),Silenth Death,Hijrah (sekarang Pilgrims) dan Necrofist (sekarang Nebiras) yang mengeluarkan demo ditahun yang sama (90).

Bermula Dari demo inilah Brain Dead mula mengeluarkan demo mereka didalam underground Scene tempatan dan luar negara.Walaubagaimanapun demo ini kurang memuaskan dari segi sound.Tetapi melalui demo inilah mereka mula aktif dalam underground dunia.Dalam tahun 90'an juga Ein menubuhkan band projek bernama Sacramantor (Heloisa).Tetapi disebabkan masaalah tertentu seperti tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya pada kumpulan itu ianya terus senyap tampa sebarang meterial.Demo Eternal War mula diedarkan pada tahun 91.Pada tahun 91 mereka mula bermain gig disana sini.Mereka juga pernah bermain gig di funfair bersama satu lagi kumpulan underground veteran dari Perak iaitu Necrotic Chaos.Mereka juga pernah beraksi bersama Silent Death,Necrofist,Picagari dan Sufforcation disatu gig di Paradise Club Kuala Lumpur.Dalam tahun 91 Brain Dead dipelawa sebagai band undangan dalam satu show bertajuk 'Super Thailand Festival'di Taiping pada 4 oktober 91.Sebenarnya pada hari itu Brain Dead adalah band jemputan untuk artis pop tempatan iaitu Norsheila Amin.tetapi diatas sebab tertentu penyanyi pop itu tidak dapat menhadirkan diri,oleh itu Brain Dead mengambil alih show itu sepenuhnya.Penonton diketika itu cukup gila dengan persembahan Brain Dead.




Brain Dead merakamkan dua lagu live dari 'Super Thailand Festival'iaitu 'Eternal War dan Satanism'.Kemudian mereka merakam tiga lagi lagu iaitu 'On Your Grave' dan dua lagu baru 'Repulse to Destruct' 'Devourment of Gore' di Camy Studio pada disember 91.Akhirnya kelima-lima lagu ini dijadikan demo kedua mereka yang bertajul 'Live demo',kesemuanya dirakamkan pada tahun 91 dan demo kedua ini dikeluarkan pada Januari 92...Didalam tahun ini juga Brain dead mendapat tawaran dari syarikat rakaman tempatan Noize record untuk menghasilkan album.Noize record bertindak menandatangani kontrak dengan band underground tempatan lain sperti Sil Khannaz,Suffrecation dan Silent Death.tetapi sebelum ditawarkan membuat album noize record merancang untuk mengeluarkan satu album kompilasi death Metal terlebih dahulu.Album kompilasi ini tertangguh dan akhirnya terbengkalai.mungkin Noize record terkejut dengan bentuk muzik sebegini,maklumlah mereka tidak menyanyikan lagu cinta/rock yang mendayu-dayu seperti kebiasaanya.pada masa yang sama juga Brain dead mendapat rawaran dari syarikat rakaman dari German untuk menghasilkan 7'ep'tetapi Brain Dead telah menandatangani kontrak dengan Noize record maka ianya terpaksa di tolak.

Malangnya pada penghujung 91 pemain drum mereka Shaharin,mengambil keputusan untuk meninggalkan Brain Dead.ini disebabkan perbalahan,Shaharin tidak mahu Brain dead menukar arah muzik.Dia juga hilang minat kerana perbezaan muzik diantara mereka.Brain Dead mahu menukar arah kepada Black/Dark Death Metal tetapi Shaharin tidak setuju.Shaharin masuk semula pada tahun 92 tetapi mengambil keputusan keluar untuk kali kedua.kali ini Shaharin keluar dari brain dead seminggu sebelum Brain dead mengadakan show yang besar di Machine One,tanpa memikirkan nasib mereka yang terpaksa berdepan dengan masaalah line-up.Shaharin juga banyak menimbulkan masaalah ketika bersama Brain Dead dahulu.Tidak dinafikan Shaharin merupakan pemain drum yang terbaik di Malaysia.Selepas sahaja Shaharin meninggalkan Brain Dead (menganggotai Nemesis) satu rombakan besar telah terjadi dalam Brain Dead.Mereka mengambil keputusan mengekalkan Brain dead sebagai kumpulan trio,Brain dead masih lagi dianggotai oleh tiga line-up asal.Pada kali ini Ein Possesser bertukar posisi dari bermain gitar kepada bass/vokal,Malik Mutilation masih lagi posisi gitar dan Hashim Pestilence dari bass bertukar posisi untuk bermain drum.

Untuk mencari seorang pemain drum sangatlah susah.Dengan line-up ini Brain Dead menyambung kembali aktiviti mereka,ini termasuklah membuat show.Dengan penubuhan ini Brain Dead membuang sentuhan muzik Grind Core dalam muzik mereka.Brain Dead bukan lagi satu kumpulan Grind Death Metal tetapi haluan baru mereka Black/Dark Death Metal.tahun 92 juga Sonis Asylum record berminat untuk mengikat kontrak dengan Brain Dead tetapi ianya tidak berhasil.Apabila Silent Death mengeluarkan album pertama mereka pada pertengahan 92 dibawah naungan Dark journey record,pada masa yang sama juga label ini mencari lagi band tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan bakat mereka.Apabila label ini mendengar demo mereka ianya telah membuahkan minat dan seterusnya Dark journey record menawarkan kontrak kepada mereka.Pada lewat 92 brain Dead mengikat kontrak secara rasmi dengan Dark journey record.label ini merupakan label yang mengeluarkan album-album underground sahaja.Brain Dead menjadi artis kedua Dark Journey record dan mengikat kotrak selama dua tahun dan dirancangkan akan masuk studio pada awal bulan Januari 93 serta mereka akan mengeluarkan album itu pada awal tahun hadapan (93).Sertelah menjadi Artis Dark journey record ,Brain Deada diberi peluang beraksi bersama Silent Death di ketika Silent Death sedang giat mempromosi album pertama mereka.Dalam tahun tersebut labih 10 gig telah dimainkan.Pada tahun 92 bertarikh 20 nOvember 93 bertempat di Perak.Silent Death dan Brain Dead beraksi bersama dibawah naungan dark journey record.



