Sejarah Ringkas Empayar Butterfingers
Girl Friday dan Nic O' Tynne adalah dua tajuk lagu yang di mainkan mereka semasa membuat kemunculan pertama di Cobra Club House ,Petaling Jaya pada pertengahan tahun 1994 .Teruja dengan ‘energy’ dan sambutan gemuruh yang di berikan oleh ‘crowd’, band yang di anggotai oleh Emmet,Loque,Kadak dan Kalai ini lebih bersemangat dan yakin dengan musik mereka. Kumpulan yang mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 1993 menjadi band yang semakin di kenali dengan ‘attitude’ dan musiknya yang beridentiti.
Hari ini, band ini adalah band yang boleh di ingat sebagai pencetus fenomena kepada dunia music ‘underground’ di Malaysia.Mereka juga menjadi mencetus kepada kemunculan pelbagai band bergenre independent seperti Shizuka (lagu Redline) Bloodymary dan band band DIY pelbagai genre yang lain. Butterfingers membawakan irama ‘grunge’ yang ‘awesome’ dan menjadi band yang mencipta pengaruh impak yang besar kepada ‘local scene music’. Mereka juga boleh dianggap ‘Lagend’ kepada pengikut ‘ music undergrounds ‘ Malaysia kekal hinggalah ke hari ini.
They are Butterfingers
“12 goats, 6 oranges and 2 angles “ adalah demo penuh yang pertama kali di release oleh Butterfingers di pentas muzik underground. Demo yang diambil secara live tanpa melalui proses ‘track by track’ ini di rakamkan di FM Studio pada 10 Januari 1995.Dengan bantuan kawan kawan rapat seperti Rudy,Mache,Fass dan Latt, demo ini telah banyak memperkenalkan mereka (Butterfingers) dalam arena musik tempatan .Mereka menjadi lebih di kenali dan di ingati kerana mereka telah membawa nafas baru kepada dunia musik tanahair , yang mana sebelum itu Malaysia masih lagi terbelenggu dengan lagu lagu ‘leleh’ dan kebanjiran band bertemakan ‘cinta sedih sedih’ keluaran anak tempatan. Grunge pula adalah musik yang masih dianggap asing pada waktu itu. Musik ‘Butter ’(singkatan kepada Butterfingers) pula adalah garage music yang soundnya bercirikan bunyi riff gitar yang tegar di alunkan bersama vocal Emmet yang memang mirip dengan mendiang Kurt Cobain (1967-1994) lagenda Grunge band Nirvana yang sangat terkenal di Amerika pada era akhir 80an dan awal 90an.
Mulanya ,pendengar dan pengikut music ‘bawah tanah’ Malaysia menyangka demo tersebut adalah “unreleased Nirvana album’,sehinggalah Butterfingers membuat persembahan di Moderate Rock Gig yang bertempat di Piccadilly Club pada 1 May 1995. Persembahan yang paling di ingati itu memperkenalkan mereka kepada pengikut ‘local music underground’ bahawa kehadiran mereka akan membawa fenomena untuk mewarnai dunia remaja,muda mudi belia pada masa itu.
Tahun 1995 memperlihatkan Butterfingers melangkah lebih jauh dalam arena musik negara dengan menghasilkan beberapa album hinggalah musik mereka di kenali seantero sampai ke negara jiran,Singapura dan Indonesia. Antara album Butterfingger yang pernah di release termasuk album kompilasi adalah ;
1.2 Milligrams, 1996
Butter Worth Pushful, 1997
Transcendence 1999
Malayneum, 2000
Butter Late Than Never,2000 (compilation album)
The Best Is Yet To Come 1994-2000 (compilation)
Selamat Tinggal Dunia (2005)
KEMBALI 2008
The Best is Yet to Come adalah sebuah album yang telah di promosi secara lemah oleh label walaupun bernaung di bawah lebel yang besar seperti EMI. Disebabkan permintaan yang tinggi dikalangan peminat musik tempatan dan dikala itu tanahair terus dibanjiri oleh musik yang datang dari seberang,maka lagu dalam lirik bahasa melayu mula mendapat tempat di hati pendengar musik tempatan secara keseluruhannya .Band band dari jiran seperti Dewa,Peterpan,Padi SO7 sudah mendominasi corong corong radio sehingga sempit ruang untuk musik musik anak tempatan untuk lagu lagu mereka di mainkan DJ radio
14 Disember 2004, Butterfingers sekali lagi meriliskan album dan pertama kalinya dalam bahasa melayu iaitu album ‘Selamat Tinggal Dunia’. Waktu itu sudah ada band band underground yang sebelum ini membawakan lagu Inggeris tetapi beralih lirik ke dalam bahasa melayu sebagai contohnya OAG. Dunia musik rock di Malaysia juga masa itu secara tidak langsung harus bersaing dengan pengaruh musik musik lain seperti hip hop yang di popularkan di Malaysia oleh group group seperti Too phat dan Teh tarik Crew. Mereka ini tidak kurang hebatnya, kerena pernah memberi impak besar kepada industri musik di Malaysia suatu masa dahulu.
