Tuesday, 2 May 2017

BIOGRAFI: Linkin Park




Linkin Park adalah band rock asal Amerika yang dibentuk di California tahun 1996. Pada masa ini, anggota Linkin Park terdiri daripada Chester Bennington (vokal utama), Mike Shinoda (gitar, keyboard, vokal, rap), Dave Farrell 'Phoenix' (bass), Brad Delson (gitar), Rob Bourdon (drum) dan Joe Hahn (turntables). Linkin Park menggabungkan muzik alternative rock dengan muzik rap oleh Mike Shinoda serta muzik DJ turntables oleh Joe Hahn. Mereka juga banyak membawakan genre muzik seperti nu metal, rap rock, electronic dan hip hop.

Linkin Park pertama dikenali berkat kejayaan album debut Hybrid Theory di tahun 2000. Mereka juga dikenali sebagai band dengan prestasi live konsert yang luar biasa dan memukau. Pada masa ini, Linkin Park juga termasuk salah satu band alternative rock terbaik di dunia. Mereka mempunyai banyak fanbase yang disebut Linkin Park Underground, terutama di Eropah dan Asia.

Linkin Park merilis album debut, Hybrid Theory di tahun 2000 yang kemudian menjadi sukses secara antarabangsa dan membuat Linkin Park meraih kejayaan global. Kejayaan Hybrid Theory diiikuti oleh album kedua Meteora yang dikeluarkan di tahun 2003. Kejayaan dua album pertama Linkin Park yang kental dengan muzik nu metal dan rap rock ini membuat nama Linkin Park bertaraf antarabangsa. Beberapa lagu dan single hits terbaik dan paling popular Linkin Park daripada dua album awal ini antara lain adalah In the End, Crawling, One Step Closer, faint, Breaking the Habit, Somewhere I Belong dan Numb yang juga termasuk dalam list lagu terbaik era 2000-an .

Setelah perilisan dua album awal, Linkin Park bereksperimen dan mencuba genre dan gaya muzik baru di album ketiganya, Minutes to Midnight yang dikeluarkan tahun 2007. Album ini cukup berjaya dan menghasilkan lima single termasuk What I'VE DONE dan Bleed It Out. Linkin Park lalu menerbitkan album keempat di tahun 2010 berjudul A Thousand Suns yang lebih banyak menggunakan muzik electronic dan beat. Album studio kelima mereka, Living Things dikeluarkan tahun 2012 lalu. Di tahun 2014, mereka mengeluarkan album keenam mereka, The Hunting Party.

Diskografi Album Linkin Park

- Hybrid Theory (2000)
- Meteora (2003)
- Minutes to Midnight (2007)
- A Thousand Suns (2010)
- Living Things (2012)
- The Hunting Party (2014)

Setakat ini, Linkin Park telah mengeluarkan lima album studio. Mereka juga telah beberapa kali berkolaborasi dengan artis lain, yang paling popular dengan rapper Jay-Z di album EP Collision Course. Linkin Park juga dikenali sebagai pengisi soundtrack filem siri Transformers. Tiga lagunya, iaitu What I'VE DONE (Transformers, 2007), New Divide (Transformers: Revenge of the Fallen, 2009) dan Iridescent (Transformers: The Dark of the Moon, 2011) dijadikan soundtrack filem Transformers.

Di tahun 2003, MTV2 memilih Linkin Park sebagai band terbaik ketiga di era muzik video dan ketiga di era millenium. Billboard meletakkan Linkin Park di kedudukan 19 dalam Best Artists of the Decade chart. Linkin Park juga terpilih sebagai greatest artists of the 2000s versi VH1. Dengan segala pencapaian dan populariti yang mereka raih, kini Linkin Park menjadi salah satu kumpulan band rock terbaik di era moden.


Linkin Park - New Divide


0 comments :

Post a Comment