Thursday 4 May 2017

BIOGRAFI: Muse




Muse adalah kumpulan band rock popular asal Inggeris yang dibentuk sejak tahun 1994. Muse berasal dari bandar Teignmouth, Devon, Inggeris dan terdiri daripada Matthew Bellamy (vokal dan gitar), Christopher Wolstenholme (bass) dan Dominic Howard (drum). Muse mengusung aliran rock dan banyak membawakan variasi genre muzik lain seperti alternative rock, progressive rock, space rock, progressive metal dan symphony rock, serta beberapa muzik classic dan opera. Pada masa ini, Muse menjadi salah satu band yang paling terkenal dan popular dan menjadi salah satu band terbaik di era moden. Mereka telah mengeluarkan total 7 album studio, 4 album live dan beberapa album kompilasi. Muse dikenali sebagai kumpulan band dengan penampilan konsert dan pakar live show yang menakjubkan dan megah.

Muse pertama mengeluarkan album sulungnya, Showbiz pada tahun 1999. Album ini lebih banyak mengandungi muzik yang sayu dan lirik yang bercerita tentang hubungan antar manusia. Di album keduanya, Origin of Symmetry pada tahun 2001, Muse banyak bereksperimen dengan jenis alat muzik yang aneh dan tidak biasa seperti loceng gereja hingga tulang binatang. Origin Symmetry juga banyak mengandungi lirik tentang akhir dunia. Namun album ini mendapat penilaian yang positif, dan beberapa lagunya seperti Plug In Baby menjadi hits yang berjaya. Di tahun 2003, Absolution dikeluarkan sebagai album studio ketiga Muse. Album ini menghasilkan 6 single termasuk beberapa lagu yang berjaya mencapai top ten carta seperti Hysteria dan Time Is Running Out.

Album keempat Muse dikeluarkan tahun 2006 dengan nama Black Holes and Revelations. Album ini menduduki kedudukan pertama carta album di beberapa negara seperti United Kingdom dan Australia. Beberapa singlenya juga menjadi hits antarabangsa seperti Supermassive Black Hole, Starlight dan Knight of Cydonia. Lagu-lagu tersebut sering menjadi signature songs band ini dalam beberapa konsert mereka dan menjadi lagu hits tahun 2000-an. Album kelima The Resistance dikeluarkan tahun 2009 dengan single Uprising sebagai lagu andalan. The Resistance menjadi album paling laris Muse hingga sekarang. Album ini banyak dipuji kerana mengandungi tiga lagu simponi klasik berterusan dalam tiga bahagian, Exogenesis: Symphony. Album ini juga berjaya meraih anugerah Grammy kategori Best Rock Album.

Muse lalu merilis album studio keenam, The 2nd Law di tahun 2012 lalu dengan sejumlah single seperti Madness, Panic Station dan Animals. Mereka juga dipercayai mengisi lagu tema soundtrack Sukan Olimpik 2012 di London yang berjudul survial. Muse lalu merilis album ketujuhnya, Drones, pada tahun 2015. Album ini pun berjaya meraih anugerah Grammy Awards dalam kategori Best Rock Album.

Diskografi Album Muse
Showbiz (1999)
Origin of Symmetry (2001)
Absolution (2003)
Black Holes and Revelations (2006)
The Resistance (2009)
The 2nd Law (2012)
Drones (2015)

Setakat ini, Muse telah mengeluarkan 7 album studio dan beberapa album kompilasi lain. Muse juga dikenali terutama berkat penampilan live nya yang megah dan menakjubkan hingga banyak yang menyifatkan Muse sebagai 'Best Live Act Bands'. Mereka pun banyak menerima anugerah termasuk anugerah Grammy Awards, MTV Europe Music Awards, MTV Video Music Awards dan lain-lain. Tak hairan jika ramai yang beranggapan bahawa Muse termasuk salah satu band rock paling ikonik di era moden.


Muse - Starlight

0 comments :

Post a Comment