Tuesday 9 May 2017

BIOGRAFI: Nirvana





Nirvana adalah kumpulan band rock asal Amerika yang dibentuk di bandar Aberdeen, Washington pada tahun 1987. Nirvana terdiri daripada vokalis dan pemain gitar, Kurt Cobain, bassis Krist Novoselic dan drummer Dave Grohl, yang baru menyertai band di tahun 1990. Gaya dan genre muzik yang dibawakan oleh Nirvana adalah rock dan grunge (biasa disebut Seattle Sound muzik). Walaupun hanya mengeluarkan 3 album studio saja dalam selang masa 7 tahun menceburi (1987-1994), namun Nirvana termasuk dalam jajaran band dengan rekod jualan tertinggi sepanjang masa, dengan jumlah jualan mencapai 75 juta keping di seluruh dunia. Tak salah jika Nirvana disebut sebagai salah satu band terbesar dan paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock di era moden.

Nirvana memulakan kerjayanya di akhir 1980-an, ketika mereka ambil bahagian dalam arena Seattle grunge. Di tahun 1989 Nirvana mengeluarkan album sulungnya, Bleach pada label bebas. Kemudian Nirvana bergabung pada label besar dan merilis album kedua berjudul Nevermind. Awalnya pengurusan berharap album tersebut terjual sebanyak 250 ribu keping, mengingat reputasi Nirvana yang sebelumnya hanya band indie. Namun siapa sangka, album itu mampu berjaya besar di pasaran dan merubah Nirvana dalam sekejap menjadi band paling popular di dunia?

Dalam dua tahun, album Nevermind mampu terjual 8 juta keping di seluruh dunia, atau bermakna 32 kali ganda daripada sasaran awal. Single pertama dalam album ini, Smells Like Teen Spirit turut menaikkan populariti Nirvana dan juga sempat disebut-sebut sebagai salah satu lagu terbaik 90-an dan lagu rock yang paling berpengaruh.

Nirvana kemudian mengeluarkan album ketiga berjudul In Utero di tahun 1993. Meski tak sehebat Nevermind, namun In Utero terhitung berjaya secara kritikan dan komersil. Namun kejayaan singkat Nirvana harus berakhir selepas di tahun 1994 Kurt Cobain meninggal. Cobain mati bunuh diri, akibat stress berpanjangan yang dialami kerana pengaruh ubat-ubatan terlarang dan hal lain. Kematian Cobain yang merupakan vokalis dan pencipta semua lagu Nirvana menamatkan perjalan 7 tahun Nirvana di dunia muzik.

Selama 7 tahun, Nirvana memang hanya mengeluarkan 3 album studio sahaja. Namun Nirvana termasuk dalam jajaran band dengan rekod jualan tertinggi sepanjang masa, dengan jumlah jualan mencapai 75 juta keping di seluruh dunia. Nirvana juga akan segera masuk dalam Rock and Roll Hall of Fame di tahun 2014 ini. Dengan semua pencapaiannya itu, tak salah jika Nirvana disebut sebagai salah satu band terbesar dan paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock di era moden.



Nirvana - Come As You Are


1 comments :

bukan 4 album ke? selepas album nevermind, tahun 1992 mereka keluar dengan album incesticide, kemudian tahun 1993 barulah album in utero

Post a Comment