Tuesday 1 August 2017

BIOGRAFI : XPDC





XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.
Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 350,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.
Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah En Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang.
Namun, setelah beberapa lama Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search kerana kecewa dengan pengurusan XPDC dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (drummer asal Search) kembali bermain untuk Search.
Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.
XPDC juga pernah muncul dalam filem 'Nadia' dan penampilan istimewa dalam filem 'Getaran.' Selain itu mereka membintangi telemovie berjudul Apa Nak Dikata dan Sakinah. Di dalam telemovie ini line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan, dan Lola.
Sehingga kini XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Mereka sememangnya sinonim dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini merupakan satu cara bagi XPDC untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat di tapak-tapak ekspo seluruh negara.
2006
Pada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae membawa haluan sendiri dengan menubuhkan kumpulan Mpire. Percubaan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.
2007
Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan allahyarham JS Kevin.
Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).
2008
Pada tahun 2008 XPDC diuar-uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.
2009
Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada dipasaran pada bulan November 2009. Antara lagu-lagu di dalam album terbaru...

Sanasinisamasaja
Aku Tetap Aku
Ntahye Ntahtidak
Rasopariso
Rasa
Puing Cinta
Sampai Bila
Lagu dipetik dari 'Rock Union'...

  1. Curahan Rasa
  2. Menentang Arus

Lagu bonus: Headbang (Remastered)...

  1. Raja Kertas (Darjah Satu)
  2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
  3. Bahalol (Kita Peng Yu)
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)

BONUS VCD-REUNION

  1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010

Diskografi

  • Album Studio
  • album Darjah Satu (1990) vokal Mael
  • album Timur Barat (1992) vokal Mael
  • album Kita Peng-Yu (1994) vokal Mael
  • album Brutal (1997) vokal Mael
  • album Samurai (1998) vokal Ali
  • album V6 (2002) vokal Ali
  • album Rasopariso (2009) vokal Mael
  • album Rasopariso The Relaunch (2010) vokal Mael



Ali - Vocal
Izo - Gitar
Zuar - Bass
Lola - Drums (Jemputan)
Ahli Kumpulan XPDC
Mael - Vocal (1989 - 1997 , 2006 - Sekarang)
Izo - Gitar (1989 - Sekarang)
Amy - Drums (1991 - 1999 , 2006 - Sekarang)

Bekas Ahli XPDC:
Lee Space - Drums (1989 - 1991)
Ali - Vocal (1997 - 2006)
Lola - Drums (1999 - 2004)
Yan - Bass (2001 - 2006)Pae - Drums (2004 - 2006)
Zuar - Bass (1989 - 2001 , 2006 - 2013)

1 comments :

This comment has been removed by the author.

Post a Comment