Death Metal tidak pernah tersisih daripada kelompoknya iaitu Speed, Power, Thrash, Doom atau sebagainya. Pada awalnya 'genre' Death Metal dipecahkan dari cabanh muzik Speed Metal dan Thrash Metal!. Bezanya antara irama Death Metal diolah dari Speed Metal, iaitu Death Metal menggunakan 'double bass' tetapi ianya tidak mengikut tempo seperti mana Speed Metal dan di sinilah ianya 'diklasifikasikan' sebagai Death Metal!. Persamaan itu sememangnya ada, cuma yang membezakannya ialah penggunaan temponya yang 'speed' manakala Death Metal 'double bass'nya dipelbagaikan dan lebih agresif.
Tetapi apakah sebenarnya Death Metal dari percatuan irama Thrash Metal?? Bagaimana pula Death Metal boleh dikatakan sealiran dengan Thrash Metal tetapi terpisah dua? Apakah bezanya Death Metal dengankesimabungan Thrash Metal? wujudnya Death Metal adalah dari salah satu kategori ekstrim Metal dipertengahan '80an dan diera Thrash/ekstrim Metal sedang memuncak, lahirlah bermacam-macam jenis kumpulan Metal yang mencari kelainan diantara satu sama lain. Tidak dapat dinafikan irama Detah Metal adalah lanjutan daripada muzik irama Thrash Metal yang telah diganaskan struktur muziknya.
Diagresifkan dari segi riff gitar, sound, penyusunan, vokal dan imej. Pendek kata Death Metal adalah muzik yang paling ekstrim dalam dunia hiburan Metal dan Death Metal adalah muzik yang sehabis ekstrim dari segala aspek. Selepas album pertama Possessed 'Seven Chruches'(1985), muzik Death Metal dapat mencari arahnya sendiri. Pada mulanya apa yang dikatakan Death Metal ialah agresif dan ekstrim, agresif untuk muzik dan ekstrim untuk imej dan lirik mereka. Irama Death Metal ialah penyusunan muzik yang agresif dari segala segi, pukulan drum yang kencang lagi laju (yang diadaptasikan daripada Thrash Metal), tone suara garau (kadang kala ada yang normal), riffing gitar yang laju dan distortion, sound yang bising serta berat dan muzik yang dimainkan seagresif yang boleh. Lirik Death Metal adalah bertemakan 'kematian, pemujaan, mitos, alam ghaib, gore, tahyul dan penekanan utamanya ialah tentang kematian bersesuaian dengan tema Death Metal itu sendiri.
Inilah apa yang dikatakan Death Metal pada tahun '80an, setiap kumpulan Death Metal dimestikan 'brutal', agresif, ekstrim dan liriknya perlulah berkaitan tentang topik Death Metal seperti yang diterangkan diatas. Jika tidak ianya bukan Death Metal! inilah ciri-ciri dan faktor yang sangat diambil berat oleh kumpulan perintis serta apa yang dikatakan dan digelar pada hari ini sebagai 'Old School Death Metal'. Selepas pertengahan '80an boleh dikatakan 'genre' Death Metal terbentuk yang dibawa dan dieksperimentalkan oleh kumpulan-kumpulan lagenda seperti Celtic Frost, Possessed, Morbid Angel dan Repulsion.
Tamadun Death Metal
Bermula intipati Death Metal yang dirintiskan oleh golongan pelopor Death Metal amat rumit untuk ditekankan siapakah yang mula 'mengagau' satu 'tamadun' Death Metal yang sebenar. Kuasa-kuasa induk dan tamdun di dalam muzik death Metal telah membuka penempatan di dalam dunia muzik Metal disekitar anatara 1984 hingga 1985. Tamadun paling awal Death Metal dimulakan oleh sekelompok awal yang merupakan saru generasi dengan kumpulan-kumpulan pertama yang 'meratah' muzik Thrash Metal seperti Slayer, Metallica, Exodus, Overkill dan lain-lain lagi.
