Tuesday 25 April 2017

BIOGRAFI: Kurt Cobain




Kurt Donald Cobain dilahirkan pada 20 Februari 1967 di hospital umum Grays Harbor-Aberdeen Washington Amerika Syarikat dan di kota inilah Kurt menghabiskan masa kecilnya.Kurt merupakan putera dari pasangan Donald Cobain seorang Amerika yang bekerja sebagai mekanik dan Wendy O'Connor seorang wanita keturunan Ireland.

Sejak kecil Kurt sudah menunjukkan bakatnya di bidang seni dan pada awalnya ia suka menggambar sehingga berkembang ke arah muzik dan disaat usianya enam tahun Kurt bahkan dengan mudah memainkan nada yang baru saja ia dengar dari radio dengan menggunakan piano.

Ketegangan dan perselisihan orang tua Kurt yang kemudian berakhir dengan perceraian pada tahun 1976 apabila Kurt masih berusia sembilan tahun Sejak perceraian itu Kurt menjadi anak yang pendiam dari sebelumnya ia juga lebih suka menyendiri yang di kemudian hari perceraian ibu bapanya ini diungkapkan dalam salah satu lagu Nirvana yang berjudul serve The Servants yang terkandung di album In Utero yang dikeluarkan tahun 1993.

Memasuki tahun 1981 ketika berusia 14 tahun Kurt tertarik dengan filem ia mula membuat sendiri filem-filem karyanya dengan menggunakan kamera video milik ibu bapanya karya-karyanya kebanyakan bernuansa gelap dan kematian Kurt bahkan membuat sebuah filem yang dilakonkan sendiri olehnya dimana ia melakukan lakonan bunuh diri dengan menyayat nadinya kecenderungan Kurt akan kematian juga nampak pada sebuah perbualan dengan seorang rakannya John Fields di mana Kurt mengatakan bahawa ia ingin menjadi pemuzik terkenal dan kemudian mati bunuh diri di tengah keterangannya.

Pada masa-masa ini juga Kurt mula mengenal dadah walaupun belum sampai taraf yang membimbangkan. Kurt menggunakan ubat-ubatan itu untuk sedikit membantunya melupakan kesan psikologi yang dirasakannya akibat perceraian ibu bapanya. Kurt mulai berpindah-pindah tempat tinggal hingga akhirnya ia memutuskan untuk tinggal di rumah bapa saudaranya Chuck yang juga mempunyai band. Kurt kemudian diajar bermain gitar oleh Warren Mason gitaris band bapa saudaranya ketika itu Kurt minta diajar memainkan lagu Stairway To Heaven milik Led Zeppelin.

Konsert The Melvins merupakan sebuah band punk tempatan asal Montesano yang kemudian mengubah haluan muzik Kurt. The Melvins sendiri ketika itu begitu disegani di Montesano, Aberdeen dan Olympia. Vokalisnya Buzz Osborne mengenal Kurt sebagai peribadi yang unik saat mengulas berjaya Nirvana. Buzz mengatakan bahawa Kurt tadinya seperti kanak-kanak yang tak punya masa depan tapi muzik kemudian mengubahnya menjadi jutawan.

Penampilan perdana Kurt dan Krist berlaku pada bulan Mac 1987 yang sekaligus menobatkan formasi awal Nirvana yang terdiri atas Kurt. Krist dan seorang penabuh gendang bernama Aaron Burkhard Waktu itu mereka belum memakai nama Nirvana ada banyak nama yang mereka pakai pada awal kerjaya mereka dan mereka memakai lilitan di setiap konsert.

Nama Nirvana baru muncul pada tahun 1988, ketika Kurt mencari nama itu dari sebuah tayangan televisyen tengah malam yang menyiarkan mengenai program agama Budha yang bererti pencapaian kesempurnaan pada November 1988. Single pertama Nirvana Love Buzz pun diedarkan pada kalangan terhad Kurt sendiri yang kemudian menyerahkan salah satu copynya kepada radio KCMU untuk dimainkan. Selepas itu Kurt segera mendengar radio dan setelah berjam-jam gelisah kerana lagunya tak akan dimainkan hingga Kurt perlu menelefon dari sebuah telefon awam dan merequest lagunya sendiri, barulah kemudian lagu tersebut menyiarkan salah satu ironi terbesar seorang bintang Rock besar pada awal kerjayanya sempat merequest sendiri lagunya di sebuah radio

Pada awal 1991 Nirvana pindah label dari Sub Pop ke DGC (David Geffen Company) sebuah label mayor dengan pengedaran lebih luas dan dana lebih besar salah satu orbitan paling berjaya DGC adalah Guns N Roses. Nirvana juga bergabung dengan Gold Mountain sebuah syarikat pengurusan artis di mana Sonic Youth, band punk kontemporari yang dikagumi Kurt. Nirvana pun meneruskan perjalanannya dengan mengeluarkan album kedua yang berjudul Nevermind yang dirakam pada mei 1991 dan selesai sebulan kemudian.

