Tuesday 17 October 2017

BERBORAK PASAL U/G KITA




Pada aku, u/g kat Malaysia sekarang ni dah menampakkan perkembangan yang begitu meluas. Tak kiralah dari segi zine, band, gig. news letter dah banyak yang muncul . Kalau gig tu kita boleh jumpa dalam satu bulan tu lebih kurang dua kali. Kecuali bulan puasa (dari penyelidikan aku lah!). Apa yang aku nak story sikit kat dalam ni ialah tentang band yang main lagu cover. Aku ni bukanlah old-timer sangat, baru aje melibatkan diri dalam ug ni. Mengapa situasi macam lagi ada kat mana-mana gig. Maksud aku perlukah kita bawak lagu orang untuk disampaikan kat kawan-kawan kita yang datang dari jauh tu, semata-mata untuk dengar lagu cover yang dah biasa sangat kita dengar .Kalau setakat satu dua lagu tu takpelah, tapi kalau dari mula diorang main sampai la ke habis, tak putus dengan lagu orang, di mana korang punya D.I.Y. Kalau setakat lagu orang tu, kita boleh dengar kat rumah aje, tak payahlah bersusah-susah nak pergi gig, okey, katakanlah kita ni band baru, nak main kat gig. Kemudian kita bawak lagu cover setakat tiga apalah sangat. Sekurang-kurangnya tak lah boring sangat. Itu pendapat aku kat band-band baru. Kalau kat band yang dah lama tu tak perlulah aku terangkan, Benda-benda macam ni yang membuatkan kita masih di takuk lama. Sebab kita-kita yang kat luar ni banyak yang lebih pandai main lagu cover. Cuba kita hasilkan sendiri lagu-lagu yang lebih berkualiti. Dari situ kita dapat meluahkan apa saja yang kita rasa tak patut berlaku, sedap ke tak sedap itu kita punya lagu, hasil kita. ltu semua belakang cerita. Dan akan membuka sata mata pada setiap pendengarnya. Itulah tujuan kita terjun ke dalam u/g nie, melepaskan apa yang tersurat kat dada kita. Tak semestinya kita harus bersyarah untuk berikan pendapat, tetapi melalui muzik juga memainkan peranan. Kalau setakat KRU main lagu P. Ramlee tu lainlah sebab spesis diaorang nak 'buat duit', konon-konon nak tributelah tu. (Tribute apa ke bendanya tu!!). So bagi aku, kalau nak buat band tu sediakanlah lagu korang sendiri. Okaylah, kita stop pasal lagu cover ni.

Kita berborak pasal pompuan yang join u/g pulak. Sekarang ni kita boleh lihat dah ramai pompuan melibatkan diri dalam u/g. Mungkin di antara diaorang ni benar-benar 'straight- forward to the scene, maksud aku bukanlah menjadikan u/g ni macam satu trend atau sebagai tempat nak glamour. U/g bukanlah tempat untuk semua tu. Kita ambil contoh kat gig lah katakan... Kalau nak berpakaian tu biar lah beradab sikit, jangan nak dedah sana, dedah sini. Macam kita ni dah takde nafsu pulak dibuatnya. Nanti kalau dah 'naik' siapa yang susah? Kat mana nak kita 'sorongkan' . So, berfikirlah secara waras sebelum bertindak. Dan satu lagi, kalau kat gig tu, janganlah jadikan ianya sebagai satu tempat bercanda macam kat tepi pantai. 'berlazat-lazat' sesuka hati kita. Aku rasa aku ni dah jauh terpesong dan dah jauh melalut. Tak kesahlah tu, yang penting apa yang aku taip ni bukan sekadar ruangan bacaan macam kat perpustakaan. Kat sesiapa yang tak senang dengan artikel aku ni, tak payah baca (tapi nampak gayanya korang dah pun 'ter'baca artikel aku ni), itu pun kalau korang rasa dah betul sangat lah! Dan aku pohonkan sedunia kemaafan segala carut-marut-karut aku tu. Tiada siapa yang mampu mengubah scene kita ke arah lebih positif, kecuali kita, kau, aku dan dia. ADIOS!!!



sumber: Hardkoi zine


0 comments :

Post a Comment