Gig ini dirakamkan dalam video dan dijual melalui dark journey record.Didalam video ini terdapat interview khas bersama silent death dan Brain Dead.Orang yang menginterview kedua-dua ini ialah Oz yusuf,bekas gitaris Assault satu band lagenda Thrash Metal dari Kuala Lumpur dilewat 80'an.Sekarang ini Oz yusuf merupaka penerbit album-album underground dan juga sound enginier untuk setiap gig underground di Malaysia dan Singapura.Video ini di buat secara profesional dan mendapat sambutan yang menggalakkan.Pada masa yang sama ein possessor menubuhkan kembali kumpulan Sacramantor dengan menggunakan nama Narraka yang berkonsepkan Black Metal,tetapi disebabkan Ein terpaksa memberi komitmen dan perhatian yang lebih terhadap Brain dead maka Narraka senyap seketika tetapi masih lagi tidak berkubur.



Tuesday, 17 October 2017

BERBORAK PASAL U/G KITA




Pada aku, u/g kat Malaysia sekarang ni dah menampakkan perkembangan yang begitu meluas. Tak kiralah dari segi zine, band, gig. news letter dah banyak yang muncul . Kalau gig tu kita boleh jumpa dalam satu bulan tu lebih kurang dua kali. Kecuali bulan puasa (dari penyelidikan aku lah!). Apa yang aku nak story sikit kat dalam ni ialah tentang band yang main lagu cover. Aku ni bukanlah old-timer sangat, baru aje melibatkan diri dalam ug ni. Mengapa situasi macam lagi ada kat mana-mana gig. Maksud aku perlukah kita bawak lagu orang untuk disampaikan kat kawan-kawan kita yang datang dari jauh tu, semata-mata untuk dengar lagu cover yang dah biasa sangat kita dengar .Kalau setakat satu dua lagu tu takpelah, tapi kalau dari mula diorang main sampai la ke habis, tak putus dengan lagu orang, di mana korang punya D.I.Y. Kalau setakat lagu orang tu, kita boleh dengar kat rumah aje, tak payahlah bersusah-susah nak pergi gig, okey, katakanlah kita ni band baru, nak main kat gig. Kemudian kita bawak lagu cover setakat tiga apalah sangat. Sekurang-kurangnya tak lah boring sangat. Itu pendapat aku kat band-band baru. Kalau kat band yang dah lama tu tak perlulah aku terangkan, Benda-benda macam ni yang membuatkan kita masih di takuk lama. Sebab kita-kita yang kat luar ni banyak yang lebih pandai main lagu cover. Cuba kita hasilkan sendiri lagu-lagu yang lebih berkualiti. Dari situ kita dapat meluahkan apa saja yang kita rasa tak patut berlaku, sedap ke tak sedap itu kita punya lagu, hasil kita. ltu semua belakang cerita. Dan akan membuka sata mata pada setiap pendengarnya. Itulah tujuan kita terjun ke dalam u/g nie, melepaskan apa yang tersurat kat dada kita. Tak semestinya kita harus bersyarah untuk berikan pendapat, tetapi melalui muzik juga memainkan peranan. Kalau setakat KRU main lagu P. Ramlee tu lainlah sebab spesis diaorang nak 'buat duit', konon-konon nak tributelah tu. (Tribute apa ke bendanya tu!!). So bagi aku, kalau nak buat band tu sediakanlah lagu korang sendiri. Okaylah, kita stop pasal lagu cover ni.

Kita berborak pasal pompuan yang join u/g pulak. Sekarang ni kita boleh lihat dah ramai pompuan melibatkan diri dalam u/g. Mungkin di antara diaorang ni benar-benar 'straight- forward to the scene, maksud aku bukanlah menjadikan u/g ni macam satu trend atau sebagai tempat nak glamour. U/g bukanlah tempat untuk semua tu. Kita ambil contoh kat gig lah katakan... Kalau nak berpakaian tu biar lah beradab sikit, jangan nak dedah sana, dedah sini. Macam kita ni dah takde nafsu pulak dibuatnya. Nanti kalau dah 'naik' siapa yang susah? Kat mana nak kita 'sorongkan' . So, berfikirlah secara waras sebelum bertindak. Dan satu lagi, kalau kat gig tu, janganlah jadikan ianya sebagai satu tempat bercanda macam kat tepi pantai. 'berlazat-lazat' sesuka hati kita. Aku rasa aku ni dah jauh terpesong dan dah jauh melalut. Tak kesahlah tu, yang penting apa yang aku taip ni bukan sekadar ruangan bacaan macam kat perpustakaan. Kat sesiapa yang tak senang dengan artikel aku ni, tak payah baca (tapi nampak gayanya korang dah pun 'ter'baca artikel aku ni), itu pun kalau korang rasa dah betul sangat lah! Dan aku pohonkan sedunia kemaafan segala carut-marut-karut aku tu. Tiada siapa yang mampu mengubah scene kita ke arah lebih positif, kecuali kita, kau, aku dan dia. ADIOS!!!



