Saturday 6 May 2017

Sejarah Heavy Metal & Hard Rock Malaysia


Heavy Metal & Hard Rock Malaysia 1980-an


Muzik Rock di Malaysia meletus apabila konsert Battle Of The Band 1986 & Album berjudul sama keluar. Sebelum itu Hanya band Sweet Charity & Search (1985) sahaja band hard rock di Malaysia. Album Battle Of The Band Di rakam oleh band Lefthanded, Bloodshed, Ella & The Boys, SYJ & Rahim Maarof & WhiteSteel (bukan Whitesnake). Konsert "Battle Of The Band 1986" pernah menjadi kontroversi kerana rusuhan penonton di konsert itu. Tahun 1987 keluar pula Album "Juara Juara Rock" yang di rakam oleh band May, D'Febian, Burnmark & Metalian. Muzik dari band rock awal Malaysia adalah inspirasi dari Hard Rock & Heavy Metal Amerika Juga Eropah seperti Iron Maiden, Dio, Scorpion, Van Halen, Motley Crue, Rising Force (Yngwie Malmsteen), Deep Purple, Led Zeppelin, Rolling Stone & dari banyak lagi lah band Amerika & Eropah hingga tak terkira. LeftHanded contohnya mengambil petikan gitar solo dari lagu Iron Maiden & Budgie untuk lagu Debunga Wangi & Kenangan Bersama mu (Prodigal Son-Iron Maiden & I turned To Stone -- Budgie)

Band SYJ -- imej & muzik mereka seperti Motley Crue. Search merakam balik lagu Nombor & Sirih & Gambir dari Tokyo-EarthShaker & You Really Got Me --Van Halen. Banyak lagu Rock Rancak & rock Ballad Melayu terbaik adalah dari Search & Band rock lain diawal kemunculan mereka. Selepas itu muncul banyak lagi band Rock lain di akhir tahun 1980an seperti Wings, Bumiputra Rockers & banyak lagi lah tak terkira juga banyak. Tahun 90an Masih ada juga band rock muncul tapi muzik mereka sudah berubah hanya lagu rentak perlahan menjadi kesukaan ramai. Hampir di gantikan oleh muzik rock gelombang baru dari Band alternative Rock. Di tahun 2000 ke atas pop rock Indonesia pula menjadi kegemaran. Walaupun begitu band seperti Search & Wings masih aktif membuat persembahan sepanjang 1990an -- 2000 hingga sekarang.

SYJ 1986

0 comments :

Post a Comment