Wednesday 25 October 2017

BIOGRAFI : Brain Dead




Jika kita menyingkap kembali kegilaan dan kehebatan kumpulan-kumpulan awal death metal ditanah air,nama Brain Dead adalah salah satu nama besar dalam dunia Death Metal di Malaysia.Brain Dead adalah kumpulan Death/Thrash Metal terawal dari Perak selepas kumpulan Black Metal dari Perak,Vulga ditubuhkan pada tahun 1985.Pada tahun 87 di Taiping kegilaan terhadap muzik Thrash Metal tidak dapat dibendung lagi lantas Brain Dead ditubuhkan di Taiping pada 31 Ogos 88.Ditubuhkan oleh Ein dan Malik.Mereka berdua adalah orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan Brain Dead.

Disebabkan hanya mereka berdua sahaja didalam Brain Dead,Ein kemudian mengajak Hashim untuk menyertai Brain Dead .Hashim dan ein adalah rakan lama dan mereka berdua adalah classmate dizaman persekolahan mereka.kemudian muncul Shahharin yang sebelum ini bermain dengan sebuah kumpulan Heavy Metal dan kumpulan ini datangnya dari daerah yang sama,Taiping.Oleh itu lengkaplah Brain Dead,anggota asal Brai dead adalah ein possessor (Abdul Rahim Zakaria)gitaris/vokalis,Malik Mutilation sebagai pemain gitar,Hashim Pestilence sebagai pemain bass dan Shahharin sebagai Drummer.Nama Brain Dead telah digunakan sejak tertubuhnya Brain Dead dan nama ini datangnya dari salah satu tajuk lagu dari kumpulan Thrash Metal terkenal Exodus.Pada awal penubuhan Brain dead mereka banyak membawakan lagu-lagu dari kumpulan Metallica ketika jamming.Selepas itu mereka mula membawakan lagu-lagu cover dari Venom,Slayer,sodom,Possessed,sepultura,slaughter,Sarcofago dan banyak lagi kumpulan death/thrash metal yang sedang hangat ketika itu.

Pada awal tahun 89,Brain Dead diberi penghormatan menjadi band undangan dalam satu konsert ditempat mereka.Gig itu adalah yang pertama buat Brain Dead pada 4 mac 89 di taiping sebagai band undangan untuk sebuah band rock/heavy metal tempatan yang mempunyai nama yang agak besar juga iaitu M.A.Y,mereka merasakan sedikit gemuruh kerana inilah pengalaman pertama mereka bermain gig tambahan pula dihadapan lebih 1300 orang penonton.Pada waktu itu mereka membawakan lagu-lagu dari Metallica.Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.Selepas gig pertama itu sebagai band undangan dan pembukaan,Brain Dead mula mendapat banyak undangan dan tawaran untuk membuat show sejak gig pertama mereka,buat pertama kalinya mereka bermain di luar Perak.

Gig yang kedua juga dalam tahun 89 di Galactica Roller,sebuah tempat di Kuala Lumpur yang kerap menganjurkan konsert Thrash Metal.Kali ini mereka diberi peluang beraksi bersam SlapDeath (band dari Kelantan),Rator (Death Metal dari Selangor) dan Bacteria (kini dikenali sebagai Silenth Death dari Kuala Lumpur).Permulaan tahun 90,Brain Dead telah mula menulis lirik-lirik mereka sendiri.Lagu-lagu awal yang ditulis oleh Brain Dead ialah 'Eternal war' 'Satanism' dan 'On Your Grave'.Mereka adalah satu kumpulan grind/Brutal Death Metal yang agresif,banyak dipengaruhi oleh Morbit Angel,Bolt Thrower,Terrorizer dan banyak lagi.Mereka mula mencuba untuk membuat demo mereka sendiri,tetapi disebabkan masaalah studio seperti kurang memberi kerjasama dan tidak sukakan muzik sebegini maka usaha mereka terbantut begitu sahaja.Mereka meneruskan jamming setelah gagal untuk menghasilkan demo.Akhirnya dipenghujung tahun 90 pada 23 disember Brain Dead merakamkan demo pertama mereka bertajuk 'Eternal War' yang dirakamkan di Camy Studio,Taiping.Demo ini mengandungi tiga lagu iaitu Eternal War,Satanism dan On Your Grave.Lirik mereka ketika itu berkonsepkan Gore,Death dan Satanism.Demo ini menjadi saingan kepada band underground tempatan lain di waktu itu seperti Sil Khannas (sekarang Sil Khannaz),Sufforcation (sekarang Suffercation),Senseless Death (sekarang Senseless),Silenth Death,Hijrah (sekarang Pilgrims) dan Necrofist (sekarang Nebiras) yang mengeluarkan demo ditahun yang sama (90).

