Wednesday 11 October 2017

BIOGRAFI : Langsuyr




Langsuyr merupakan sebuah kumpulan ekstrim metal yang berasal dari Ipoh, Perak.
Tanggal Mei 1991, merupakan detik yang bersejarah bagi Malaysia kerana itulah permulaannya band ini. Ia dianggotai oleh tiga rakan sepermainan: Azlanthor, Azmaniac dan Bentara yang ketika itu masih berada di bangku sekolah.
Langsuyr dipilih sebagai nama band yang bermotifkan muzik death metal ini atas sebab keunikan nama tersebut sedangkan tatkala itu band yang seiringan dengannya masih sibuk dengan elemen kebaratan.
Langsuyr juga pernah dilabelkan sebagai "king of death metal" di malaysia kerana langsuyr adalah diantara band2 awal yang menjadi pengasas kepada muzik death metal di malaysia.
Pada tahun 1993, Langsuyr mencuba pasaran death metal tempatan dengan album demo Occultus Mysticism. Ianya mendapat sambutan yang amat luas dalam scene tempatan. asalnya tape dubbing sendiri itu telah dibantu rilisnya oleh east gothic production dengan produksi kilang yang lebih bermutu. semuanya habis disapu bersih. kalau anda mempunya kaset asal tersebut, sesungguhnya anda telah memiliki salah satu khazanah negara! Mereka pernah mendapat tawaran dari syarikat rakaman Peaceville Records, tetapi mereka menolak tersebut kerana syarikat tersebut meletakkan syarat-syarat terlalu banyak dan mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh.
berbekalkan dengan sambutan dan semangat yang semakin giat, mereka masuk kembali ke studio, kali ini dengan sokongan nebiula production untuk rilisan mini album the eastern cruelty pada tahun 1996. lahirnya mini album ini menyaksikan perubahan paradigma yang berlaku pada scene death metal tempatan yang mana munculnya istilah eastern metal selepas rilisan tersebut. langsuyr telah menjadi satu nama sebutan di bibir peminat muzik sebegini, bahkan telah menerobos ke scene antarabangsa.
tahun-tahun yang berikutnya menjadi kelam kerana penggiatnya telah mula sibuk dengan kehidupan masing-masing. album yang dijanjikan akan keluar selepas the eastern cruelty tidak kunjung tiba tetapi sebaliknya disambut dengan rilisan dua lagu baru di dalam kompilasi ipoh metal militant supremacist pada tahun 1998. akhirnya, langsuyr telah dikuburkan pada tahun 2000.
kerana terdapat banyak rungutan dari peminat-peminat yang kecewa mendengar berita yang band langsuyr dikuburkan alhamdulillah akhirnya album pertama langsuyr berjaya diriliskan tahun 2005 sebagai menunaikan janji kami 10 tahun yang lampau. hampir sedekad lamanya untuk merealisasikan awaiting the malay album ini dan keinginan mencetuskan keghairahan kepada peminat death metal tempatan seperti dulu-dulu hampir berjaya kali ini.
Sekali lagi anjakan paradigma dilakukan. usia yang semakin meningkat telah memberi kesan dalam pembikinan lagu, penampilan dan gaya. asalnya langsuyr dianggap sebagai band black metal akan dikikiskan. persepsi masyarakat tentang peminat death/black metal sebagai penyembah syaitan dan pembenci tuhan diharap dapat dibuang jauh-jauh. mana mungkin kerana muzik perkara ini boleh berlaku? sungguh tidak berasas dan kurang ajar. Persepsi yang salah dan tidak tepat ini diharapkan dijawab dengan rilisan ini.
Muzik barat yang terkenal dengan gaya hedonism (tidak apa jenisnya; pop, rock, jazz, blues, hip hop etc), telah diolah mengikut kesesuaian orang timur. penerapan yang tidak sesuai dengan gaya hidup rantau ini telah dikikis jauh dari pandangan. death metal yang asalnya dari barat tidak semestinya kekal barat. ianya bukanlah satu undang-undang yang mana semua peminatnya mesti akur. sebaliknya, ia menawarkan ruang untuk dimanipulasi mengikut kesesuaian penggiatnya. itulah yang akan anda dapati dalam album ini.
2007 - bullet (album kedua) dirakamkan kali terakhir bersama bentara & masih menghadapi masalah mixing dan mastering sehingga hari ini 2010..
dan secara rasminya saudara bentara telah pun meninggalkan kem langsuyr untuk komitmen keluarganya,diharapkan kesejahteraan beliau & keluarga berterusan.



Ahli-ahli sekarang

  • Azlan - vokal (1991-1999, 2005-sekarang)
  • Azmaniac - gitar
  • Azrym - gitar
  • Nikkimi Minami - bes
  • Adjeez - dram (1992, 2012-present)

Ahli-ahli dahulu

  • Old T - dram (?-1999)
  • XXXul - bes
  • Bentara - gitar (1991-1999, 2005-2007)
  • Bob Pyron - dram
  • Bearkey - tidak diketahui
  • Berat - bes (1992-?)



Diskografi

  • Occultus Mysticism (Demo + East Gothic Prod - 1993)
  • The Eastern Cruelty (EP + Nebiula Prod - 1995)
  • The Eastern Cruelty CD (EP + Nazgul Eyrie Prod-Germany - 1996)
  • Storm Of Nebiula Compilation (Nebiula Prod - 1996)
  • Ipoh Metal Militant Supremacist Compilation (Ultra Hingax Prod - 1998)
  • Langsuyr-Ryusgnal (Repacked + Nebiula Prod - 2000)
  • The Eastern Cruelty (Bonus + Nebiula Prod - 2006)
  • Asyik (Clockwork Recs - 2006)
  • Live at Planet Hollywood KL VCD (Clockwork Recs - 2006)
  • Sunut MTV (Clockwork Recs - 2006)
  • Hail To The King Tribute To Cromok (Clockwork Recs - 2007)
  • Various Artists The Best Of Clockwork Records (Clockwork Recs - 2008)
  • Bantaigram EP (Mamat Recs - 2016)

sumber ; wikipedia.org


0 comments :

Post a Comment