Pembukaan lembaran untuk sejarah Death metal ialah produk sulung dari Celtic Frost melalui album mini mereka 'Morbid Tales' pada tahun 1984. Album mini ini campuran muzik Death, Heavy dan Doom Metal tetapi pada asasnya ialah Death Metal! Selain Celtic Frost, album pertama Bathory 'Bathory'(1984) juga diilhamkan sebagai album Death Metal pertama walaupun album ini lebih menyeluruh kepada Thrash/Black Metal. Tanggapan lain menyatakan lagu 'Captor Of Sin' dari Slayer melalui album single mereka 'Haunting The Chapel'(1984) adalah lagu Death Metal yang paling awal dicipta. Kegagahan dan kelajuan permainan muzik dipacu oleh Destruction dalam mini album 'Sentenced Of Death'(1984) juga mengutarakan elemeb-elemen Death Metal walaupun pada hakikatnya ianya ialah sebuah album Thrash Metal yang unik.
Secara kebetulan ditahun yang sama (1984) Noise Records mengeluarkan sebuah album kompilasi bertajuk 'Death Metal' yang memuatkan kumpulan seperti Halloween, Avenger, Hellhammer dan Running Wild. apakah kaitanya kumpulan-kumpulan ini secara langsung atau tidak langsung dengan muzik Death Metal? selain tajuknya 'Death Metal' sebenarnya muzik kumpulan tersebut merupakan akar umbi muzik Death Metal. Di ketika itu (1984), kumpulan yang mengutarakan penggunaan 'double bass' yang ketara dan agresif digelar Death metal walaupun kumpulan ini layak digelar Speed Metal tetapi akar umbinya bermula disini. Inilah yang cuba ditampilkan oleh Noise Records tentang apa yang dikatakan Death Metal pada ketika itu (1984).
Beralih kepada kumpulan-kumpulan yang baru memulakan karrier dalam arena underground, misalnya kumpulan Possessed. Di arena underground ketika itu, amukkan Possessed telah mengencangkan lagi angin-angin Death Metal yang baru bertiup melalui demo pertama mereka bertajuk 'Death Metal'(1984). Di dalam demo ini mengandungi 4 buah lagu yang sangat agresif dari segi penyusunan, riffing gitar, sound yang berat dan lirik yang bertemakan kematian, kegelapan, alam ghaib dan pemujaan. Possessed adalah nama yang tidak dapat ditumbangkan dalam pengglobalisasian muzik Death Metal! sebuah demo yang berintipatikan Death Metal ialah demo 'Surrender Or Die' dari kumpulan Slaughter. Kumpulan Morbid Angel juga ditubuhkan pada tahun 1984, seiringan dengan kumpulan Mantas yang baru menjejakkan kakinya ke alam underground. Mantas kemudian menukarkan nama kepada Death!, kumpulan Death adalah salah satu perintis irama Death Metal. 'Death By Metal' adalah demo sulung untuk tahun 1983 manakala demo kedua 'Infernal Death' telah mengetarakan ciri-ciri Death Metal.
Selain demo-demo tersebut yang dijadikan contoh untuk mengenalpastikan kedatangan muzik Death Metal, demo sulung dari Executioner tidak dapat dikecualikan berintipatikan muzik Death Metal, Executioner kini dikenali sebagai 'Obituary'. Begitu juga dengan demo Repulsion, Necrophagia, Master, Sarcofago dan sebagainya, muzik Death Metal 'dihiris' sehingga menjadi tajam dan menjadi satu bentuk muzikal yang begitu efectif untuk tahun-tahun berikutnya. Pada pandangan saya, merujuk kepada fakta-fakta dan produk-produk yang dikeluarkan pada tahun 1984, irama Death Metal dengan rasminya lahir pada tahun 1984 dan di sinilah bermula apa yang dipanggil 'genre' Death Metal! Death Metal dicipta pada tahun 1984 , revolusinya merebak pada tahun 1985.