Inilah album legenda dan luar biasa yang kemudian melambungkan nama Nirvana ke setanding muzik antarabangsa. Lagu-lagu yang terdapat di album ini bercerita tentang Tobi Vail vokalis band punk. Bikini Kill perempuan yang sangat disukai Kurt bahkan sepanjang tahun 1990-1991 hampir semua lagu yang dibuatnya selalu bercerita tentang Tobi meski demikian Tobi ternyata tak dapat sepenuhnya menerima Kurt. Kurt akhirnya dekat dengan seorang wanita bernama Courtney Love vokalis band post punk, Hole dan dalam tahun ini juga heroin terus mengiringi hidup Kurt.



Nevermind dikeluarkan pada 24 September 1991 diluar dugaan, album bercover gambar seorang bayi yang sedang menyelam ini telah terjual hingga mencapai 500,000 keping pada hari Helloween 31 Oktober 1991. Nirvana pun mendapat penghargaan piring emas pada masa inilah seluruh radio Amerika, Eropah, Australia, Jepun, Brazil dan di negara-negara lain serentak memainkan terus-menerus single Smells Like Teen Spirit. Kurt kini sudah tak perlu lagi menelefon radio memohon agar lagunya dimainkan, video klip Smells Like Teen Spirit pun memasuki masa mengudara dengan frekuensi terbanyak pada awal tahun 1992

Di Malaysia sendiri populariti Nirvana berjaya menyaingi populariti Guns N Roses, Metallica dan Sepultura yang pada masa-masa itu memang sangat terkenal di Malaysia. Namun pada Januari itu juga ketagihan Kurt terhadap heroin makin parah dalam satu sesi pemotretan. Kurt sampai tak sanggup berdiri tegak dan hanya tertunduk terus-menerus moment semacam inilah yang akan terus berulang dan mewarnai lembaran kerjaya Nirvana seterusnya.

Kurt dan Courtney berkahwin pada 24 Februari 1992 di Pantai Waikiki, Hawaii. Ketika itu Courtney sudah mengandung. Sementara itu, pada April 1992 Nirvana untuk pertama kalinya tampil di cover majalah Rolling Stones. Akhirnya pada 18 Ogos 1992, pukul 7 pagi Frances Bean Cobain puteri Kurt satu - satunya lahir di Hospital Cedars Sinai, Los Angeles. Sebuah kelahiran yang ironis kerana pada masa yang sama Kurt juga tengah dirawat di hospital yang sama di bahagian pemulihan dadah kerana kecanduannya terhadap heroin sudah semakin parah.


Sementara itu pada bulan Julai, Nevermind akhirnya tercampak keluar dari tangga lagu Billboard setelah bertapak di sana selama hampir dua tahun. Ketika keluar dari Billboard, Nevermind telah mencapai angka jualan sebanyak 8 juta keping di seluruh dunia.
Pada 3 Mac, di Rom, Itali di Exelcior hotel bertaraf lima bintang. Kurt kembali mengalami overdosis parah ini merupakan usaha bunuh diri. Kurt yang pertama terlihat dari sehelai kertas dalam genggaman Kurt. Dalam surat itu Kurt menulis seperti Hamlet, aku harus memilih antara kehidupan dan kematian dan aku memilih kematian peristiwa ini pun tersebar di kalangan media muzik dan peminat di seluruh dunia. CNN bahkan sempat memberitahu bahawa Kurt Cobain sudah tewas.

Meski demikian Kurt masih menuruti nasihat orang - orang terdekatnya untuk mengambil program rehabilitasi. Pada 30 Mac 1994, Kurt terbang ke Los Angeles untuk mengikuti program pemulihan di Exodus Recovery Center sebuah tempat pemulihan bagi para penagih ubat - ubatan. Namun ini pun hanya bertahan dua hari. Kurt melarikan diri dan pergi membeli tiket pesawat untuk pulang kembali ke Seattle.

Sementara itu, Courtney panik mendengar khabar kehilangan Kurt. Ia takut sesuatu yang buruk akan berlaku pada Kurt kerana beberapa hari sebelum terbang ke Los Angeles untuk masuk pemulihan Kurt dikhabarkan sempat membeli sebuah senapang di sebuah kedai senjata di Seattle.

Kurt tiba di rumahnya Sabtu awal hari 2 April 1994. Dia sempat menemui Michael Cali dan Jessica Hopper dua orang yang bertugas menjaga rumahnya sementara Frances bersama Courtney berada di Los Angeles yang tengah melakukan promo untuk album terbaru bandnya serta mengesan kewujudan Kurt.


0 comments :

Post a Comment