Saturday 29 April 2017

Sejarah Muzik Punk





Punk rock bukan muzik genre Ska, tetapi adalah gerakan musik rock yang berkembang sekitar tahun 1974-1975 di negara Amerika, Australia dan United Kingdom. Dipelopori oleh Ramones, Sex Pistols, The Damned, dan The Clash. Gerakan muzik Punk mmembangkit semula muzik rock 1960-an seperti The Beatles, Beach Boys & Herman's Hermit. Kelompok punk sering meniru struktur musik sederhana seperti musik garage rock dari tahun 1960-an. Biasanya mereka terdiri dari satu drum kit, satu atau dua electric guitar, satu electric bass, dan vocals. Drums biasanya hanya memiliki satu snare drum, satu tom, satu floor tom, satu bass drum, hi-hats, satu atau dua crash cymbal dan satu ride cymbal & menggunakan hanya 3 atau 4 chord yang ringkas. Gerakan punk rock 70an ecara tidak langsung membangkitkan semula muzik 1960an pada 1980an di barat. 

The Kinks
Garage rock kumpulan rock yang berlatih di garage pada pertengahan 1960an di kenali sebagai pemula genre punk rock mula tumbuh di sekitar USA contoh The Kingsmen- lagu cover Louie Louie 1963. Garage rock kemudian dipengaruhi rock british seperti The Kinks -- You Really Got Me & All Day & All Night dikatakan asal usul kepada "lagu 3 chord punk rock". Juga lagu I Can't Explain dari The Who. Kalau anda ingat lagu 'Wild Thing", dari The Troggs itu adalah salah satu dari lagu permulaanya punk rock (proto punk). Punk Rock juga yang memperkenalkan kembali fashion seluar ketat awal 1960an. pada pertengahan 1970an.

CBGB Club New York City
CGBG club muzik Country, Blue Grass And Blues di New York menjadi forum kepada muzik punk rock bermula pada 1974. Club itu tujuan asal adalah untuk menonjolkan music pelbagai jenis tetapi kemudiannya menjadi forum band punk rock & new wave amerika seperti Ramones,MisfitsTelevision, the Patti Smith Group, Mink DeVille, The Dead Boys, The Dictators, The Fleshtones, The Voidoids, The Cramps, Blondie, The Shirts, and Talking Heads. Dalam beberapa tahun kemudian di kenali sebagai Hardcore punk dengan band sepertiAgnostic Front, Bad Brains, Murphy's Law, Cro-Mags, Warzone, Gorilla Biscuits, Sick of It All, dan Youth of Today bermain di sana.

The Exploited
Muzik punk kemudian menular ke United Kingdom dengan band seperti Sex Pistol. Akhir 1970an gelombang kedua punk British seperti Cockney Rejects, Angelic Upstart, The Exploited & The 4-Skins muncul. Style mereka mulanya dikenali sebagai punkrock tulin atau street punk. Kerana tabiat mereka yang suka berteriak Oi! Oi! Oi! Sebelum lagu di nyanyikan maka mereka telah di label muzik punk genre Oi!. Cockney Reject bukan band skinhead, tapi band Oi! Punk.
Cockney adalah salah satu daripadanya yang dipertuturkan oleh penduduk timur London. Terdapat lebih dari 49 dialect English di United Kingdom.

Banyak lagi genre punk seperti anarcho-punk & pop punk muncul tahun 1980an. Band seperti Black Flag & Minuteman telah mula meninggalkan ciri ciri muzik punk & mula di kategori Alternative Rock pada 1990an. Ahli muzik grunge Nirvana pernah berkata Punk Rock banyak mempengaruhi style muzik mereka. Popularity band yg di pengaruhi punk -- Nivana, Pearl Jam & Red Hot Chili Peppers memarakkan lagi kemunculan Alternative Rock pada awal & pertengahan 1990an. 1993 Green Day & Bad Religion muncul Dengan imej & style punk rock revival (di hidupkan semula dari post punk 1980an) 1998 Offspring Americana mencecah penjualan tempat kedua di carta. Lagu Pretty fly (For A White Guy) di download 22 juta kali di internet. Blink 182 tempat 4 di Billboard Hot 100. . Keuntungan dari penjualan album Green Day, Dookie & lain band telah membuka jalan kepada punk band yang lain bertapak di Amerika Utara.

Offspring

0 comments :

Post a Comment