sumber: Hardkoi zine


Wednesday, 11 October 2017

BIOGRAFI : Langsuyr




Langsuyr merupakan sebuah kumpulan ekstrim metal yang berasal dari Ipoh, Perak.
Tanggal Mei 1991, merupakan detik yang bersejarah bagi Malaysia kerana itulah permulaannya band ini. Ia dianggotai oleh tiga rakan sepermainan: Azlanthor, Azmaniac dan Bentara yang ketika itu masih berada di bangku sekolah.
Langsuyr dipilih sebagai nama band yang bermotifkan muzik death metal ini atas sebab keunikan nama tersebut sedangkan tatkala itu band yang seiringan dengannya masih sibuk dengan elemen kebaratan.
Langsuyr juga pernah dilabelkan sebagai "king of death metal" di malaysia kerana langsuyr adalah diantara band2 awal yang menjadi pengasas kepada muzik death metal di malaysia.
Pada tahun 1993, Langsuyr mencuba pasaran death metal tempatan dengan album demo Occultus Mysticism. Ianya mendapat sambutan yang amat luas dalam scene tempatan. asalnya tape dubbing sendiri itu telah dibantu rilisnya oleh east gothic production dengan produksi kilang yang lebih bermutu. semuanya habis disapu bersih. kalau anda mempunya kaset asal tersebut, sesungguhnya anda telah memiliki salah satu khazanah negara! Mereka pernah mendapat tawaran dari syarikat rakaman Peaceville Records, tetapi mereka menolak tersebut kerana syarikat tersebut meletakkan syarat-syarat terlalu banyak dan mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh.
berbekalkan dengan sambutan dan semangat yang semakin giat, mereka masuk kembali ke studio, kali ini dengan sokongan nebiula production untuk rilisan mini album the eastern cruelty pada tahun 1996. lahirnya mini album ini menyaksikan perubahan paradigma yang berlaku pada scene death metal tempatan yang mana munculnya istilah eastern metal selepas rilisan tersebut. langsuyr telah menjadi satu nama sebutan di bibir peminat muzik sebegini, bahkan telah menerobos ke scene antarabangsa.
tahun-tahun yang berikutnya menjadi kelam kerana penggiatnya telah mula sibuk dengan kehidupan masing-masing. album yang dijanjikan akan keluar selepas the eastern cruelty tidak kunjung tiba tetapi sebaliknya disambut dengan rilisan dua lagu baru di dalam kompilasi ipoh metal militant supremacist pada tahun 1998. akhirnya, langsuyr telah dikuburkan pada tahun 2000.
kerana terdapat banyak rungutan dari peminat-peminat yang kecewa mendengar berita yang band langsuyr dikuburkan alhamdulillah akhirnya album pertama langsuyr berjaya diriliskan tahun 2005 sebagai menunaikan janji kami 10 tahun yang lampau. hampir sedekad lamanya untuk merealisasikan awaiting the malay album ini dan keinginan mencetuskan keghairahan kepada peminat death metal tempatan seperti dulu-dulu hampir berjaya kali ini.
Sekali lagi anjakan paradigma dilakukan. usia yang semakin meningkat telah memberi kesan dalam pembikinan lagu, penampilan dan gaya. asalnya langsuyr dianggap sebagai band black metal akan dikikiskan. persepsi masyarakat tentang peminat death/black metal sebagai penyembah syaitan dan pembenci tuhan diharap dapat dibuang jauh-jauh. mana mungkin kerana muzik perkara ini boleh berlaku? sungguh tidak berasas dan kurang ajar. Persepsi yang salah dan tidak tepat ini diharapkan dijawab dengan rilisan ini.
Muzik barat yang terkenal dengan gaya hedonism (tidak apa jenisnya; pop, rock, jazz, blues, hip hop etc), telah diolah mengikut kesesuaian orang timur. penerapan yang tidak sesuai dengan gaya hidup rantau ini telah dikikis jauh dari pandangan. death metal yang asalnya dari barat tidak semestinya kekal barat. ianya bukanlah satu undang-undang yang mana semua peminatnya mesti akur. sebaliknya, ia menawarkan ruang untuk dimanipulasi mengikut kesesuaian penggiatnya. itulah yang akan anda dapati dalam album ini.
2007 - bullet (album kedua) dirakamkan kali terakhir bersama bentara & masih menghadapi masalah mixing dan mastering sehingga hari ini 2010..
dan secara rasminya saudara bentara telah pun meninggalkan kem langsuyr untuk komitmen keluarganya,diharapkan kesejahteraan beliau & keluarga berterusan.



Ahli-ahli sekarang

  • Azlan - vokal (1991-1999, 2005-sekarang)
  • Azmaniac - gitar
  • Azrym - gitar
  • Nikkimi Minami - bes
  • Adjeez - dram (1992, 2012-present)

Ahli-ahli dahulu

  • Old T - dram (?-1999)
  • XXXul - bes
  • Bentara - gitar (1991-1999, 2005-2007)
  • Bob Pyron - dram
  • Bearkey - tidak diketahui
  • Berat - bes (1992-?)



Diskografi

  • Occultus Mysticism (Demo + East Gothic Prod - 1993)
  • The Eastern Cruelty (EP + Nebiula Prod - 1995)
  • The Eastern Cruelty CD (EP + Nazgul Eyrie Prod-Germany - 1996)
  • Storm Of Nebiula Compilation (Nebiula Prod - 1996)
  • Ipoh Metal Militant Supremacist Compilation (Ultra Hingax Prod - 1998)
  • Langsuyr-Ryusgnal (Repacked + Nebiula Prod - 2000)
  • The Eastern Cruelty (Bonus + Nebiula Prod - 2006)
  • Asyik (Clockwork Recs - 2006)
  • Live at Planet Hollywood KL VCD (Clockwork Recs - 2006)
  • Sunut MTV (Clockwork Recs - 2006)
  • Hail To The King Tribute To Cromok (Clockwork Recs - 2007)
  • Various Artists The Best Of Clockwork Records (Clockwork Recs - 2008)
  • Bantaigram EP (Mamat Recs - 2016)

sumber ; wikipedia.org


Monday, 2 October 2017

Era Kegemilangan Rock di Malaysia - Rock 80an & 90an


Kegemilangan era muzik rock mencapai kemuncaknya pada penghujung tahun 80an sehingga pertengahan 90an. Tahun 70an hingga awal 80an muzik pop lebih menguasai persada muzik tanahair. Artis seperti Jamal Abdillah, kumpulan Alleycats, kumpulan Gingerbread, kumpulan Sweet September, Goodman Brothers, Atomic Power, Kembara dll amat popular dengan irama pop pada awal 80an sehingga penghujung 80an.

Kumpulan Blues Gang merupakan satu lagi kumpulan yang diminati pada ketika itu. Kumpulan yang mengetengahkan muzik blues & balada itu popular dengan lagu seperti Apo Nak Dikato, Khatulistiwa dll.

Kumpulan yang mengetengahkan muzik rock pada ketika itu adalah kumpulan Sweet Charity yang mula menghasilkan album pada penghujung tahun 70an. Sweet Charity mengetengahkan muzik slow rock & hard rock. Lagu-lagu seperti Sejuta Wajah, Kamelia, Jangan Tunggu Lama-lama, Batu dll antara lagu yang diminati ramai dari kumpulan Sweet Charity yang dianggotai Ramli Sarip (vokal), Rosli Mohalim (gitar utama), Ahmad Jaafar (keyboard), Rahman Sarbani (drum), Syed Hasan (bass) dll.


