Friday 28 April 2017

Sejarah Muzik Ska


Ska & Reggae berasal dari muzik Jazz, Rythmn&blues Amerika dalam style Jamaican Mento & calypso pulau Jamaica. Gitar & piano seperti berbunyi ska, macam 'ska, 'ska, 'sebab itulah kami panggil ia ska. Bunyi gitar rythmn & piano, itu lah sebabnya kami berikan ia nama "ska"- kata Derrick Morgan, seorang pemuzik popular 1960an & 1970an yg pernah berkerja bersama Desmond Dekker, Bob Marley & Jimmy Cliff dalam jenis muzik R&B dan Ska juga Rocksteady & Skinhead Reggae di Jamaica. Ernest Ranglin (pemuzik reggae) berkata nama itu berasal dari bunyi "skat! "skat! "skat! dari bunyi strumming gitar. 



Selepas Perang dunia ke 2 banyak orang Jamaica membeli radio dan mendengar R&B & muzik selatan USA seperti New Orlean. Pengkalan tentera US berdekatan menyiarkan siaran radio muzik amerika & sebabkan kebanjiran piring hitam dari US. 1960an artist Jamaica mula merakam muzik amerika dalam versi mereka sendiri.(Ska & reggae & rocksteady). lagu You Got To Go, Oh Carolina & Shake A Leg dari Prince Buster & Byron Lee mungkin adalah rakaman lagu Ska pertama.

Genre ska "2 Tone" bermula di Coventry England, fusion antara rythmn ska & punk rock pada 1970-an.
Third Wave ska bermula pada 1980-an apabila band mula muncul di USA & negara lain di seluruh dunia.
1990-an beberapa syarikat record Third Wave Ska terkenal mengeluarkan rakaman muzik Third Wave Ska yang kemudiannya menjadi tempat kepada band bukan ska sperti band punk rock Fall Out Boys & Paramore. Pada akhir 1990-an minat kepada band Third Wave Ska mencapai momentum. Ada syarikat rakaman yang gulung tikar tetapi Label syarikat Moon Ska Europe Masih beroperasi sepanjang tahun 2000-2010 yg kemudian di kenali sebagai Moon Ska World.



0 comments :

Post a Comment