Monday, 1 May 2017

BIOGRAFI: Bob Marley




Bob Marley dilahirkan dengan nama Nesta Robert Marley OM. Ia lahir pada 6 Februari 1945 dan kemudian meninggal dunia pada 11 Mei 1981 di usia 36 tahun. Bob Marley adalah penyanyi dan penulis lagu asal Jamaica, yang meraih kejayaan di peringkat antarabangsa sebagai penyanyi dengan mengambil genre muzik reggae, yang sebelumnya tidak popular. Ia pun disebut-sebut sebagai pemuzik reggae terbesar dan terbaik sepanjang masa, dan turut mempopularkan muzik reggae hingga tersebar ke seluruh dunia.

Biodata Bob Marley
Nama lahir: Nesta Robert Marley
Nama popular: Bob Marley
Tempat lahir: Nine Mile, Saint Ann, Jamaica
Tarikh lahir: 6 Februari 1945
Tempat meninggal: Miami, Florida, Amerika
Tarikh meninggal: 11 Mei 1981 (umur 36)
Genre: Reggae, Ska, Rocksteady
Pekerjaan: Penyanyi, penulis lagu, pemuzik, pemain gitar
Instrument: Vokal, gitar, perkusi
Tahun aktif: 1962-1981

Biografi Bob Marley
Bob Marley memulakan kerjaya bermusiknya pada 1963 dengan kumpulannya bernama the Wailers (biasa disebut Bob Marley and the Wailers). Namun setelah the Wailers bubar pada tahun 1974, ia memutuskan untuk bersolo kerjaya. Dan setelah mengeluarkan album Exodus pada tahun 1977, Bob Marley mampu mempertahankan kepopularannya di seluruh dunia. Album tersebut banyak mengandungi lagu terbaik Bob Marley. Ia pun menjadi salah satu penyanyi 70-an yang terbaik dan mencapai puncak populariti berkat lagu-lagu reggaenya. Selama kerjayanya, Bob Marley telah mengeluarkan 13 album studio dan 2 album live, baik ketika masih bersama The Wailers maupun saat bersolo kerjaya.


Diskografi Album Bob Marley
The Wailing Wailers (1965)
Soul Rebels (1970)
Soul Revolution (1971)
The Best of the Wailers (1971)
Catch a Fire (1973)
Burnin '(1973)
Nasty Dread (1974)
Rastaman Vibration (1976)
Exodus (1977)
Kaya (1978)
Survival (1979)
Uprising (1980)
Confrontation (1983)

Bob Marley Meninggal
Bob Marley meninggal dunia pada 11 Mei 1981 di Miami pada usia 36 tahun. Punca kematiannya adalah kerana radang paru-paru dan otak yang kian merebak. Kata-kata terakhir yang ia ucapkan kepada anaknya, Ziggy, adalah 'Wang tidak boleh membeli kehidupan.' Setelah kematiannya, dunia muzik berduka kerana saat itu Bob Marley memang sedang berada di puncak populariti.

Bob Marley juga banyak mendapat anugerah selepas kematiannya. Dia diperkenalkan dalam Hollywood Walk of Fame pada 2001. Di tahun yang sama, ia mendapat penganugrahan Grammy Lifetime Achievement Award. Majalah Time juga turut memberi penghargaan pada album Bob Marley, Exodus (1977) yang terpilih sebagai Album of the Century. Majalah muzik Rolling Stone pun meletakkan Bob Marley di urutan 11 dalam senarai 100 greatest artists of all time. Lagunya yang berjudul No Woman No Cry pun seakan menjadi lagu wajib dari muzik reggae itu sendiri. Hingga kini, Bob Marley pun dianggap sebagai artis terbesar dalam dunia muzik reggae dan turut mempopularkan muzik reggae di industri muzik seluruh dunia.



Bob Marley - No Woman no cry


0 comments :

Post a Comment