Kumpulan Kembara juga pada tahun 1985 menampilkan irama yang lebih heavy dalam album Duit. Disamping itu, kumpulan Headwind yang tampil pada awal 80an juga menampilkan irama yang ke arah rock n roll.

Irama rock mula digilai golongan muda bermula tahun 1985. Sebelum itu, pada tahun 1984 kumpulan Sweet Charity menampilkan album Berita Gempa yang mengetengahkan muzik hard rock. Pada tahun 1985, bekas vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip tampil dengan album solo pertamanya berjudul Panah Beracun yang menjadi salah satu pencetus irama rock pada ketika itu. Kumpulan Search yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan irama rock di Malaysia tampil dengan album pertamanya berjudul Cinta Buatan Malaysia pada tahun 1985. Search pada ketika itu dianggotai oleh Amy (vokalis), Yazit (drum), Yan (bass), Man Kidal (gitar utama) dan Din (gitar kedua). Album Cinta Buatan Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat dan berjaya mencapai jualan pada tahap gold disc.

Pada tahun 1985 juga, siri konsert Battle of The Bands yang dianjurkan oleh Box Office yang menampilkan kumpulan-kumpulan yang menjadi juara dalam siri pertandingan Battle of The Bands telah diadakan. Siri konsert jelajah Battle of The Bands menampilkan kumpulan Lefthanded (Johor), Bloodshed (Selangor), Ella & The Boys, SYJ (Ipoh) & Rahim Maarof & Whitesteel. Lagu-lagu seperti Debunga Wangi & Lanun (Lefthanded), Dua Insan Bercinta (Ella & The Boys), Ilusi Sebuah Mimpi (Bloodshed), Orang Timur & Debu Hayalan (SYJ) & Jumpa Sekali Lagi & Sengketa (Rahim Maarof & Whitesteel) menjadi siulan peminat rock pada ketika itu. Guitaris-guitaris, drummer & vokalis-vokalis hebat juga muncul dari siri Battle of The Bands seperti Nash (vokalis) & Man Kidal (guitarist) dari kumpulan Lefthanded, Roshdan (vocal) & Hamdan Reko (guitarist) dari kumpulan Bloodshed, Ella (vokalis) dan Lord (gitar utama) dari Ella & The Boys, Amir (vokalis), Zamri (guitarist) & Eduat (drummer) dari kumpulan SYJ menjadi terkenal pada ketika itu.

Siri Battle of The Bands juga diterbitkan dalam bentuk album iaitu Battle of The Bands 1 & 2 yang dihasilkan pada tahun 1985 & 1986. Malang menimpa bagi kumpulan-kumpulan rock pada tahun 1986. Pada salah satu siri konsert Battle of The Bands di Tapak Pesta Pulau Pinang, penonton menjadi tidak terkawal akibat jumlah kehadiran peminat yang terlalu ramai sehingga menyebabkan peminat merusuh memaksa pihak FRU dikerah untuk mengawal suasana.

Ekoran kejadian tersebut, konsert rock diharamkan oleh kerajaan pada ketika itu. Susulan itu muzik rock dipandang negatif dan dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

Pada pertengahan tahun 1986 juga telah muncul siri album Juara-juara Rock I. Siri Juara-juara Rock di barisi oleh juara-juara siri pertandingan Juara Rock yang dianjurkan oleh Dewi Suhana Studio dengan kerjasama syarikat rakaman Warnada. Antara kumpulan rock yang membarisi album Juara-Juara Rock adalah kumpulan M.A.Y, kumpulan Burnmarks, kumpulan D'Febian, kumpulan Metalian dan kumpulan Scandals. Siri Juara-juara Rock kemudian tampil dengan album kedua pada penghujung tahun 1986, Juara-Juara Rock 2.

Sementara itu, syarikat Life Records telah menghasilkan album Clash of The Bands yang menampilkan kumpulan rock dari Singapura seperti TZ (Twilight Zone), Trashed, Handy Black (Johor Bahru), Last Minute & Helter Skelter (Singapura).


   


Tahun 1986, kumpulan Search muncul dengan album kedua mereka, Langit dan Bumi. Search pada waktu itu menampilkan line-up asal iaitu Amy (vokalis), Hillary Ang (lead guitar), Nordin (gitar kedua), Nasir (bass) & Yazit (drum). Lagu-lagu seperti Kejora, Bisa, Kau Pergi menjadi kegemaran ramai. Pada masa yang sama, ikon rock Ramli Sarip tampil dengan album solo kedua, Bukan Kerana Nama.

   

Pada tahun 1986 juga, kumpulan Lefthanded muncul dengan album pertama mereka 'Keadilan' yang memuatkan lagu-lagu popular seperti Tiada Lagi Kidungmu, Lagenda Cinta, Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi dan Debunga Wangi. Anggota Lefthanded semasa album tersebut adalah Man Kidal (lead guitar), Nash (Vokal), Yan (bass) & Man Dayak (drum). Pada tahun yang sama kumpulan heavy metal terkenal dari Singapura, Rusty Blades tampil dengan album EP, 786 Ikrar Perwira bersama kumpulan Pelangi. Rusty Blades pada ketika itu dianggotai oleh Yantzen (vokal), Khalid Mobin (gitar utama), Mamat (gitar kedua), Razak (bass) & Zizan (drum).

   

Ella & The Boys turut menghasilkan album pertama mereka, Ella & The Boys 1 pada tahun 1986. Antara lagu hits dari album tersebut adalah Dua Insan Bercinta, Pesanan Terakhir dll. Kemudian disusuli album kedua Ella & The Boys 2 pada tahun yang sama.

Bermula tahun 1987, muzik rock mula melonjak dan menjadi irama kegemaran golongan muda. Kumpulan SYJ (dikenali Sofea) tampil dengan album pertama mereka, 'Kembali' yang menampilkan semula lagu hits mereka dari album Battle of The Bands seperti Orang Timur & Debu Hayalan. Lain-lain lagu hits adalah Kembali.