Sesetengah pendengar dan pengikut Butterfingers pada masa itu mula bersikap prejudis apabila Butter mengeluarkan album berbahasa melayu. Ada yang menyangka apabila Butterfingers bernaung di bawah label besar mereka akan mula 'selling out' . Seperti nasib yang berlaku kepada kebanyakan band lain, dimana saat mulai menandatangai kontrak bersama label label besar,maka musik dan lagu juga perlu berubah mengikut kehendak label . Hingga adakalanya band band tersebut kelihatan lebih berimej seperti ‘Boyband’ bukan ‘Band Boy’
Sebaliknya Butterfingers telah membuktikan bahawa mereka bukan lah band ‘selling out ’ seperti yang di sangka sesetengah pihak. Album ‘Selamat Tinggal Dunia’ pasti bukan album yang bertemakan kan cinta leleh,tetapi sebuah album melayu yang penuh kelainan dari kebiasaan Album tersebut sarat dengan mesej kemanusian,persabahatan dan yang paling penting musik nya masih segar dengan irama grunge ber identitikan Butterfingers. Mereka lebih bereksperimen dengan musik malah lagu lagu mereka berkembang selari dengan kematangan mereka yang semakin meningkat dewasa. Masih mengekalkan sound sound yang bertenaga kerana prinsip mereka tidak sesekali terpengaruh dengan pujukan serta kehendak label untuk mengubah arah musik mereka, Butterfingers sendiri yang menentukan lagu mereka dalam rakaman album.Hal yang ini lah membawa kepada kejayaan Butter.
Pada Tahun 2003,Emmett telah berlepas ke Kanada untuk menyambung pelajarannya dan meninggalkan rakan rakan band yang masih sedang dalam promosi album Selamat Tinggal Dunia .Ada juga rumours mengatakan mereka telah berpecah dan ini di sokong pula dengan tajuk album mereka iaitu ‘selamat tinggal dunia’ kerana tajuk album tersebut berbaur kontreversi dan sesetengah peminat beranggapan ia mempunyai signifikan kepada perpecahan mereka.
Tahun 2006 Emmet kembali ke Malaysia dan seminggu selepas itu, giliran Loque pula menyambungkan pelajaran ke Berkley College Boston dimana beliau menyambung pelajaran dalam bidang penulisan lagu tetapi masih meneruskan penulisan lagu untuk Butter. Walaubagaimanapun ,lewat tahun 2007,mereka kembali bersama dan merekodkan album baru. 6 Julai 2008 memperlihatkan album baru bertajuk "KEMBALI", telah di riliskan . Kebetulan juga pada waktu album tersebut di pasarkan, Loque telah pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semesternya.
Mereka telah menggunakan kesempatan minggu minggu terakhir yang ada bersama sementara mereka masih di Malaysia untuk mempromosikan album yang terbaru pada tahun 2007. Album tersebut menjadi album terakhir untuk Butterfingers kerana selepas itu Loque Kadak bersama sama menubuhkan band yang di beri nama Monoloque serta merakamkan album dan lagu ,manakala Emmet pula telah kembali ke Kanada kerana mendapat tawaran pekerjaan di sana.
Sehingga kini dunia musik tanahair masih kurang dengan band band yang seperti Butterfingers. Kedatangan Hujan, Bittersweet dan Meet Uncle Hussin 5 tahun lalu seakan akan kembali mewarnai scene music DIY di Malaysia, tetapi kini keadaan kembali lesu dimana generasi baru masa kini kembali beramai ramai kepada music cinta leleh alaf baru. Tidak kurang juga ramai yang ghairah dengan kebanjiran musik musik seperti kpop,disco trance,fentau atau music yang bunyi bass nya dush! dush ! dush! ,sepanjang lagu.
Dan adalah ‘rare’ kalau generasi sekarang bercerita tentang cerita band berbanding banyaknya sekarang bercerita berkenaan gadget atau cerita bagai mana nak membesarkan otot atau topic bolasepak semata mata. Dan rare juga lah pada hari ni jika nak dengar perkataan ‘Moshing,pogo headbanging,slam,stage diving,skankin menjadi isi perbualan muda mudi pada hari ini,kenapakah?.
♫ never been to a place like here. ♫....
♪ never seen it anywhere. ♪..♫ very eager. . ♪.. . ♪ I wonder..anyway . ♫....-
- Chrome (1.2 Milligrams album)-
0 comments :
Post a Comment