Monday 18 September 2017

BIOGRAFI : MODAR




Modar telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Kuala Terengganu. Line up pertama pada waktu itu ialah Lani (Bass/ vokal), Tok Ari (Gitar Utama), Bujor (Gitar) & Nusi (Drum). Pada waktu itu, gig masih lagi belum diadakan secara meluas, hanya irama pop yang berleluasa. Dan jamming studio adalah tempat yang paling hampir keadaannya dengan konsert @ gig. Oleh itu, kebanyakan peminat mereka terpaksa bersesak di dalam ruang yg kecil untuk mendengar lagu dan muzik mereka.
Sekitar Disember 1990, Modar telah kehilangan gitaris asal mereka, Bujor dan tempat itu telah digantikan oleh Mang (kami memanggilnya Lan kini) yang menjadi penggerak utama dalam aktiviti-aktiviti Modar seterusnya. Mang sebelum ini adalah dari band bernama Bota & Orion di Kuala Terengganu dan apabila beliau menjadi ahli Modar, beliau telah mengambil peranan sebagai vokalis. Bermula dari itu, Modar mula memainkan muzik Death Metal dan menjadikan elemen Death sebagai rujukan utama.
Sekitar April 1991, Tok Ari dan Lani telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Modar. Man & Nusi cuba meletakkan Imi (Bass) dan Zombie (Drum), malangnya ia tidak menjadi. Selepas itu mereka menemui Bujal (Drum) dan Nusi menukar posisinya ke Bass. Pada waktu ini, mereka telah menukar nama band ke Demori dan telah merekodkan satu demo tape berjudul "Victims of the Rule" yang memuatkan 4 lagu. Demo ini tidak pernah dikeluarkan untuk umum dan kemudiannya telah dimusnahkan oleh Man. Selepas itu, band tersebut telah mula mendapat identiti sebenar mereka dan aliran muzik mereka dan mereka mula memainkan muzik mereka mengikut interpretasi Doom mereka yang tersendiri.
Dalam Ogos 1991, Tok Ari kembali bersama band di posisi Gitar Utama dan nama band telah dikembalikan ke nama asalnya, Modar. Barisan ahli yg baru ini telah membuat persembahan pertama mereka di setesen bas dan telah berjaya merekodkan satu demo yang berjudul "Inferior Symphony" dengan memuatkan 4 lagu. Man telah membuka studio beliau sendiri yang diberi nama "Neutral Music Studio" dan secara praktikalnya, band tersebut menghabiskan masa mereka di studio setiap malam. Malahan mereka tetap "jamming" walau hanya bertemankan cahaya lilin.
Sekitar September 1991, Tok Ari telah sekali lagi meninggalkan band dan tempat beliau telah digantikan oleh Joe (Bass) dan Nusi telah beralih semula ke posisi Rythm dan vokal. Pada awal tahun 1992, band tersebut telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan telah merekodkan satu demo yang mengandungi 10 lagu. Demo tersebut telah direkodkan di Hellions Studio. Apabila band tersebut kembali ke kampung halaman, mereka telah mengambil keputusan untuk tidak menjual demo tersebut kerana ianya tidak mencapai sesuatu yang mereka inginkan.
Dan pada tahun yang sama (1992), band tersebut telah kembali ke Kuala Lumpur semula dan merekodkan album pertama mereka iaitu "Inferior Symphony" di bawah label FGM Records iaitu anak syarikat kepada Sonic Asylum dan Modar merupakan band yang pertama yang merekodkan album yang berkonsepkan Doom Metal di dalam rantau ini.
Beberapa tahun telah berlalu dan band tersebut telah dibubarkan ekoran daripada komitmen dan masalah pada setiap ahli band. Pada 2006, Lan (Mang) yang pada ketika itu adalah seorang pengajar gitar di salah sebuah kedai gitar di Taman Tun Dr. Ismail telah mengambil keputusan untuk mewujudkan kembali Modar. Malangnya, kebanyakan ahli band sibuk dengan kehidupan peribadi mereka. Lan mengambil keputusan untuk mengambil pelajar di kedai gitar sebagai ahli Modar yang baru.
Lan mengambil keputusan untuk mengambil Ariff (Gitar), Afiq (Bass) dan Gabrielle (Drum) sebagai ahli Modar yang baru. Selepas beberapa sessi 'jamming', Gabriella dengan berat hati terpaksa meninggalkan Modar kerana menyambung pengajian. Dan pada awal tahun 2007, Lan telah mengambil Azman sebagai pengganti pemain Drum Modar. Malangnya, setelah bermain beberapa gig di sekitar Kuala Lumpur, Azman terpaksa meninggalkan band atas sebab-sebab peribadi. Lan telah mengambil tindakan drastik dengan menggantikan tempat Azman dengan salah seorang pelajar beliau iaitu Rashid. Dan ini adalah generasi baru Modar!



0 comments :

Post a Comment