Kumpulan Lefthanded pula tampil dengan album kedua mereka, Seruan yang diterbitkan oleh Ramli Sarip. Lagu-lagu hits dari album tersebut seperti Ku Di halaman Rindu, Kenangan Bersamamu & Sentuhan Kidal. Kumpulan Search turut tampil dengan album ke-3 mereka, Mentari Merah Di Ufuk Timur yang melonjakkan populariti mereka. Lagu hebat mereka, Fantasia Bulan Madu memonopoli carta hits pada ketika itu. Ella & The Boys tampil dengan album ketiga mereka berjudul 'Anak Merdeka' yang menampilkan lagu diminati ramai seperti Catatan Tika Rindu & Ku Tak Lagi Kesunyian.
Manakala kumpulan Bloodshed yang terlibat dalam siri album Battle of The Bands 1 & 2 (1985-1986) tampil dengan album sulung mereka juga pada tahun 1987 berjudul Illusi Sebuah Mimpi yang juga menjadi lagu hits dalam album tersebut. Lain-lain lagu yang diminati adalah Memori Biru.



Tahun 1987 menyaksikan kumpulan-kumpulan rock muncul dengan banyaknya. Kumpulan Wings tampil dengan album sulung mereka berjudul Belenggu Irama pada tahun 1987. Lagu kontroversi tersebut menyebabkan kumpulan Wings digam oleh pihak RTM pada ketika itu. Wings diwaktu itu dianggotai oleh Awie (vokalis), Syam (gitar utama), Eddie (bass) dan Black (drum). Walaupun digam oleh pihak RTM, album tersebut mendapat sambutan yang hebat dari peminat rock. Lagu-lagu yang menjadi pilihan dalam album tersebut adalah Belenggu Irama, Intanku Kesepian, Inspirasi Tamingsari, Peronda Jaket Biru & Biarkan Berlalu. Selepas album dikeluarkan, Syam telah berundur dari kumpulan Wings. Tempat Syam digantikan oleh Tam.
Ramli Sarip pula muncul dengan album ketiga solonya berjudul Perjalanan Hidup pada tahun 1987. Lagu-lagu seperti Perjalanan Hidup, Awas Dadah Merbahaya antara lagu kegemaran ramai dari album tersebut.

Kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) juga tampil dengan album sulung mereka, Selamat Pagi Malaysia pada tahun 1987 di bawah naungan ITO Production. BPR pada waktu itu dianggotai oleh Joey (vokalis), Awang (gitar utama), Yem C (gitar kedua), Yem Bai (bass) dan Zainal (drum). Lagu popular dari album tersebut adalah Maghrib, Hilang & Istilah Cinta.

Kumpulan heavy metal dari Singapura, Rusty Blade, tampil dengan album kedua mereka Rintangan Hidup Dunia. Lagu-lagu seperti Penantian, Kehilangan merupakan lagu hits dari album tersebut. Sebuah lagi kumpulan dari Singapura The Unwanted juga muncul dengan lagu popular mereka Terperangkap Dalam Sinaran.

Kumpulan Belantara muncul dengan album sulungnya berjudul Belantara pada tahun 1987. Kumpulan yang dianggotai oleh penuntut universiti di luar negeri itu tampil tanpa mendedahkan identiti mereka. Lagu seperti Sutra menjadi lagu hits mereka.

Hattan turut tampil dengan album pertama beliau pada tahun 1987. Kumpulan Wizards juga tampil dengan album pertama & terakhir mereka yang berjudul Pencarian. Sons of Adam yang mengetengahkan irama pop rock turut tampil dengan lagu hits mereka Memori Luka.

Kumpulan D'Episodes dari Singapura juga tampil dengan album sulung mereka Kekejaman Cinta yang juga menjadi lagu hits mereka.



Tahun 1988 merupakan kemuncak pada kumpulan-kumpulan rock. Banyak kumpulan rock baru muncul pada tahun 1988 selepas era kegemilangan rock bermula tahun 1987. Antara kumpulan-kumpulan rock baru yang muncul pada tahun 1988 adalah Kumpulan Desire, Junction, Urgent, Putra, Medicine, Gersang, Lagenda, Misteri, Justice, Stripes, Loving Born, Victim, Handy Black, Ruhil, Wizards dll.

Manakala kumpulan yang pernah bergabung dalam album Juara-juara rock seperti kumpulan MAY, D'Febians yang kemudian dikenali sebagai Febians, Metalian, Burnmark juga telah muncul dengan album penuh pertama masing-masing.

Kumpulan Wings yang berjaya mendapat sambutan ramai dengan album sulung mereka Belenggu Irama pula tampil dengan album kedua berjudul Hukum Karma yang terus melonjakkan nama Wings di persada muzik Malaysia & Singapura. Lagu hits yang menjadi kesukaan ramai sehingga kini yang terdapat album tersebut adalah Taman Rasyidah Utama, Misteri Mimpi Syakilla, Hukum Karma & Opera Hidup. Gitaris baru Wings, Joe (bekas gitaris kumpulan Scandals) membuat penampilan sulung dalam album ini menggantikan Syam & Tam yang mengundur diri dari kumpulan Wings.

Search pada tahun 1988 menghadapi sedikit masalah disebabkan tindakan mereka yang ingin keluar dari syarikat rakaman Polygram yang pada ketika itu dalam proses melancarkan album ke-4 Search. Album yang diberi judul Berpaling muncul juga walaupun tanpa kehadiran Search. Album tersebut mengandungi lagu seperti Setelah Hujan dan Berpaling. Dalam tahun tersebut juga, 2 anggota Search ditahan pihak polis disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, tetapi kemudian dibebaskan.

Kumpulan Sofea (SYJ) pula tampil dengan album kedua mereka yang berjudul Anak Liar. Album yang diterbitkan dan dipasarkan oleh syarikat rakaman Warnada dan diterbitkan oleh Thomas Ham menampilkan lagu-lagu hits seperti Bunga Padang Pasir dan Suratan Perpisahan yang dinyanyikan oleh Man Rani (pemain bass). Album tersebut juga mendapat sambutan yang hebat daripeminat rock. Sofea menampilkan Amir, Man Rani dan dua anggota baru iaitu Fancy (gitar utama) dan Ujang drum) menggantikan tempat Zam dan Nahar.