Seterusnya selepas pertengahan '80an Death Metal bergerak secara perlahan-lahan dalam industri muzik ekstrim Metal kerana kemarukan irama Thrash Metal yang tidak dapat dibendung tetapi Death Metal terus merayap cerdas dalam kroni-kroni underground. 1985, sejarah Death Metal diperkukuhkan lagi dengan sejarah baru dicatitkan oleh kumpulan-kumpulan pelopor. Merujuk kepada 'gedung sejarah' Death Metal, Celtic frost dirujuk sebagai perasmi dengan mengeluarkan album pertama mereka 'To Mega Therion'(1985). Keaslian sebenar Death metal terserlah dalam 'To Mega Therion' dan ini merupakan jawapan untuk generasi Death Metal yang ada ketika itu serta inilah album Death Metal pertama yang sebenar-benarnya dari rekabentuk dan reformasi muzik Speed Meta! kehangatan muzik Thrash Metal adalah penyebab kenapa terbentuknya 'genre' Death Metal. Kumpulan Possessed menambahkan lagi catatan sejarah Death metal apabila album pertama 'Seven Chruches' dipasarkan pada tahun 1985.
Bermula dari album ini boleh dikatakan operasi pembentukkan Death Metal dibentuk, album ini mengutarakan riffing gitar dan solo yang laju, penyusunan muzik yang berat serta agresif, suara yang mempunyai 'tone', sound muzik muzik yang cukup berat lagi bising serta muzik Thrash Metal dilajukan 'seekstrim' yang boleh. Possessed mendapat gelaran sebagai sebuah kumpulan Death Metal melalui cara perantaraanya. Berpandukan album ini jangkaan dibuat bahawa Death Metal mendapat gelarannya daripada album 'Seven Churches'. Tahun 1985 telah menampakkan gugusan kejadian Death Metal yang ketara, perkataan Death Metal mula digunakan secara meluas diseluruh dunia. Penggunaan istilah 'Death Metal' terdampar didalam album pertama Onslought 'Power From Hell'(1985), dimana album ini seperti mahu memperkenalkan muzik Death Metal, jika dilihat daripada salah satu lagunya yang bertajuk 'Death Metal'.
Lagu tersebut dan kebanyakkan yang ada dalam 'Power From Hell' lebih berorientasikan muzik Death/Thrash Metal atau agresif Thrash Metal yang menuju kepada penciptaan tadisi Death Metal ala-Possessed! Kemunculan Sepultura sebagai 'graduan' Death Metal walaupun untuk sementara , melalui album 'Bestial Devastation'(1985) telah menaikkan 'darjat' irama Death Metal menjadi corta perlembagaan dalam muzik Metal yang keras. Bestial Devastation berhak dikatakan sebagai bercirikan Death Metal meskipun kategori Thrash Metal lebih membayangi muzik mereka. Walaupun kita lihat Celtic Frost, Possessed atau sepultura telah mencorakkan impak yang cukup besar dalam mewarnai muzik Death Metal, itu semua hanya setimpal apabila dinilai dari album-album pertama mereka kerana produk mereka yang seterusnya lebih kepada Thrash Metal dan eksperimentasi! Slayer dan Venom pernah digelar Death Metal di waktu karier mereka baru bersinar.
Begitu juga Destruction, apabila album pertama dikeluarkan iaitu 'Infernal Overkill'(1995), wakil pengedar album mereka Combat Records mengelarkan Destruction sebagai 'penghulu' yang mengetuai pergerakkan Death Metal di Jerman pada waktu itu. Hakikat sebenar Destruction adalah cetusan pergerakkan awal Thrash Metal di Jerman, Combat Records juga menspekulasikan kumpulan Bathory, Running Wild, Iron Angel dan Possessed sebagai 'warga' Death Metal dalam arena ekstrim Metal! Selama ini ketentuan yang jitu tidak dapat direncanakan bilakah Death Metal sebenar-benarnya muncul. Melalui teori METAL GEMPUR dan kesahihan yang dikumpulkan di atas, bahawa tamadun Death Metal bermula diantara tahun 1984 dan 1985. Tamadun telah dimulakan, bagaimana pula sejarah pelopor muzik Death Metal setelah mengembeling irama Death Metal selepas tamadunnya diimplikasikan??
0 comments :
Post a Comment