Bermula Dari demo inilah Brain Dead mula mengeluarkan demo mereka didalam underground Scene tempatan dan luar negara.Walaubagaimanapun demo ini kurang memuaskan dari segi sound.Tetapi melalui demo inilah mereka mula aktif dalam underground dunia.Dalam tahun 90'an juga Ein menubuhkan band projek bernama Sacramantor (Heloisa).Tetapi disebabkan masaalah tertentu seperti tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya pada kumpulan itu ianya terus senyap tampa sebarang meterial.Demo Eternal War mula diedarkan pada tahun 91.Pada tahun 91 mereka mula bermain gig disana sini.Mereka juga pernah bermain gig di funfair bersama satu lagi kumpulan underground veteran dari Perak iaitu Necrotic Chaos.Mereka juga pernah beraksi bersama Silent Death,Necrofist,Picagari dan Sufforcation disatu gig di Paradise Club Kuala Lumpur.Dalam tahun 91 Brain Dead dipelawa sebagai band undangan dalam satu show bertajuk 'Super Thailand Festival'di Taiping pada 4 oktober 91.Sebenarnya pada hari itu Brain Dead adalah band jemputan untuk artis pop tempatan iaitu Norsheila Amin.tetapi diatas sebab tertentu penyanyi pop itu tidak dapat menhadirkan diri,oleh itu Brain Dead mengambil alih show itu sepenuhnya.Penonton diketika itu cukup gila dengan persembahan Brain Dead.




Brain Dead merakamkan dua lagu live dari 'Super Thailand Festival'iaitu 'Eternal War dan Satanism'.Kemudian mereka merakam tiga lagi lagu iaitu 'On Your Grave' dan dua lagu baru 'Repulse to Destruct' 'Devourment of Gore' di Camy Studio pada disember 91.Akhirnya kelima-lima lagu ini dijadikan demo kedua mereka yang bertajul 'Live demo',kesemuanya dirakamkan pada tahun 91 dan demo kedua ini dikeluarkan pada Januari 92...Didalam tahun ini juga Brain dead mendapat tawaran dari syarikat rakaman tempatan Noize record untuk menghasilkan album.Noize record bertindak menandatangani kontrak dengan band underground tempatan lain sperti Sil Khannaz,Suffrecation dan Silent Death.tetapi sebelum ditawarkan membuat album noize record merancang untuk mengeluarkan satu album kompilasi death Metal terlebih dahulu.Album kompilasi ini tertangguh dan akhirnya terbengkalai.mungkin Noize record terkejut dengan bentuk muzik sebegini,maklumlah mereka tidak menyanyikan lagu cinta/rock yang mendayu-dayu seperti kebiasaanya.pada masa yang sama juga Brain dead mendapat rawaran dari syarikat rakaman dari German untuk menghasilkan 7'ep'tetapi Brain Dead telah menandatangani kontrak dengan Noize record maka ianya terpaksa di tolak.