Lefthanded pula tampil dengan album ketiga mereka iaitu Qabul. Lagu-lagu dari album ini adalah Maya Persada, Hidup dan Perjuangan dan Restu Yang Abadi. Album tersebut masih menampilkan Ramli Sarip selaku penerbit seperti album sebelumnya.

Bekas penyanyi The Boys, Ella pula tampil dengan album solo pertamanya berjudul Dunia Kehidupan. Album tersebut diterbitkan oleh Ramli Sarip. Lagu-lagu popular dari album tersebut adalah Pengemis Cinta.
Manakala The Boys telah tampil dengan penyanyi baru, Shima dan dikenali Shima & The Boys.

Ramli Sarip pula muncul dengan album solo keempatnya berjudul Istilah. Lagu Istilah Bercinta merupakan lagu hits dari album tersebut.

Kumpulan Rusty Blade turut muncul dengan ketiga mereka Berat. Album tersebut menampilkan lagu-lagu heavy metal seperti Berat, Jarum Yang Halus, Jasa Tok Janggut dan lagu slow rock hit mereka Tercipta Kasihku. Album tersebut diterbitkan sendiri oleh Rusty Blade.



Syarikat Box Office di bawah Ali Bakar turut tampil dengan album kompilasi juara-juara rock dalam album Hikayat Rok. Album tersebut menampilkan kumpulan Angel Hearts, Steeler, Trooper, Saxo, Rythm Machine, D'Riyadh, Hydra, A.S.K, Laser Ray & Sweet Inspiration. Lagu-lagu hits dari album tersebut adalah Ku Kehilanganmu (Angel Hearts) & Dunia Perhitungan (D'Riyadh).


Satu lagi album gabungan kumpulan-kumpulan rock adalah Pancakara di Cakerawala. Album ini menampilkan D'Riyadh, Sallam,
Manakala album Batu-batu Perjuangan menampilkan kumpulan Sallam, Nuzzantara, Firestarter, Figures & Garhana.

Album gabungan War Rock pula menampilkan kumpulan Black City Rockers, Kejora, Stroyer & Dewanga.

Kumpulan Bumiputra Rockers pula muncul dengan album kedua mereka yang diberi judul Bisa. Album tersebut memuatkan banyak lagu hits mereka seperti Seribu Tahun Takkan Mungkin, Aku Hanya Serangga dan Harum Subur di Hati. Dalam album ini Haron menyertai BPR menggantikan Yem C sebagai gitaris kedua.

Pada tahun 1988 juga kumpulan heavy metal terkenal dari Singapura, Rockers tampil dengan album sulung mereka Kekejaman. Album tersebut mengetengahkan rentak heavy metal. Lagu-lagu hits dari album tersebut adalah Memori, Kenangan Cinta Pertama dan Pengorbanan Cinta.





Sumber : catatan-memori.blogspot.com

Monday, 18 September 2017

BIOGRAFI : MODAR




Modar telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Kuala Terengganu. Line up pertama pada waktu itu ialah Lani (Bass/ vokal), Tok Ari (Gitar Utama), Bujor (Gitar) & Nusi (Drum). Pada waktu itu, gig masih lagi belum diadakan secara meluas, hanya irama pop yang berleluasa. Dan jamming studio adalah tempat yang paling hampir keadaannya dengan konsert @ gig. Oleh itu, kebanyakan peminat mereka terpaksa bersesak di dalam ruang yg kecil untuk mendengar lagu dan muzik mereka.
Sekitar Disember 1990, Modar telah kehilangan gitaris asal mereka, Bujor dan tempat itu telah digantikan oleh Mang (kami memanggilnya Lan kini) yang menjadi penggerak utama dalam aktiviti-aktiviti Modar seterusnya. Mang sebelum ini adalah dari band bernama Bota & Orion di Kuala Terengganu dan apabila beliau menjadi ahli Modar, beliau telah mengambil peranan sebagai vokalis. Bermula dari itu, Modar mula memainkan muzik Death Metal dan menjadikan elemen Death sebagai rujukan utama.
Sekitar April 1991, Tok Ari dan Lani telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Modar. Man & Nusi cuba meletakkan Imi (Bass) dan Zombie (Drum), malangnya ia tidak menjadi. Selepas itu mereka menemui Bujal (Drum) dan Nusi menukar posisinya ke Bass. Pada waktu ini, mereka telah menukar nama band ke Demori dan telah merekodkan satu demo tape berjudul "Victims of the Rule" yang memuatkan 4 lagu. Demo ini tidak pernah dikeluarkan untuk umum dan kemudiannya telah dimusnahkan oleh Man. Selepas itu, band tersebut telah mula mendapat identiti sebenar mereka dan aliran muzik mereka dan mereka mula memainkan muzik mereka mengikut interpretasi Doom mereka yang tersendiri.
Dalam Ogos 1991, Tok Ari kembali bersama band di posisi Gitar Utama dan nama band telah dikembalikan ke nama asalnya, Modar. Barisan ahli yg baru ini telah membuat persembahan pertama mereka di setesen bas dan telah berjaya merekodkan satu demo yang berjudul "Inferior Symphony" dengan memuatkan 4 lagu. Man telah membuka studio beliau sendiri yang diberi nama "Neutral Music Studio" dan secara praktikalnya, band tersebut menghabiskan masa mereka di studio setiap malam. Malahan mereka tetap "jamming" walau hanya bertemankan cahaya lilin.
Sekitar September 1991, Tok Ari telah sekali lagi meninggalkan band dan tempat beliau telah digantikan oleh Joe (Bass) dan Nusi telah beralih semula ke posisi Rythm dan vokal. Pada awal tahun 1992, band tersebut telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan telah merekodkan satu demo yang mengandungi 10 lagu. Demo tersebut telah direkodkan di Hellions Studio. Apabila band tersebut kembali ke kampung halaman, mereka telah mengambil keputusan untuk tidak menjual demo tersebut kerana ianya tidak mencapai sesuatu yang mereka inginkan.
Dan pada tahun yang sama (1992), band tersebut telah kembali ke Kuala Lumpur semula dan merekodkan album pertama mereka iaitu "Inferior Symphony" di bawah label FGM Records iaitu anak syarikat kepada Sonic Asylum dan Modar merupakan band yang pertama yang merekodkan album yang berkonsepkan Doom Metal di dalam rantau ini.
Beberapa tahun telah berlalu dan band tersebut telah dibubarkan ekoran daripada komitmen dan masalah pada setiap ahli band. Pada 2006, Lan (Mang) yang pada ketika itu adalah seorang pengajar gitar di salah sebuah kedai gitar di Taman Tun Dr. Ismail telah mengambil keputusan untuk mewujudkan kembali Modar. Malangnya, kebanyakan ahli band sibuk dengan kehidupan peribadi mereka. Lan mengambil keputusan untuk mengambil pelajar di kedai gitar sebagai ahli Modar yang baru.
Lan mengambil keputusan untuk mengambil Ariff (Gitar), Afiq (Bass) dan Gabrielle (Drum) sebagai ahli Modar yang baru. Selepas beberapa sessi 'jamming', Gabriella dengan berat hati terpaksa meninggalkan Modar kerana menyambung pengajian. Dan pada awal tahun 2007, Lan telah mengambil Azman sebagai pengganti pemain Drum Modar. Malangnya, setelah bermain beberapa gig di sekitar Kuala Lumpur, Azman terpaksa meninggalkan band atas sebab-sebab peribadi. Lan telah mengambil tindakan drastik dengan menggantikan tempat Azman dengan salah seorang pelajar beliau iaitu Rashid. Dan ini adalah generasi baru Modar!



Friday, 15 September 2017

BIOGRAFI : Sil Khannaz




Sil Khannaz merupakan sebuah kumpulan metal berat yang diterajui oleh pemuzik-pemuzik berpengalaman dalam arena arus bawah tanah Malaysia. Bermula di negeri Perlis sekitar lewat 80-an dan masih bergiat aktif sehingga sekarang meskipun berlaku pertukaran ahli.

1989–1990
Pada tahun 1988 ,setelah menyelesaikan nya STPM, Jaie pindah ke KL. Namun, ia masih terus berkaitan dengan saudara yang lain di Sil Khannaz. Setiap kali dia mempunyai peluang, ia akan kembali semula ke Perlis dan bergaul dengan ahli band untuk mengejar kepentingan mereka abadi di dalam logam. Tidak lama sesudah itu dan setelah menyelesaikan sekolah mereka, CD Naz & Din juga berhijrah ke KL untuk menyertai Jaie. Namun, Che Mat, tidak dapat bergabung dengan mereka dan harus meninggalkan band kerana fakta bahawa beliau melanjutkan pendidikan musiknya lebih lanjut. Beberapa audisi selanjutnya diadakan dalam rangka untuk mencari pengganti Che Mat's. Beberapa drumer dianggap seperti Kamal dan Dee Katak. Akhirnya, ganti yang berpadanan dijumpai - Lee Space (Tormentor) merupakan pilihan band untuk mengisi lowongan tersebut. Bersama dengan Lee Space, band ini mampu meneruskan perjuangan dan telah membuat beberapa lagu walaupun mereka tahu bahawa pada akhirnya mereka mungkin perlu melepaskan Lee Space kerana ia sekaligus terlibat dan sibuk dengan XPDC (a Hard Rock band komersil), yang di tengah-tengah rakaman album pertama.
Dengan bantuan dari Lee Space, demo pertama Sil Khannaz's "Doctrine to Hell" dirakam dan ditayangkan pada tahun 1990. Demo neraka tercatat sebanyak nakal Studio, berlokasi di Medan MARA, KL. Meski hanya mencatat menggunakan mesin 4-lagu rakaman, demo ini menandakan awal pembukaan Sil Khannaz syaitan dan neraka - penyebaran sayapnya kematian ke empat sudut bumi ini terkutuk.

1991–1993
Pada bulan Julai 1992, mereka merakam dan lancarkan demo kedua mereka, Assassin Led by Blasphemy. Mereka telah menunjukkan banyak perbaikan dibandingkan dengan usaha pertama mereka. Lebih dari 2000 naskhah telah terjual di seluruh dunia. Kejayaan demo ini telah menarik minat daripada Osmose Productions (Perancis) & Vinyl Solutions (Inggeris).Malangnya, kerana kendala kewangan Sil Khannaz, mereka tidak jadi kesempatan emas ini menjadi masuk ke label-label antarabangsa.
Semua itu tidak hilang, Sil Khannaz akhirnya dapat menandatangani kontrak dengan label tempatan, Valentine Sound Productions (VSP). Langkah ini terbukti menjadi sebuah pendekatan yang lebih praktikal & realistik yang menyaksikan fajar baru di awal pusat muzik Sil Khannaz.

1st album: Conception of Madness
Rakaman album debut Sil Khannaz mula pada Disember 92 di King Studio, PJ. Proses rakaman ini adalah pengalaman yang sama sekali baru & bererti bagi mereka kerana mereka kini mempunyai kesempatan untuk bekerja di sebuah studio rakaman nyata profesional, yang bertentangan dengan unit 4-pelacak yang mereka menggunakan untuk demo mereka sebelum ini. Pada bulan Februari 1993 menyaksikan kelahiran banyak ditunggu debut album Sil Khannaz's, 'Conception of Madness', dan itu dikeluarkan dalam format kaset & CD.
'Conception of Madness' juga menetapkan sejarah di dunia musik metal tempatan seperti yang album metal tempatan pertama ekstrim itu yang terdapat dalam format CD edisi terhad. 1500 naskhah edisi terhad dibebaskan & mereka terjual habis dalam waktu 2 bulan selepas dibebaskan. Album ini diedarkan di seluruh dunia melalui Sambungan bawah tanah antarabangsa, antara lain, mereka Osmose Productions (Perancis), Vinyl Solution & Copro (Inggeris), Avantgarde Music (Itali), dan Nazgul Eyrie Production (Jerman). 'Conception of Madness' terjual lebih dari 25.000 unit.
Untuk album ini, band line-up ini CD Naz (Guitar), Jaie (Vokal), Lan "Bye" (Drums) dan dua ahli baru, iaitu Tom Decibel (ex-Suffercation) dan Joe Slaughter (ex-Infernal Death). Kerjasama antara ahli baru dengan garis tua-up telah meninggalkan kesan yang besar di scene metal tempatan untuk sejauh bahawa banyak metalheads tempatan berpendapat bahawa ini adalah album terbaik yang pernah band dan line-up.