Malangnya pada penghujung 91 pemain drum mereka Shaharin,mengambil keputusan untuk meninggalkan Brain Dead.ini disebabkan perbalahan,Shaharin tidak mahu Brain dead menukar arah muzik.Dia juga hilang minat kerana perbezaan muzik diantara mereka.Brain Dead mahu menukar arah kepada Black/Dark Death Metal tetapi Shaharin tidak setuju.Shaharin masuk semula pada tahun 92 tetapi mengambil keputusan keluar untuk kali kedua.kali ini Shaharin keluar dari brain dead seminggu sebelum Brain dead mengadakan show yang besar di Machine One,tanpa memikirkan nasib mereka yang terpaksa berdepan dengan masaalah line-up.Shaharin juga banyak menimbulkan masaalah ketika bersama Brain Dead dahulu.Tidak dinafikan Shaharin merupakan pemain drum yang terbaik di Malaysia.Selepas sahaja Shaharin meninggalkan Brain Dead (menganggotai Nemesis) satu rombakan besar telah terjadi dalam Brain Dead.Mereka mengambil keputusan mengekalkan Brain dead sebagai kumpulan trio,Brain dead masih lagi dianggotai oleh tiga line-up asal.Pada kali ini Ein Possesser bertukar posisi dari bermain gitar kepada bass/vokal,Malik Mutilation masih lagi posisi gitar dan Hashim Pestilence dari bass bertukar posisi untuk bermain drum.

Untuk mencari seorang pemain drum sangatlah susah.Dengan line-up ini Brain Dead menyambung kembali aktiviti mereka,ini termasuklah membuat show.Dengan penubuhan ini Brain Dead membuang sentuhan muzik Grind Core dalam muzik mereka.Brain Dead bukan lagi satu kumpulan Grind Death Metal tetapi haluan baru mereka Black/Dark Death Metal.tahun 92 juga Sonis Asylum record berminat untuk mengikat kontrak dengan Brain Dead tetapi ianya tidak berhasil.Apabila Silent Death mengeluarkan album pertama mereka pada pertengahan 92 dibawah naungan Dark journey record,pada masa yang sama juga label ini mencari lagi band tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan bakat mereka.Apabila label ini mendengar demo mereka ianya telah membuahkan minat dan seterusnya Dark journey record menawarkan kontrak kepada mereka.Pada lewat 92 brain Dead mengikat kontrak secara rasmi dengan Dark journey record.label ini merupakan label yang mengeluarkan album-album underground sahaja.Brain Dead menjadi artis kedua Dark Journey record dan mengikat kotrak selama dua tahun dan dirancangkan akan masuk studio pada awal bulan Januari 93 serta mereka akan mengeluarkan album itu pada awal tahun hadapan (93).Sertelah menjadi Artis Dark journey record ,Brain Deada diberi peluang beraksi bersama Silent Death di ketika Silent Death sedang giat mempromosi album pertama mereka.Dalam tahun tersebut labih 10 gig telah dimainkan.Pada tahun 92 bertarikh 20 nOvember 93 bertempat di Perak.Silent Death dan Brain Dead beraksi bersama dibawah naungan dark journey record.



Gig ini dirakamkan dalam video dan dijual melalui dark journey record.Didalam video ini terdapat interview khas bersama silent death dan Brain Dead.Orang yang menginterview kedua-dua ini ialah Oz yusuf,bekas gitaris Assault satu band lagenda Thrash Metal dari Kuala Lumpur dilewat 80'an.Sekarang ini Oz yusuf merupaka penerbit album-album underground dan juga sound enginier untuk setiap gig underground di Malaysia dan Singapura.Video ini di buat secara profesional dan mendapat sambutan yang menggalakkan.Pada masa yang sama ein possessor menubuhkan kembali kumpulan Sacramantor dengan menggunakan nama Narraka yang berkonsepkan Black Metal,tetapi disebabkan Ein terpaksa memberi komitmen dan perhatian yang lebih terhadap Brain dead maka Narraka senyap seketika tetapi masih lagi tidak berkubur.



0 comments :

Post a Comment