Thunder Roar (2015–kini)
Pada 6 September 2015, Sil Khannaz telah mengumumkan bahawa mereka akan keluarkan EP terbaru yang bertajuk Thunder Roar yang menyajikan 4 buah lagu di mana dua daripadanya dalam Bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa ibunda, Bahasa Melayu.[1] Tarikh pelancaran telah diumumkan oleh syarikat rakaman bebas, Mamat Records akan mula beredar di pasaran pada 29 September 2015 dalam bentuk format CD dan kaset terhad kepada 100 salinan. Karya seni yang berbeza digunapakai sebagai penghias kulit hadapan. Setiap pembelian akan turut mendapat poskad percuma, sementara stok masih ada (terhad 1000 keping poskad sahaja).
Pada 29 Januari 2016, Sil Khannaz dan juga The Pilgrims dijadualkan untuk bersatu dalam satu siri jelajah menyusuri beberapa bandar utama di sekitar pantai timur, utara dan juga selatan tanahair. Jelajah ini dinamakan Achtung Riders Thunder Roar Tour 2016 di mana mereka bakal mengadakan persembahan dan tampil dalam konsert yang telah diatur di lokasi-lokasi tertentu dan untuk mempromosikan EP terbaru mereka tersebut.

Sil Khannaz di zaman '80an


Ahli semasa

  • Jaie Jokkhannaz - vokal
  • Dark E - gitar
  • Roy - gitar
  • Hashim Pestilence - bes
  • Adjhezz - dram


Bekas ahli

  • Che' Mat - dram
  • Adi Katak
  • Din Pendita Gila - bes
  • Joe Slaughter - gitar
  • Tom Decibel - bes
  • CD Naz - gitar
  • Lan "Bye" - dram



Diskografi

Album studio

  • Conception of Madness (1993)
  • Gerbang Kayangan (1997)
  • Bara Pawaka (2000)
  • Darah Muda (2003)
  • Berdiri Antara Panji-Panji (2006)

EP

  • Pendita Gila (1995)
  • Thunder Roar (2015)

Demo

  • Doctrine to Hell (1990)
  • Assassin Led By Blasphemy (1992)

DVD dan video

  • Rockumentari (2004)
  • Official Bootleg DVD (2008)

Album himpunan

  • Purnama 13 (1993)
  • Best of Sil Khannaz (2004)

Album langsung

  • Stronger Than Before (1997)
  • 20th Anniversary Live at Planet Hollywood (2007)


Sumber : wikipedia.org


Thursday, 7 September 2017

Sejarah JB Riot





JB riot... terciptanya ia adalah kerana suatu peristiwa yang berlaku pada tahun 1993/1994..peristiwa yang kecil tapi besar impactnya hingga sekarang.Kisahnya bermula apabila AZMI a.k.a LAUT dan ROSMAN aka MAYAT yang kedua duanya SKINHEAD telah terbabit dengan satu pergaduhan diantara mereka dengan seorang pekerja yang bekerja ditempat hiburan keluarga berdekatan foodcourt dalam plaza pelangi.Pergaduhan itu berlaku disebabkan pekerja itu telah memarahi dan memaki Laut hanya kerana bersandar disalah satu mesin slot permainan token.Disebabkan tidak puas hati kerana dimaki,Laut dan Mayat telah memukul pekerja itu dengan sebatang kayu sehingga bocor kepala pekerja itu dan disebabkan itu juga Laut dan Mayat telah ditahan pihak keselamatan Plaza Pelangi.Maka...dengan penahanan tersebut...berlakulah rusuhan yang dimulakan oleh Jepun Jeff El-Fasrah dan Fattah yang kedua duanya PUNK ROCKER diikuti beberapa kawan yang lain(SKINHEAD dan PUNK) .Rusuhan yang berlaku tidaklah sehingga terbakar Plaza Pelangi tetapi hanya seluruh tong sampah dtendang dicampak kebawah....segala apa yang menghalang habis kami langgar..kami merusuh sehingga sampai kepejabat pihak keselamatan . Kami datang berjumpa dengan ketua keselamatan kerana ingin mempertahankan kawan kami.
Sedang kami bertekak,pihak polis akhirnya sampai.Pihak polis menyatakan ini hanya kes terpencil dan boleh diselesaikan tanpa sebarang dakwaan dengan syarat Laut dan Mayat harus meminta maaf terhadap pekerja itu.Disebabkan Laut berasa puncanya bukan dimulakan olehnya, Laut berkeras tidak mahu meminta maaf dan disebabkan itu Laut dan Mayat ditahan polis kerana mereka semakin agresif..mereka dibawa kebalai polis Central..kami kecewa dan kami terus mengikuti mereka ke balai polis demi untuk membela mereka..tetapi pihak polis tidak membenarkan kami mencampuri urusan pihak berkuasa kerana pihak polis ingin melakukan siasatan ..dipendekkan cerita Laut dan Mayat didakwa dan dipenjara selama sebulan .
Demi mengenang kawan kami dan peristiwa yang berlaku...maka..dengan itu wujudlah sebuah legasi yang besar diberi nama J.B. RIOT SQUAD..IANYA LAHIR KERANA DISEBABKAN SEMANGAT SETIAKAWAN YANG MELANGKAUI SEGALANYA.
JB RIOT ..... apa yang aku ingin nyatakan ialah ianya adalah satu semangat setiakawan,..spirit.....aura ....roh dan jatidiri yang bukan dipatches tetapi dihati.

C/P:Ini adalah kisah benar dari salah seorang yang kami hormati..dia antara org² terawal dlm JB RIOT...
Massive Respect to my dear brother Fatah...THE LEGEND...THE FIGHTER....THE BROTHERHOOD....